Quantcast
Channel: Fatimah Syarha
Viewing all 129 articles
Browse latest View live

Pasangan Curang Boleh Dielak Sejak Awal

$
0
0

Sumber: Ali Cat Photography

Bezakan Mana Islam, Mana Silap Tafsiran

Seorang isteri mengadu suaminya banyak menggunakan dalil-dalil agama untuk menghalalkan kecurangannya .

“Sampai hati abang bercuti dengan perempuan lain di Pangkor,” kata seorang isteri sambil menahan marah.

“Dalam al-Quran, Allah suruh lelaki kahwin 4. Nak kahwin mestilah kena ‘couple’ dulu. Kenal-kenal dulu,” hujah suaminya.

“Allah tidak adil!” Amuk si isteri.

“Kamu nusyuz. Penentang hukum Allah. Aku tak wajib lagi bagi nafkah pada perempuan nusyuz macam kau, faham!” gertak suami. Dia juga menyeterika perasaan isterinya dengan ancaman neraka.

“Saya nak rujuk mahkamah,” kata isteri apabila dilihatnya ruang bebincang semakin tertutup.

“Kalau kamu adu ke pejabat agama atau mahkamah syariah, kamu tak akan cium bau syurga. Perempuan ramai di neraka sebab tidak taat kepada suaminya. Faham!” Ayat pedih ini dihumban ke telinga isterinya.

“Kenapa Islam diskriminasikan perempuan?” tangis si isteri teresak-esak.

Agama si isteri terfitnah tika itu kerana dia keliru membezakan mana Islam dan mana sikap umat Islam. Allah memberi amanah berat kepada seorang suami untuk mendidik isterinya merasai indahnya Islam. Ironinya, banyak sikap dan akhlak suami yang membuatkan isterinya yang kurang ilmu makin jauh dari agama kerana tersilap menyangka Islam yang menganiaya. Mana mungkin agama suci ini menzalimi sesiapa?! Kita yang belum cukup ilmu mengenainya.

Di Malaysia, kita bertuah apabila kes cerai-rujuk, poligami dan nusyuz mesti diadili di mahkamah. Mahkamah berperanan sebagai badan berautoriti yang boleh mendengar suara semua pihak dan memberi keadilan dalam kes mereka. Enakmen kekeluargaan di Malaysia memperakui aduan isteri untuk mengelakkan sebarang kezaliman dan ketidak adilan daripada berlaku. Ia selari dengan satu prinsip hadis sahih, la dharar wala dhirar (Tiada kemudaratan dan tidak boleh  membalas kemudaratan).

Kita Buat, Kita Dapat

Si isteri membuka album lama. Dia teringat kembali saat-saat sebelum bernikah dia juga selalu bercuti bersama bakal suaminya hingga terpaksa berkrisis dengan ibubapa. Dia baru dapat membayangkan kepedihan perasaan ibubapanya saat itu.

“Kalau betul ‘couple’ itu satu kesilapan. Kenapa aku sahaja menanggung kesannya? Suami aku  pula seronok berfoya-foya,” jerit batinnya.

Dia silap lagi membuat sangkaan. Mana ada orang dapat terus seronok dengan dosa. Nikmatnya cuma sesaat tapi azabnya akan mendera kita sepanjang usia. Si suami itu tidak akan menemui bahagia selagi dirinya tidak bertaubat. Yang ditempahnya hanyalah neraka dunia yang kedua.

Saya menghadirkan contoh situasi ini agar mereka yang belum bernikah beringat-ingat. Punca-punca kecurangan boleh dielak sejak belum bernikah. Tidak hairanlah Islam sangat mementingkan aspek pemilihan pasangan. Pesan Nabi, pilihlah yang beragama kamu akan beruntung.

Jika kita tidak mahu mendapat pasangan yang curang, jangan curangkan hubungan kita dengan Allah melalui perbuatan menghampiri zina. Tiada nikmatnya maksiat. Hanya memberi azab setiap hari bahkan juga di kemudian hari.

Analoginya, jika kita tidak mahu terkena penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi ketika di usia tua, kita perlu menjaga pemakanan dan berdoa ketika di usia muda. Inilah kebijaksanaan mencegah sebelum merawat.





Kenapa Mas Kahwin Tak Cukup-cukup?

$
0
0

Pasuku Bocor

            “Adoi! Kuisi air ke dalam pasu ni sejak pagi ke petang, tapi tak penuh-penuh airnya,” rungut seorang lelaki.

            “Cuba lihat di bawahnya,” tegur ibunya.

            “Ya Allah, pasu ni berlubang-lubang di bawah rupanya,” baru lelaki ini tersedar puncanya. 

            Kerana kebocoran itu, simpanan airnya di dalam pasu selalu kering.      
   
            Ini satu analogi.

            Ramai lelaki sedang cuba mengumpul duit untuk belanja hari pernikahannya tapi duit itu dirasakan tidak cukup-cukup. Dia berusaha mencari kerja-kerja sampingan tapi duit tetap ‘kering’ setiap bulan. Dia mungkin terlupa soal punca ‘kekeringan’nya itu.

Situasi Rahim

            Situasinya begini. Rahim bekerja sebagai seorang guru dengan gaji RM2500 sebulan. Dia bekerja sampingan sebagai seorang penjual burger dengan pendapatan RM500 sebulan. 

Gajinya sebulan berjumlah RM3000. Tapi belanja bulanannya adalah RM4000. Setiap hujung bulan, duitnya akan kehabisan. Dia terpaksa meminjam dan berhutang.

Bagaimana pengurusan kewangannya?
1.      Mendapat gaji.
2.      Menggunakan duit untuk ‘keperluan’ hidup. (Makan, minum, bil air, telefon, kenderaan).
3.      Menggunakan duit untuk ‘keinginan’ hidup. (Solek kereta, belanja kawan-kawan, beli rokok, melancong, tukar telefon jenama mahal, tengok wayang).
4.      Bayar hutang.
5.      Simpan jika ada lebih.

Situasi Mansur

            Mansur bekerja sebagai seorang penoreh getah. Gajinya RM1000 sebulan. Belanja bulanannya ialah RM900 sebulan.

Dia mengumpul RM100 setiap bulan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.  Akhirnya Mansur berjaya mengumpul mas kahwin.

Bagaimana pengurusan kewangannya?
1.      Mendapat gaji.
2.      Mengasingkan RM100 untuk disimpan.
3.      Menggunakan duit yang berbaki untuk ‘keperluan’ hidup.
4.      Meminimumkan penggunaan duit untuk ‘keinginan’ hidup.
5.      Bayar hutang.

Beza Sikap Rahim dan Mansur?

            Mansur meletakkan ‘simpanan’ di nombor dua. Dijadikan prioriti. Oleh sebab itulah Mansur mempunyai simpanan.  

Manakala Rahim meletakkannya di nombor paling akhir. Biasanya tiada apa yang dapat disimpan.

Mansur juga tidak memperuntukkan terlalu banyak wang untuk ‘keinginan’ hidup maka dia dapat berjimat. Dia juga berkeinginan  memiliki I-pad tapi disematkan dalam dada, “Saya belum mampu.” Dia bersabar dahulu dengan telefon buruknya.

Manakala Rahim ibarat menuang air ke dalam pasu yang bocor. Sebanyak mana pun air yang dituangnya, air itu tetap kering. Sebesar mana pun gajinya, duit tidak akan dapat disimpan jika banyak duitnya habis pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. ‘Keinginan’ yang tidak dikawal itu ibaratnya ‘kebocoran’ dalam pengurusan kewangannya.

Sediakan Mas Kahwin ‘Mudah’ bukannya ‘Murah’

Dalam isu ‘mas kahwin’, sering kali terdengar keluarga wanita disalahkan kerana meletakkan nilai semasa. Isu ini sepatutnya dikupas dengan lebih ‘adil’ dan holistik.

Sebelum pergi jauh, apakah itu mas kahwin? Mas kahwin atau mahar ialah hadiah wajib daripada pengantin lelaki sebagai menunaikan hak pengantin wanita. Allah SWT mengarahkan, “Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Surah an-Nisa’, ayat 4.)

Rasulullah SAW berpesan, “Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling mudah maharnya[i].”

Apabila kita mengkaji sirah lebih mendalam, kita akan melihat kepelbagaian mahar para sahabiah. (Rujuk Majalah Anis isu lepas). Ada yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah. Ada sahabiah yang mendapat mahar sebuah kebun. Ada pula yang mendapat mahar hafazan al-Quran.

Maka, para ulama muktabar membuat kesimpulan, tidak kiralah mahar itu berupa sebentuk cincin besi atau sekereta emas, kedua-duanya adalah mahar yang baik, selagi ‘mudah’ bagi suami untuk memperolehinya. Iyadh berkata, “Seluruh ulama membenarkan mahar dengan apa sahaja asalkan kedua-dua suami isteri itu rela.”

Kesimpulan

Oleh sebab itu, bukan wanita sahaja patut dipersalahkan agar merendahkan mahar sebaliknya lelaki juga perlu berperanan agar bijak mengurus kewangan. Barulah mampu menyediakan mahar.
                                                                                                                                                                                                                                                  


[i] Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya.

Marry Only One..

$
0
0


In the name of Allah,
The All Merciful, The All-Compassionate

"If you fear that you will not be just, then marry only one." (The Quran 4:3)

Polygamy was practiced in many societies before the rise of Islam.

It is Islam that restricted the practice of unlimited polygamy. It also regulated this restriction to protect the dignity and security of women in Islam.

The Qur'an is the only religious book that says marry "only one".

The "do's" and "dont's" in Islam fall into five categories: fard (obligatory); mustahab (encouraged), mubah (permitted); makruh (discouraged) and haram (prohobited or forbidden).

Polygamy is not obligatory for Muslim men.

The overwhelming majority of Muslim men (more than 98%) have only one wife. Thus monogamy is the rule amongst Muslims and polygamy is the exception.

Instead of telling this Truth, western media and literature lie about Islam as a religion that promotes polygamy.

Polygamy falls into the third category of permitted (mubah) activities in Islam. This permission is for exceptional situations, and is subject to stringent conditions.

The Quran permits Muslim men to have up to four wives at any one time. [4:3] It grants this permission only to those who can look after all their wives justly. This requirement removed the concept of "a secondary wife", for all wives have the same status and are entitled to identical rights and claims over their husband.

In 7th century Arabia, this Islamic revelation liberated thousands of women who were suffering under unrestricted and unregulated polygamy. To those men who fear that they will not be able to deal justly, Allah commands them to marry only one. [4:3]

You will never be able to do perfect justice between your wives even if it is your ardent desire, so do not incline too much to one of them so as to leave the other hanging.

And if you are just, act righteously and fear Allah, then Allah is ever Forgiving and All Merciful. [4:129]

Some have misused this verse to demand the introduction of numerous rules to curb the limited polygamy permitted in Islam. The need to prevent the abuse of the permission given by The Almighty should not be stretched to make it impossible to practice what is permitted by Him. 

No one has the right to make unlawful what The Almighty has made lawful. The Qur'an acknowledges the difficulty of being "just and fair between women."

Why does The Qur'an then permit a Muslim to have up to four wives at one time?

The complete answer to this question is known only to Allah The All-Knowing. We have no way of knowing about all the situations that justify the need for this permission from The Almighty. Some situations may exist now. Others may occur several centuries later.

The guidance found in The Noble Qur'an is for all mankind and for all times till the end of this civilization. The permission given in The Qur'an has to be understood in the context of compelling reasons that may occur in some places and at certain times.

The effort to understand these reasons must begin with The Qur'an itself.

What is the objective and historical context of the revelations relating to polygamy?

The verse [4:3] that permits limited polygamy was revealed after the Battle of Uhud in which many Believers were killed. One result of warfare is that many wives and children become widows and orphans.

In The Qur'an, the permission for polygamy is associated with showing compassion to windows and the orphans. [4:3]

The permission given in The Qur'an is therefore not a right but a responsibility placed on Muslims to ensure that widows and orphans live in dignity and security. Applying the principle of "one man, one wife" in a postwar situation would result in many women without husbands.

The choices these women have are a life of celibacy (which Islam opposes as it is not consistent with human nature) or illicit sex (which Islam forbids). Most women would not accept these coices since most women would want a publicly accepted married life that gives them dignity, and the security and love of a legal husband and family.

Permitting polygamy when necessity for example, in a postwar situation, provides a more humane solution compared to extramarital affairs. The second wife, legally married and treated justly, is better off than a mistress without any legal rights or social recognition.

In Islam, marriage is a lawful contract freely entered into by a man and a woman to please Allah; a woman cannot be forced into a polygamous marriage against her will.

Extramarital affairs, free sex, prostitution, and humiliating women by describing them as sex workers-these are forbidden in Islam but are either legalized or tolerated in the pseudo-monogamy of the West!

Allah knows best.
By; 
Dr Y Mansoor Marican, Ph. D
PERKIM


Nasihat Buat Kader Dakwah

$
0
0




Di antara kutipan nasihat Syeikh Jum'ah Amin untuk kita para kader dakwah:


·       Jangan terlalu fokus dengan sebab-sebab material untuk mencapai kemenangan, tapi kurang fokus pada رَبُّ الْاَسْبَاب"Rabbul asbaab" (Allah yang menjadi Rabb/Pemilik dari sebab-sebab) 


    (Prioriti fokus:  1. Rabbul asbaab   2. Material)


·        Jangan terlalu fokus dengan pengurusan, pentadbiran, strategi (perencanaan), tapi PERLU fokus dalam hak-hak Allah. Strategi dan pengurusan baru efektif kalau dilakukan oleh tangan yang berwudhu, kening yang banyak sujud, jiwa yang khusyu', hati yang tenang dan tunduk pada Allah. Tanpa itu, sehebat-hebatnya pengurusan dan strategi yang dilakukan takkan memberi kemenangan....

·        Apa yang dianggap orang adalah nafilah (sunah), bagi antum bernilai faridhah (wajib). Dimana posisi antum dalam tilawah minimal 1 juz sehari? Dimana posisi antum dalam raka'at-raka'at diwaktu malam? Dimana posisi antum dalam infak? Dimana posisi antum dalam raka'at dhuha?

·        Lawan politik wang yang biasa dijadikan senjata lawan-lawan politik antum dengan akhlak, dengan ukhuwwah dan dengan ubudiyah.... Bukan dengan wang juga...!!


·        Senjata antum hanya dua : hubungan baik dengan Allah dan akhlak dengan manusia. Dengan itu, dua cinta berhimpun, cinta Allah dan cinta manusia. Ustadz al-Banna mengatakan : "Nahnu nuqaatil an naas bil hubb" (Kita menaklukan manusia dengan cinta).

Tiada Cinta Sebelum Kahwin

$
0
0
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan?


Bahaya Cinta Sebelum Kahwin 


  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

  • Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.

  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.

  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan.

  • Cinta lalai akan menyebabkan ku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.

  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang pada kepada peribadi zuriat kami pastinya. Na'uzubillah!

[Petikan daripada buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul]


Sebuah penantian

$
0
0




    Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan 
siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. 
Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di'library'.
'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, 
mengadakan perbincangan dan ada  juga yang kelihatan kelam-kabut 
menyiapkan 'assignment'.

     Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang
dirancang,saya akan mencari tempat kegemaran saya.Di ruang tempat duduk
individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding.  
Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan
dengan tempat itu. 

Jika saya memilih tempat lain,
sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan
dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, 
mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya 
dan sebagainya.

Agak membazir masa.

   Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. 
Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku 
di atas meja, pandangan matasaya sedia tertumpu pada tulisan yang 
tertulis di atas meja tersebut. 
Dengan pensil.
Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia
 rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…
Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain
Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar
Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. 
Oh…no! 

   DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa.
Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi.
Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja
kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi
yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, 
ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas,
dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. 
Apapun, respon yang diberi mungkin 
sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.

Cinta itu buta…
Redha je la…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

   Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda 
remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan
seorang insan merana. 'Study'jadi mangsa. 
Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa,
bangsa dan agama hampir binasa. 
Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…

   Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang 
mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. 
Matanya merah, berair dan bengkak. 
Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata.
Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we.
Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing.
Hanya tangisan menjadi peneman. 

   Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. 
Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi 
perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya
termasuklah menjadikan beg tangannya
sebagai tempat membuang sampah, 
dia masih lagi mampu bersabar.
Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja.
Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban. 

   Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa 
untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa 
terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk
dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil
kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. 
Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
Remuk hatinya.

   Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya.  
Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari.
Terbit di hatinya keinginan yang sama.
Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah,
suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. 
Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan
remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

   Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu.  
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah 
untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda 
mendapat seruan, yakinlah.

                Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah
 ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai
 cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. 
Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

               Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah
dan teruskan berusaha.Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki
dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. 
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah 
menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. 
Teruskan berusaha! 
Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila
 seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
              kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu.  
Dengarlah pesanku, 
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. 
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu 
untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). 
Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. 
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian 
peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. 
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, 
si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu 
yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. 
Lupakan segala kegundahan.
 Ubatilah resah di hati. 
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. 
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.


Rujukan : Gambar

Duhai mata yang sedang menangis

$
0
0



 
Duhai mata yang sedang menangis,
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir di pipimu adalah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di mata dan di tubuhmu kemudiaan disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini matamu masih mampu menangis.

            Aduh!

            Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah meanggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,
            “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Al-Isra’: 109)
            “Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Maryam: 58)

            Duhai mata yang sedang menangis,
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuhmu. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otakmu pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

            Duhai mata yang sedang menangis,
            Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.  Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Duhai mata yang sedang menangis,
Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.  Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki. Ianya antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis,
            Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.  Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk  melonjakan amal dan perubahan untuk hari esok. Tangisan kerana Allah s.w.t. ketika gembira atau derita adalah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.  Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
            “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (HR Ahmad dan an-Nasa’i).

 

RESUME FATIMAH SYARHA

$
0
0


PROFIL DIRI

NAMA            
: Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
IC                  
: 841017-11-5004
TARIKH LAHIR 
: 17 Oktober 1984
UMUR
: 30 tahun (2014)
WARGANEGARA
: Malaysia
BANGSA
: Melayu
STATUS
: Berkahwin
ALAMAT
: Gombak, Selangor
NO.TELEFON
: 013-9578063/ 019-6758063
E-MAIL
: fs_loveislam@yahoo.com/ sebarkanbahagia@gmail.com




PRINSIP HIDUP

Lailahaillah. Muhammadurrasulullah. 
Langkah jihad ini tak maju dek puji, tak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi.




PENGALAMAN BEKERJA/ JAWATAN


Terkini :

  • Pengarah Urusan, di Syarikat Sebarkan Bahagia Resources.
  • Penulis buku, kolumnis dan editor.
  • Perunding motivasi.
  • Tetamu Radio, IKIM.fm dan Salam.fm.
  • Tetamu TV (Murobbi Rancangan Realiti TV Adik-adikku/ 3 Ustazah Astro Oasis/ TV Al-Hijrah/ RTM/TV9/TV3).
  • Panelis rancangan Al-Hidayah 2015, Srikandi Syurgawi TV9, 2015, hos rancangan Semanis Kurma 2015 (dalam pembikinan)
  • Duta tudung labuh Torfina. (www.sebarkanbahagia.com)
  • Aktif sebagai ahli panel forum, ceramah, seminar, bengkel penulisan, konvensyen dan sebagainya di institusi-institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara,syarikat-syarikat korporat, masjid-masjid, komuniti, sekolah-sekolah rendah dan menengah.
  • Pengajar Kelas Tahfiz Ulama Kecil Percuma untuk anak-anak sendiri dan anak-anak masyarakat. (Nombor pendaftaran: 002369737-U).
  • Murabbiah Usrah Tautan Hati, Kelas Pengajian Muslimah Percuma Secara Berdepan dan Maya untuk muslimah Malaysia di seluruh dunia. (Nombor pendaftaran: 002369742-D).

Lepas:

  • Pernah menerima jemputan sebagai panelis di Amerika, Brunei, Singapura dan Australia.
  • Tenaga pengajar di Universiti Malaya.
  • Pelajar Ph.D.
  • Penulis skrip drama ‘Aku Ada Wali’, untuk TV Al-Hijrah.
  • Ketua Pengarah, Tim Panel Editor UIAM, 2004-2005.
  • Fasilitator Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, 2004-2007.
  • Naqibah, Study Circle Package under Co-Curricular Activity Centre, 2005/2006.
  • Guru Sekolah Rendah Ibnu Katsir, Februari 2007.
  • Eksekutif Komunikasi Korporat, Kolej Teknologi Darul Naim, 2008.




ANUGERAH & PENCAPAIAN
  1.  Pelajar Anugerah Dekan.
  2. Novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja, sempena Jubli Emas DBP 2006. (Tempat ketiga peringkat Nasional)
  3. 50 Top Malaysian Best Titles for International Rights. (Kisah Haiwan Makkah)
  4. 50 Top Malaysian Best Titles for International Rights. (Kisah Haiwan Madinah)
  5. Finalis Top 5, Anugerah Buku PNM – RTM 2013 (Cinta High Class)
  6. Finalis Top 5, Drama Paling Popular Di Laman Sosial, Anugerah Skrin 2014 - Aku Ada Wali.
  7. Finalis Top 5, Drama Siri Terbaik 2014 -  Aku Ada Wali


KARYA PENULISAN

NO.
TAJUK BUKU
TAHUN PENERBITAN
1
Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
2005
2
Ko-editor Anakku Soleh Anakku Hebat
2005
3
Tautan Hati
2006
4
Duhai Teman Sejatiku
2007
5
Ko-Penulis Mak Abah Redailah Anakmu
2007
6
Palestin Tak Pernah Gentar
2008
7
Seindah Mawar Berduri
2009
8
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
2009
9
Palestin, Kami Datang
2010
10
Kisah Haiwan Makkah
2010
11
Kisah Haiwan Madinah
2010
12
Syabab Musafir Kasih
2011
13
Sebarkan Cinta-Mu
2011
14
Cinta High Class
2012
15
Risalah Hati Raja Sehari
2013
16
Kolumnis Majalah Solusi
Setiap bulan
17
Kolumnis Majalah Mukminah
Setiap bulan
18
Kolumnis Majalah Anis
Setiap bulan
19
Kolumnis Majalah Usrati
Setiap bulan
20
Kolumnis Majalah HALUAN
Setiap bulan
21
Aku Ada Wali
2013
22
9 Nota Cinta
2014
23
Adikku Boleh, InsyaAllah
2014
24
Kesayangan
2014
25
Cik Abang, sudi nikah satu?
Januari 2015
26
Jatuh Cinta, ingat pada-Nya
Dalam pembikinan 2015
27
Ingin Segera Nikah (Novel)
Dalam pembikinan 2015
28
Setiap Hari Ada Cinta
Dalam pembikinan 2015
29
Meminang Dipinang
Dalam pembikinan 2015
30
Tenang Di sampingmu
Dalam pembikinan 2015
31
Bila Cinta Retak
Dalam pembikinan 2015
32
Tip Top Pelajar Muslim
Dalam pembikinan 2015


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


TAHAP PENDIDIKAN
SEKOLAH/INSTITUSI
TARIKH
GRED/
ANUGERAH
Master dalam Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan Pengkhususan dalam Fiqh & Usul Fiqh.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)

2011


3. 897

Ijazah bacaan Al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab

Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq,Syria.

Mac-Julai 2007


Best Student


Ijazah dalam Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan. Pengkhususan dalam Fiqh Psikologi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
2003-2006
CGPA 3.569
Pelajar Anugerah Dekan hampir setiap semester
Sijil Matrikulasi
Pusat Matrikulasi IIUM
2002-2003
CGPA 3.739
Pelajar Anugerah Dekan hampir setiap semester




SUSU YANG BERKAT MASYA ALLAH :)

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

SYUKUR SELALU

Alhamdulillah a’la kulli haal. Saya bersyukur kepada Allah Azza wajalla kerana berada di kalangan rakyat Malaysia yang peka dan sentiasa berusaha  memartabatkan fakta dan kebaikan. Indahnya apabila kita tetap mencintai kesatuan meskipun diterjah pelbagai pemikiran. Syukuri persamaan. Raikan perbezaan.

SEDIAKAN HATI

Berbeza pendapat itu biasa. Berpecah itu binasa. Firman Allah SWT bermaksud: “ Kalau Allah mengkehendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang diberikan-Nya kepadamu. Maka, berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali. Lalu, diberitahukan-Nya kepadamu terhadap apa yang dahulu kamu perselisihkan.” (Surah al-Maidah: 48).
Berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan penuh hormat adalah satu episod hidup yang indah. Tanpanya, hidup akan hambar. Pesan Nabi yang penuh akhlak bersaudara, “Barangsiapa mengkafirkan seorang atau ia panggil, “Hai, musuh Allah.” Padahal tidak ia begitu, melainkan kembalilah (panggilannya) itu kepadanya sendiri. (Hadis Riwayat Muslim). Moga Allah jauhkan kita daripada akhlak cepat melabel . Moga Allah mengurniakan rahmat-Nya untuk kita melangkah ke syurga Firdaus tertinggi bersama-sama. Aamiiin.

PENJELASAN  
              
Biasa terjadi dalam ayat sesempurna al-Quran sendiri, bila mana ayat yang sama, tapi difahami dengan maksud berbeza oleh oran g yang berbeza dengan pemikirannya yang berbeza. Apatah lagi ayat-ayat yang datang daripada manusia yang tidak sempurna seperti saya, kadangkala ia difahami dengan maksud yang tidak seperti yang saya maksudkan. Moga taaruf dan baik sangka akan menjernihkan suasana.
Berikut saya perjelaskan pendapat saya yang boleh diterima atau ditolak. Saya sedar, saya tidak maksum. Berpotensi untuk betul atau salah. Saling bermaafan, satu kesembuhan.

1     Jelas Isunya Dahulu

Susu lembu baik untuk keperluan harian kita. Kita memang sangat memerlukan susu lembu dan menghargainya. Tiada siapa nafikan ia memang ‘baik’ untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Islam memang anjurkan memilih makanan yang baik-baik seperti ini. Itu bukan isunya.
Isunya sekarang ialah susu lembu atau susu formula pada bayi. Menurut kajian yang diakui merata dunia, susu lembu bukanlah makanan yang ‘terbaik’ untuk bayi terutamanya yang berusia bawah 6 bulan dan diteruskan hingga usianya 2 tahun.

2     Susu Ibu dengan Susu Lembu, Samakah?

Ramai yang menganggap semua susu adalah sama. Menurut Rita Rahayu Omar, dalam bukunya Hebatnya Susu Ibu, (sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang doktor pakar, penganjur Sambutan Hari Susu Ibu Sedunia peringkat sebuah negeri), semua haiwan mamalia menghasilkan susu dan semua anak mamalia menyusu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia.

Setiap haiwan menghasilkan susu unik sesuai keperluan anaknya. Contohnya, ikan paus menghasilkan susu berlemak tinggi kerana anak ikan paus memerlukannya di air sejuk.

Anak manusia perlukan nutrien untuk membantu perkembangan otak. Susu ibu mampu menyediakan keperluan ini.

Susu lembu pula, ia mengandungi kandungan asas nutrisi seperti lemak, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Namun, ia terlalu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan keajaiban khasiat susu ibu untuk bayi manusia. Hanya susu ibu yang lebih dekat dengan keperluan bayi manusia.

Beza yang Terlalu Ketara Bagai Bumi dengan Musytari.

Sejauh manakah perbezaan susu ibu dengan susu lembu untuk bayi ini? Allahu akbar, jauh bandingannya. Nilailah sendiri dengan jadual[1]ini. (Tolong jangan langkau membaca  jadual ini kerana ada banyak bukti kebesaran Allah di dalamnya. Jom, baca setiap poinnya sambil bertasbih, Subhanallah).

NUTRIEN
SUSU IBU
SUSU FORMULA
Lemak
  • Kaya dengan pembina otak 3 iaitu DHA dan AA.
  • Susu ini boleh automatik menyesuaikan diri dengan keperluan bayi. (Bagaimana? Lihat di bawah)
  • Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi banyak air. Dalam cuaca sejuk, susu ibu mengandungi lebih banyak lemak. (Subhanallah).
  • Kandungan lemak berkurangan apabila bayi meningkat usia.
  • Kaya kolestrol.
  • Hampir mudah diserap.
  • Mengandungi enzim lemak-pencernaan, lipase.

  • Mengandungi DHA yang bukan semula jadi.
  • Tidak sesuai dengan keperluan bayi.
  • Tiada kolestrol.
  • Sukar diserap.
  • Tiada lipase.
Protein
  • Lembut. Dadih susunya mudah dihadam.
  • Kandungannya lebih tinggi di kalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang.
  • Lactoferrin untuk kesihatan usus.
  • Lysozyme, antimicrobial.
  • Kaya dengan komponen protein pembina otak dan tubuh.
  • Kaya dengan faktor pertumbuhan.
  • Mengandungi protein pencetus tidur.
  • Dadih kasien yang sukar dihadam.
  • Tidak sepenuhnya diserap. Menyebabkan pembaziran.
  • Tiada atau hanya sedikit lactoferrin.
  • Tiada lysozyme.
  • Kurang protein pembina otak dan tubuh.
  • Kurang faktor pertumbuhan.
  • Tidak mengandungi banyak protein pencetus tidur.
Karbohidrat
  • Kaya laktosa.
  • Kaya inoligosaccharides yang menggalakkan kesihatan usus.
  • Tiada laktosa di dalam sesetengah jenis susu formula.
  • Kurang oligosaccharide.
Penggalak sistem imun
  • Setitis susu ibu mengandungi lebih satu juta sel darah putih. Ia berfungsi memakan kuman.
  • Kaya dengan immunoglobulin.
  • Tiada sel darah putih atau jenis sel yang lain. Makanan ‘mati’ mempunyai kurang kebaikan immunological.
  • Sedikit immunoglobulin.
Vitamin dan Mineral
  • Lebih mudah diserap terutamanya zat besi, zink dan kalsium.
  • Zat besi mampu diserap antara 50-75%.
  • Mengandungi lebih selenium (sejenis antioksidan).
  • Tidak boleh diserap dengan mudah.
  • Zat besi diserap 5-10%.
  • Kurang selenium.
Enzim, hormon dan modulator pertumbuhan
  • Kaya dengan enzim penghadaman seperti lipase dan amylase.
  • Kaya dengan banyak hormon: tiroid, prolaktin, oksitosin dan lebih daripada 15 jenis.
  • Berbeza mengikut diet ibu.
  • Membantu pelbagai sel berkembang.
  • Rasa susu bergantung kepada apa yang ibu makan.
  • Pemprosesan susu formula membunuh enzim pencernaan.
  • Pemproesan membunuh hormon.
  • Rasanya sama.
Gula
  • Jenis gula yang mewujudkan keasidan dalam salur usus bayi agar bakteria jahat tidak membiak.
  • Separuh daripada susu ibu.
Kos
  • Sekitar RM600 setahun untuk makanan tambahan ibu.
  • Kira-kira RM50 sebulan.

  • RM1980 setahun.
  • Dianggarkan bayi memerlukan 22kg susu formula untuk enam bulan pertama.
  • RM2640 setahun untuk susu formula hypoallergenic.
  • Kos untuk botol susu dan seumpamanya.


  •  (Banyak lagi...)

  •  

Jelas, susu ibu adalah pilihan yang terbaik untuk bayi. Islam memang menggalakkan kita memilih makanan yang baik-baik. Susu lembu, kambing, unta dan seumpamanya baik untuk kita yang dewasa ni, maka minumlah. 

Susu formula 'kurang baik' untuk bayi, usahlah dipilih. Antara hikmahnya, ia akan membentuk satu keperibadian yang suka pada perkara baik-baik. Bahkan Nabi kita Muhammad SAW menyediakan minda kita dalam satu hadis sahih, jika kamu minta syurga mintalah syurga Firdaus. Nabi mahukan umatnya yang moderat ini sentiasa jadi 'the best ummah'. Sentiasa pilih yang terbaik!

Susu formula yang diberikan kepada bayi, yang unsurnya tidak sama dengan susu ibu, mungkinkah natijahnya sama atau berbeza kepada si bayi? Wujudkah kesannya  pada kesihatan? Yes, wujud! Kesannya pada karakter? Tiada kesan langsung? Benarkah? 

Apapun pandangan, kasihanilah si bayi. Dia perlukan makanan yang baik. Dia tidak mampu menyuarakan sendiri keperluannya itu. Siapakah yang sudi mewakili suara hatinya?

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut dalam bukunya Fiqh al-Siyam, “Manusia, sebagaimana sering dipersepsi banyak orang, memiliki tabiat ganda. Ada unsur tanah. Ada pula unsur ruh Ilahi yang ditiupkan Allah padanya. Satu unsur menyeret manusia ke bawah. Unsur yang lain mengangkatnya ke atas. Jika unsur tanah dominan, ia akan turun ke darjat binatang atau bahkan lebih rendah daripadanya. Sebaliknya, apabila ruh Ilahi yang menguasai, ia akan melambung tinggi ke darjat malaikat.” (Fiqh al-Siyam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Terjemahan: Ma’ruf Abdul Jalil, Wahid Ahmadi, Jasimin. Penerbit: Era Intermedia). 

Moga unsur tanah atau binatang tidak dominan dalam diri kita apabila kita sentiasa memilih apa yang ‘baik’ di sisi Syariat bahkan yang 'terbaik'. Memilih amalan baik. Makan benda baik. Berkata-kata yang baik. Berakhlak baik. Memilih susu ibu, susu terbaik untuk anak kita. Sesuatu yang ‘baik’ di sisi Syariat selalunya tidak bercanggah dengan akal sihat. Akal atau Sains juga akan tunduk mengakui kebaikannya.

4    Apa yang dimakan ada kesan pada karakter seseorang?

Itulah yang disampaikan oleh murabbi ummah Dato’ Abu Hassan Din al-Hafiz berkenaan susu lembu ada pengaruhnya pada karakter anak. Beliau menyampaikan ilmu itu dalam satu rancangan Tafsir al-Quran bersama kanak-kanak di kaca TV.

Begitu juga apa yang disampaikan oleh guru yang saya segani, Ustazah Asni Mansor kepada saya sendiri sebelum penggambaran Fiqh Wanita episod Susu Yang Berkat itu dijalankan. Beliau juga menyampaikan mesej ini melalui skrip peserta Adik-Adikku dalam satu rancangan terbitan JAKIM untuk RTM.

Lalu saya membuat bacaan lanjut.  Saya mendapati, pekanya Islam untuk menjadikan kita umat terbaik, Islam selalu menganjurkan kita memilih yang baik-baik. Makanan yang baik. Hati yang baik. Akhlak yang baik.

Firman Allah SWT, “Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah, “Yang dihalalkan bagimu (adalah makanan) yang baik-baik.” (Surah al-Maidah: 4).

Saya menyetujui pandangan guru-guru masyarakat bertauliah itu kerana antara hikmah yang saya percaya, tatkala kita memilih makanan yang baik ia memberi kesan kepada kesihatan dan keperibadian yang baik. Tidak  dinafikan, guru-guru kita mungkin betul atau salah. Kembalilah kita memohon petunjuk kepada Allah al-Alim al-Hakim.

Antara tujuan Syariah menjaga akal dan nyawa manusia. Lihat firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah, ayat 91. “Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak…..” Ayat ini jelas menunjukkan minum perkara haram seperti arak memberi kesan kepada karekter. Ya, susu formula bukan haram layaknya arak. Ia halal lagi bermanfaat. Namun, jika ia boleh mendatangkan kesan kurang baik pada kesihatan bayi berbanding susu ibu, tidak kah ia ada kesan juga pada karakter?

Di Eropah, kita boleh luaskan bacaan pada buku seperti ‘You are What You Eat,’ karya Dr. Gillian McKeith. Ada pengaruhnya kepada depresi dan 'sleeping disoder.' Moga ada pandangan-pandangan membuka minda yang boleh kita sama-sama fikirkan agar sentiasa memilih makanan yang terbaik.

Jika ada pihak menolak bahawa makanan yang baik ada kesannya kepada keperibadian yang baik, itu hak mereka. Jika ada pihak sukar menerima pendapat bahawa makanan yang kurang baik, ada kesannya kepada keperibadian, itu juga hak mereka. Saya hormati. Buat masa ini, pendapat saya berkenaan hal itu belum berubah sehinggalah saya dibentangkan hujah yang lebih meyakinkan.

Pentingnya Sokongan Suami

Isteri yang mendapat sokongan suami, proses penyusuan menjadi lebih efektif. Tanpa beban emosi dengan karenah suami, dia tentu akan lebih gembira. Lalu, lebih sihat untuk menyusui anaknya.  Pengaruh kegembiraan terhadap kesihatan ini dinyatakan oleh Norman Vincent Peale, (Arnold Fox, M.D. dan Barry Fox, Ph. D) dalam bukunya The Miracle of Positive Thinking, “The human mind and body are one and the same, different aspects of the same whole-you. Unhappy thoughts are invariably reflected as diseases of the body. But happy thoughts encourage a healthy body. That is basic law.”
Disebabkan ‘basic law’ ini, saya mengambil kesempatan mengingatkan insan yang paling dekat dalam kehidupan isteri agar memberi sokongan bukan mencari yang lain.

Salah Satu Kebarangkalian Bukan Satu-satunya

Pakar-pakar laktasi yang saya hormati ti mengakui susu ibu memberikan antiobodi dan imunisasi tambahan kepada bayi dan menyebabkan bayi tersebut kurang mendapat penyakit berjangkit, alahan dan sebagainya. Tiada fakta yang bercanggah di sini.
Saya pula tidak menyatakan ‘satu-satunya’ faktor bayi menjadi lumpuh ialah kerana tidak mendapat susu ibu. Ia cuma salah satu bukan ‘satu satunya’ kemungkinan. Kemungkinan itu meskipun kecil, kebarangkaliannya tetap ada. Ada yang bercanggah?

Saya juga tidak menafikan wujudnya pelbagai faktor lain seperti penyakit berjangkit seperti polio akibat tidak mendapatkan suntikan vaksinasi polio dan sebagainya. (Belum lagi sebut isu vaksin. Saya penyokong vaksin dan mengenali ramai ibu-ibu anti vaksin. Insya Allah, ini perbincangan di sesi lain).

Jika difahami dengan fikiran positif, saya tidak nampak ada percanggahan saya dengan pakar laktasi dalam isu nombor 6 ini. Cuma kekangan masa program yang cuma berdurasi setengah jam mengekang saya daripada memberikan maklumat terperinci. Saya terpaksa memberikan satu atau dua contoh mudah sahaja.

Lagipun, saya difahamkan program ini mesti santai, perbincangan tidak terlalu berat dan target sasaran utama adalah menarik remaja dan orang muda. Maafkan saya jika ada di kalangan pihak tertentu mahukan ia mesti diterangkan secara terperinci. Saya tidak mampu menjadikan ‘input’ dalam program setengah jam ini setanding dengan kursus laktasi yang memerlukan masa sehari suntuk.

Analogi Nasi dan Air

Saya menyebut kedua-dua belah susu ‘macam’ nasi dan air secara ‘analogi’ bukan merujuk kandungannya. Tapi telah difahami secara ‘hakikat’. Saya sedia maklum bahawa kedua dua belah payudara ibu menghasilkan kandungan air, lemak, laktosa, protein dan mineral yang mencukupi untuk keperluan bayi mengikut usia. Bukannya menghasilkan nasi. (Lucu pula).

Apa yang saya maksudkan daripada ‘analogi’ itu bahawa kedua-duanya saling melengkapi bagi memenuhi keperluan bayi. Iaitu ibu digalakkan menggunakan ‘kedua-dua’ belah payudara agar bayi mendapat keperluan secukupnya. Gunakan bukan salah satu sahaja. ‘Bagaikan’ nasi yang tidak lengkap tanpa air, mesti cuba kedua duanya dahulu. Bagi ibu yang hanya memiliki sebelah payudara sahaja, (mungkin kerana kanser dan sebagainya), jangan risau kerana khasiat kedua-dua belah payu dara sama sahaja.
           
Ada percanggahan fakta?

Bila Bayi Menggigit

Jika ibu menyusukan merasa sakit, ada banyak kemungkinan. Saya memaksudkan memerhati faktor dalaman dulu. Iaitu diri ibu itu sendiri. Seimbangkah pemakanan dan airnya? Tiada sedikitpun pernyataan yang menafikan adanya faktor luaran yang lain.

Bayi menggigit juga banyak kemungkinan termasuk mungkin ingin meluahkan kekecewaan. Dengan masa yang singkat dan tema program yang ingin santai santai, saya menyebutkan beberapa kemungkinan sahaja. Iaitu berkenaan pemakanan ibu yang tidak teratur.

Adakah kemungkinan-kemungkinan ini bercanggag dengan fakta dan langsung tidak mempengaruhi kelancaran susu ibu? Realitinya, masalah ini biasa dialami ibu-ibu termasuk yang pernah dialami oleh Halimah as Saadiyah. Bagaimana perjalanan sukar Halimah ke Makkah yang ditemani tangisan bayinya yang kehausan susu? (Rujuk Qasasul Anbiya’, Ibnu Katsir).
      
Saya tidak sesekali menafikan ada beberapa faktor dan sebab yang lain seperti pelekapan mulut bayi tidak betul, tongu tie, jangkitan kulat candidiasis dan ia mungkin merebak ke payudara ibu dan lain lain. Ia memerlukan perbincangan yang panjang  sedangkan tetamu saya adalah pelajar belum berkahwin.
   

Penyusuan Anak Angkat

Saya sangat menyarankan mereka yang ingin menyusukan anak angkat supaya bersedia lebih awal, mengikuti program berkala, mendapatkan kumpulan sokongan, mengambil semua alat bantu seperti hormon dan ubatan. Rangsangan bayi sangat diperlukan yang boleh didapati melalui sentuhan dan hisapan payudara daripada anak itu.

Apa yang sempat saya ceritakan ada kes istimewa melalui pengalaman kawan saya seorang pelajar Ph.D berkaitan penyusuan anak angkat. Beliau bercerita,  ada ibu angkat yang berjauhan dengan bayi angkatnya (dengan rangsangan jauh, tanpa rangsangan dekat), juga mampu memerah titisan susu untuk bayinya. Saya memaksudkan betapa berkuasanya rangsangan ibu anak, meskipun berjauhan. Saya tidak memaksudkan ibu anak tidak perlukan rangsangan dekat. Saya juga tidak pernah sesekali memaksudkan semua alat bantu itu sebagai tidak perlu.

Susu formula bukan Pengganti Susu Ibu.

Saya menganggap susu formula seperti ‘rukhsah’. Susu ibu adalah ‘azimah’. ‘Rukhsah’ tidak diambil kecuali dalam keadaan memerlukan atau terdesak.  Bila saya menyebut dengan istilah ‘rukhsah’, itu menunjukkan saya tidak memaksudkan ia menjadi pengganti kepada susu ibu.

Saya bersetuju dengan World Health Organization (WHO) (17 Julai 2013) yang mengatakan pemberian susu formula sebagai follow up formula adalah TIDAK perlu dan tidak sesuai dijadikan pengganti kepada susu ibu setelah bayi berusia 6 bulan ke atas.

Saya mengatakan selepas bayi berusia 6 bulan, ‘rukhsah’ susu formula ini mungkin boleh diambil kerana pernah mengalami dan melihat sendiri realiti ibu-ibu berkerjaya yang kadangkala sakit dan stress hingga tidak sempat memerah susunya.

Saya mengingatkan, sekali kita membeli susu formula, motivasi untuk menyusu dengan susu ibu, akan menurun. Sekali lagi, ia bukan ‘pengganti’, cuma rukhsah. Apapun, saya yakin, pilihan yang paling baik sebenarnya ialah tetap meneruskan penyusuan susu ibu, bukan susu formula, sehingga bayi berusia 2 tahun. Seterusnya pilihan yang ada ialah susu perahan, susu ibu susuan dan di tangga terakhir barulah susu formula. Pandangan saya berkenaan susu formula boleh dijadikan makanan tambahan untuk kalsium (bukan pengganti susu ibu), mungkin boleh diterima dan ditolak.

Bila ditanya, jika terpaksa juga memilih susu formula, maka saran saya pilihlah susu formula yang mengandungi DHA dan AA yang tinggi, sebagai pembina otak. Hakikatnya, DHA dan AA hanya kaya dalam susu ibu. Susu formula itu, meskipun harganya mahal, khasiatnya tetap tidak dapat menandingi susu ibu. Tiada satupun saran saya agar selepas bayi berusia 6 bulan, jadikanlah susu formula sebagai ‘pengganti’ susu ibu. Saya memaksudkannya dalam kondisi ‘rukhsah’ atau terpaksa, misalnya ketika si ibu tidak sempat menyusu (mungkin kerana berkerjaya), kehabisan stok susu perahan, tiada kenalan ibu susuan dan yang ada dalam pilihannya cumalah susu formula.

Dengan ‘rukhsah’ ini, walaupun ibu tidak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya dan terpaksa mencampurinya dengan susu formula, ia tetap satu usaha yang patut dipuji. Sebab dia sudah berjuang awalnya.

Susu Ibu, Cecair Berharga

Islam tidak mengambil berat tentang sesuatu selain pasti mengandung hikmah. Kerana akal kita terbatas, ada hikmah yang diketahui. Ada pula yang tidak. Kita yakin, Allah tidak pernah mensyariatkan suatu hukum yang sia-sia. Susu ibu disebut dalam al-Quran sudah tentu ada hikmahnya.

Saya selalu terpegun tatkala membaca kisah hari-hari kecil Nabi Muhammad SAW. Ibu baginda berusaha mencarikan ibu susuan terbaik. Demi cecair emas itu, ibu-ibu Makkah sanggup berpisah sementara dengan si jantung hati. Allah!

Harum nama Halimah Saadiah yang rela menyusui si yatim tak berharta. Bukan senang dia menempuh perjalanan ke Makkah. Bayinya sendiri sering menangis kelaparan kerana si ibu kekurangan susu. Apabila mendapat makanan dan minuman di Makkah, susunya bengkak semula. Ditambah lagi mendapat seorang bayi barakah. Makinlah susunya bak hujan mencurah.

Kisah ini diangkat dalam lipatan sejarah. Nabi SAW bahkan berbangga pernah disusui di perkampungan Bani Saad. Dari situlah, baginda terlatih dengan kefasihan lidah dan kemahiran komunikasi berkesan. Ibu yang rasa kekurangan susu, jangan risau. Belajar daripada Halimah. Kembali kepada pemakanan sihat dan minum air banyak-banyak. Insya Allah, susu akan lancar semula. (Saya ulang, golongan majoriti inilah target sasaran saya).

Bukan itu sahaja, Islam banyak mengangkat kisah-kisah penyusuan insan-insan VIP. Kisah Hajar menyusui Ismail. Kisah Nabi Musa tidak mahu disusui oleh wanita-wanita lain kecuali ibunya. Kisah Maryam menyusui Isa. Apa yang kita boleh belajar?  Islam mempersiapkan insan-insan yang hebat ini dengan permulaan yang hebat. Susu ibu!

Saya mengangkat kisah-kisah ini supaya kita sentiasa meningkatkan motivasi untuk memberikan yang terbaik buat generasi kita.

BUAT DIRIKU DAN PARA IBU SEANGKATAN

Saya percaya ibu-ibu yang saya muliakan semuanya mahu memberikan yang terbaik untuk anak mereka dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan pertama, seterusnya sehingga anak berusia 2 tahun. Kita juga perlu menghormati kalangan 2-6% wanita di dunia yang tidak dapat menghasilkan susu ibu secara total atau mencukupi.

Namun, realitinya prosesnya tidak semudah yang disangkakan. Sebagai anggota masyarakat kita perlu memahami. Sebagai ibu yang mengalami, Allah menilai setiap perjuangan kita yang tidak terlihat di mata manusia. Bukan penghargaan manusia yang kita damba tapi pandangan Dia yang Maha Mengetahui yang zahir dan tersembunyi.

Majoriti ibu-ibu yang memang diciptakan ‘berpotensi’ menyusukan bayinya, perlu dibangunkan motivasi dan kesedarannya untuk terus memilih ‘susu ibu’ bukan ‘susu formula’. (Bagusnya kalau saya ada kajian tentang sejauh mana larisnya susu formula untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah di Malaysia untuk melihat sejauh mana kesedaran susu ibu ini sudah tersebar).

Buat para ibu yang disayangi, usah cepat mengalah dan usah cepat menghukum diri sebagai tidak mampu menyusukan bayi kerana hanya sejumlah kecil sahaja wanita yang diuji Allah benar-benar tidak mampu. 2-6% sahaja. Saya penyokong susu ibu dan mengenali ramai di lapangan ibu-ibu muda yang tidak bermotivasi untuk menyusukan bayinya dan golongan inilah yang menjadi target sasaran dalam rancangan setengah jam ini. Saya sangat menyarankan mereka mengikuti kursus-kursus laktasi bahkan saya antara peminat kursus laktasi.

PENUTUP

Dengan penjelasan ini, apa kata kita menonton episod Susu yang Berkat sekali lagi dengan fikiran positif? Fikiran yang tidak menghukum dan merendahkan sesiapa. Saling menyokong dan mendoakan sentiasa.

Dengan masa yang terbatas, dan jadual ‘shooting’ Fiqh Wanita yang padat (sehari, ada 3 episod, melibatkan komitmen awal pagi hingga lewat petang), saya akui saya tidak mampu menjelaskan semuanya secara terperinci. Ringan dan santai sahaja. Saya pernah suarakan kepada pihak penerbit ketika penggambaran supaya banyakkan lagi menjemput bukan sekadar pelajar, tapi yang pakar. Namun, saya berusaha memahami target mereka, ringan dan santai. Apakan daya saya?

Cuba duduk di tempat saya dan bayangkan anda perlu menerangkan segala maklumat panjang lebar ini dalam suasana santai berdurasi 30 minit tidak campur iklan, sms dan sebagainya. Inipun, ada banyak soalan lagi yang tidak dilampirkan di sini. Boleh dapatkan jawapan terperinci dalam buku Ustazah, Nak Tanya Sikit.

Saya juga selamanya tidak akan mampu memenuhi kepuasan semua orang. Langkah dakwah yang saya pilih ini sememangnya tidak maju dipuji, tidak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi. Mana-mana nasihat yang baik, saya terima dan hargai. Everyday is upgrading day.

Saya mohon maaf zahir batin andai masih ada yang salah di mata sesiapa. Saya akui, saya cuma manusia biasa. Berpotensi untuk betul atau salah bila-bila masa sahaja. Ambillah mana yang baik. Ia datang dari Allah. Mana yang buruk, tapislah dan timbanglah baru dibuang. Yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Hakikat kedua-duanya berlaku, semuanya dengan izin Allah jua. Saya juga seperti kalian, mencintai kefahaman yang betul. Moga Allah akan serlahkannya tidak kira di pihak manapun ia berada.

Akhir kata, izinkan saya menemui bayi saya. Dia perlukan susuan. Dia rindukan pelukan. Saya ingin damai di sampingnya sambil menghiburkan diri dengan sabda Nabi SAW, “Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan, dan kejahatan masyarakatnya.” (Direkod oleh al-Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, hadis sahih). (Jangan salah faham pula sabda Nabi ni ye. Tak perlu ada sesiapa yang tiba tiba terasa dilabel jika kita yakin kita tidak begitu. Allah berada dalam sangkaan hamba-Nya. Fikir positif dan senyum selalu).

Apa yang penting, semoga para ibu berjuang habis-habisan untuk pastikan anak kita mendapat susu ibu. Moga kita beramal. Insya Allah.

JOM SAMA-SAMA DOA

 “Ya Allah ampunilah kesalahanku, kebodohanku, berlebihanku dalam urusanku dan apapun yang Engkau lebih tahu dariku. Ya Allah ampunilah kesungguhanku, gurau sendaku, ketidak sengajaanku dan kesengajaanku kerana semua itu ada padaku. Ya Allah ampunilah aku tentang apa yang aku dahulukan (persembahkan) dan aku akhirkan. Tentang apa yang aku sembunyikan dan aku nampakkan dan tentang apa yang Engkau lebih mengetahuinya dariku. Engkau yang mendahulu dan yang mengakhiri. Engkau maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari Muslim dari Abu Musa al-Asyari r.a. Doa ini dipetik oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar).

              Wassalam.
Al-Faqirah ila afwi Rabbiha,
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.





[1]Rita Rahayu Omar, Hebatnya Susu Ibu.

ISU DNA VERSI RINGKAS :)

$
0
0
Salam sebarkan bahagia.

Masa berlalu, isu ini pun sudah berlalu.
Namun, masih ada yang baru tahu dan datang merujuk. Terima kasih atas sikap tabayyun (meneliti dengan berhati-hati) kalian. Sungguh terpuji.

Di sini saya lampirkan ringkasannya.


1.Saya mohon maaf jika ada kesilapan dan kelemahan kerana saya manusia biasa, tidak maksum, berpotensi untuk betul atau salah bila bila masa sahaja.

2. Antara tanda kekuasaan Allah, DNA adalah spesifik untuk sesuatu makhluk. Ia tidak mungkin bergabung dengan makhluk makhluk yang lain. Dan dalam rancangan itu, saya tidak sesekali berkata atau bermaksud DNA lembu itu akhirnya bergabung dengan DNA manusia. Itu cuma salah tafsiran. Semoga Allah sudi ampunkan mereka yang menokok tambah.

3. Susu lembu memang mengandungi DNA lembu. Kenyataan ini disokong semua saintis. Bahkan, DNA bakteria yang hidup dalam susu, protein, amino asid, immunoglobulin.

4. Saya akui, setakat ini tiada kajian saintifik bila kita memakan sesuatu makanan kita akan ikut sifat/karakter makanan tersebut. ALLAH Maha Kaya, Pemurah, Adil, Pelindung- DIA ciptakan bermacam macam jenis makanan untuk kita nikmati. Ada manusia allergik pada sesuatu bahan lantas dengan rahmat ALLAH ada alternatif lain.

5.Namun, secara metafizik, melangkaui Sains, makanan memang salah satu (bukan satu satunya) faktor yang boleh mempengaruhi akhlak.  Antara salah satu basic law, you are what you eat. Islam menggalakkan makan sesuatu yang bukan saja halal tapi tayyiba. Susu lembu halalan tayyiba untuk kita. Susu ibu halalan tayyiba untuk bayi.

Rujuk ceramah Syeikh ini untuk membuka minda.

6. Rujuk kajian Dr. Elies Elias (semoga Allah memberinya syurga Firdaus tertinggi) tentang Epigenetics tentang kesan pemakanan terhadap emosi bayi.

Dr. Elies Alias
PhD, MSc, BSc (Hons). Biomaterial and Tissue Engineering.
United Kingdom

7. Saya akui, DNA tidak lebih kepada 'penanda' sesuatu makhluk - tidak lebih dari itu. Sebab itu DNA boleh jadi bahan bukti sesuatu kes jenayah. Dan DNA lembu memang wujud dalam susu lembu.

8. Lain lain isu  sila ke
Wallahuaalam.

Salam sebarkan bahagia.

Isu Susu Ibu: Bila Diterajang 1001 Pemikiran

$
0
0
Lihat Teks atau Konteks atau Kedua-duanya?

“Orang mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus.”
                     
Secara spontan, apa yang terlintas di fikiran kita tatkala membaca pernyataan ini?
A)     Salah! Ini bercanggah Sains. Semua saintis sepakat usus manusia sama sahaja.
B)     Mungkin ada maksud tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Jujurnya, A atau B yang terlintas?

A? Tidakkah kita sungguh cepat menghukum?
B? Mungkin ada yang sudahpun mengetahui ia adalah sabda Nabi SAW, sahih riwayat Bukhari Muslim. Lalu, mengkaji.

·         Apakah suasana yang melatari hadis ini?
·         Kenapa 7?
·    Jika lafaznya umum dan tidak terikat dengan sebab-sebab tertentu, apakah maksud sebenar Nabi?
·         Nabi bercakap dari konteks saintifik atau bahasa?
·         Nabi diutuskan sebagai saintis atau pakar bahasa atau utusan Allah?
·         Ini kias atau hakikat?
·         Jika kias, apa maksud sebenarnya?

Persoalan-persoalan ini akan membantu seseorang melihat konteks berbanding hanya pada teks. Lalu, dia tidak mudah menghukum. Bahkan dia akan menemui keluasan cabang ilmu. Misalnya:

  1. Kata 1 atau 7 usus menunjukkan kiasan.
  1. Hadis itu merujuk cara makan muslim sangat jauh berbeza dengan bukan muslim. Muslim berpada dan tidak rakus.
  1. Nabi menididik umat agar tidak mengutamakan hal-hal duniawi yang bersifat berlebihan seperti banyak makan, namun Islam menempatkan sesuatu kena pada tempatnya.

4.       Dalam sastera Arab, angka 7 merujuk kepada banyak. Contoh penggunaan angka 7 dalam al-Quran: “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Luqman 31:27]


Siapa Paling Banyak Dituduh Berdusta?

Siapa yang lebih benar kata-katanya berbanding Nabi SAW? Siapa yang paling banyak dituduh berdusta? Siapa yang paling banyak dicaci nista? Siapa yang paling banyak diputar belit kata-katanya?

Siapa lagi kalau bukan Nabi kita Muhammad SAW? Betapa ramai saintis dan pakar seantero dunia yang menolak kebenaran Islam kerana menganggap hadis ini salah. Bahkan menyerang Islam menggunakan hadis ini. Namun, semua itu tidak membuatkan baginda makin hina. Bahkan di sisi Allah, makin mulia.

Dalam realiti hidup serba mencabar, tidak peliklah jika ada perkataan kita yang tidak ma’sum ini akan disalah fahami bahkan ditokok tambah lalu disebarkan. Kita semua, tanpa terkecuali, manusia biasa yang berpotensi untuk betul dan salah bila-bila masa sahaja. Nabi yang benarpun disalah fahami perkataannya.

Kita ini, apatah lagi. Kita akan berhadapan dengan berjuta manusia yang langsung tidak melihat konteks tapi mentafsirkan kata-kata kita secara literal sesuka hati. Redha sahaja dengan sunnah kehidupan ini agar kita terus gagah tersenyum. Tetap teguh, redha Allah yang kita cari. Kepuasan seluruh manusia, mustahil untuk kita penuhi.

Mari menjengah realiti. Seorang ilmuan menerangkan secara berdalil tentang kesan pemakanan terhadap karakter seseorang menerusi link ini.

Jangan hairan andai penerangan seperti ini diserang oleh mereka yang tidak memahami konteks yang beliau maksudkan. Secara metafizik, iaitu aspek yang melangkaui Sains, makanan memang salah satu (bukan satu satunya) faktor yang boleh mempengaruhi akhlak. Antara dalilnya, Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (daripada mengerjakan pekerjaan itu).” (QS. Al Ma-idah: 90-91).

Manakala, salah satu ‘basic law’, sunnatullah yang sering terjadi, ‘you are what you eat.’ Islam menggalakkan makan sesuatu yang bukan saja halal tapi tayyiba. Misalnya, susu lembu halalan tayyiba untuk kita. Susu ibu halalan tayyiba untuk bayi.

Segelintir Saintis tidak mengiktiraf adanya aspek metafizik, melangkau Sains yang perlu diambil kira. Hanya apabila ada penemuan-penemuan baru seperti di bawah ini, barulah mereka mahu membuka mata.
Box
KESAN SUSU IBU VS SUSU FORMULA TERHADAP BAYI

Satu cohort study di western Australia melibatkan 2900 wanita dan mengikuti mereka dan anak-anak selama 14 tahun. Anak-anak yang dibahagikan samada menyusu badan (6 bulan dan ke atas) atau yang menyusu badan kurang dari 6 bulan kemudian bertukar kepada formula/lembu. Anak-anak ini dikaji melalui Child Behaviour Checklist (CBCL) pada 2, 6, 8, 10, dan 14 tahun. Keputusan menunjukkan bahawa kumpulan yang menyusu badan menujukkan kurang masalah mental berbanding dengan kumpulan yang satu lagi sepanjang zaman kanak-kanak hinggalah ke umur remaja [1].

Satu lagi kajian yang mengikuti 86 bayi premature untuk mengkaji kesan penyusuan ibu mengikut jangkamasa penyusuan mereka di hospital, dan dibahagikan kepada 3 kumpulan; yang menerima sedikit (<25%), sederhana (25-75%) atau banyak (>75%) susu ibu. Bayi-bayi di kaji akan neurobehavioral maturation mengikut Neonatal Behavior Assessment Scale. Bayi yang menerima susu ibu dalam kumpulan yang banyak menunjukkan profil neurobehavioral yang lebih baik, terutamanya dalam motor maturity. Kumpulan bayi ini juga berterusan mencapai markah yang tinggi dalam pelbagai jenis ujian. Dalam kajian ini juga di dapati ibu yang menyusukan anak lebih lama/banyak menunjukkan tahap depressi yang paling kurang, secara tidak lansung meninggalkan kesan yang positif kepada bayi di dalam kumpulan ini [2].

Satu lagi kajian cohort yang besar di United Kingdom yang mengikuti 10 037 pasangan ibu dan anak-anak tentang kesan penyusuan dan tumbesaran sikap mereka sehingga umur 5 tahun. Perangai anak-anak di beri markah oleh ibu mereka berdasarkan Strengths and Difficulties Questionnaire (SDQ). Keputusan menunjukkan yang anak-anak yang menyusu badan mempunyai markah yang jauh lebih baik daripada yang menyusu formula [3].

1.       Kramer M. Long-Term Behavioral Consequences of Infant Feeding: The Limits of Observational Studies. The Journal of Pediatrics (2010) 156 523-524.
2.       Feldman R et. al.  Direct and indirect effects of breast milk on the neurobehavioral and cognitive development of premature infants. Developmental Psychobiology (2003) 43 109–119.
3.       Heikkilä K, et. al. Breast feeding and child behaviour in the Millennium Cohort Study. Archive of Diseases in Childhood (2011)
(Rujuk lanjut kajian Dr. Elies Elias (semoga Allah memberinya syurga Firdaus tertinggi) tentang Epigenetics tentang kesan pemakanan terhadap emosi bayi.

Wahyu Rujukan Pertama, Akal Cuma Sokongan Sahaja

Bukan mudah hendak berhadapan dengan golongan yang hanya merujuk akal, bukan wahyu. Dalam hamparan realiti, akal sahaja tidak selalu mampu mencari kebenaran. Kenapa? Kerana akal, nalar, ratio bergantung kepada biologis. Akal sifatnya terbatas. Wahyu adalah suluhan bagi akal. Akal yang sihat tidak bertentangan dengan wahyu.
Dalam mempelajari Islam, tidak boleh hanya menggunakan pendekatan emprik dan rasional biasa tetapi perlu ada ‘iman.’ Dalam hal ini paling tidak terdapat empat katagori ilmu iaitu :
         Empirical Science iaitu ukuran benar tidaknya adalah dibuktikan secara empirik melalui eksperimen. Sumbernya adalah pancaindera, terutamanya mata. Mata itu dalam bahasa Arabnya adalah ain, maka disebutlah ainul yaqin . Yang termasuk ke dalam empirical science antara lain kedoktoran, fizik, kimia, biologi, dan goelogi.
         Rational  Science iaitu ilmu yang kebenarannya ditentukan oleh hubungan sebab – akibat. Kalau ada hubungan yang logis disebutlah rasional. Sumbernya adalah  ‘ratio’, maka disebutlah ilmul yaqin. termasuk ke dalam kategori ilmu ini seperti bahasa, filsafat, matematik.
         Suprarational  Science , iaitu kebenarannya ditentukan oleh hal-hal di luar  ratio yang berkembang pada zaman itu. Sumbernya adalah hati (qalbu), maka disebutlah Haqqul Yaqin. Yang termasuk ke dalam ilmu ini seperti Isra Mi'raj, doa, mukjizat.
         Metarational  Science adalah Ilmu Ghaib, seperti siksa dan nikmat kubur, syurga neraka dan sebagainya. Sumbernya adalah Ruh.
Ada golongan yang mahu memahami kehidupan dengan hanya menggunakan kategori Empirical science dan Rational Science. Akibatnya, sukar menemui cahaya atas cahaya. Bahkan Muslim sendiri yang cuba memahami Islam dengan akalnya sahaja, akan menemui jalan berliku. Akibatnya al-Quran dan al-Sunnah yang dianggap kurang rasional dipaksakan harus rasional.
Begitulah pemikiran manusia sungguh unik, pelbagai dan beraneka. Dakwah sungguh mencabar. Namun inilah mahar untuk ke syurga. Maka, langkah jihad ini tidak maju dek keji, tidak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi. Biarkan diri disakiti asal Islam terus tersebar.


Analogi Nasi dan Air untuk Susu Ibu

$
0
0
Pesan Orang Tua

“Menyusulah dengan kedua-dua belah. Bagi bayi kenyang dengan yang sebelah kanan dulu. Yang sebelah kiri tu, boleh perah dan simpan,” pesan seorang tukang urut berusia 50-an kepada ibu muda baru bersalin.
“Nak menyusu sambil perahpun boleh, kan?” tanya ibu muda sekadar berbasa-basi.
“Ya. Orang zaman sekarang senang. Informasi semua senang didapati melalui kursus laktasi di hospital, majalah, laman berautoriti dan sebagainya,” kata tukang urut.
“Tak mengapa, seronok dengar mak cik memberi pesan. Pesanlah lagi,” pinta si ibu muda,
“Nanti, bila bayi nak menyusu lagi, bagi yang sebelah kiri pula. Biar bayi hisap sampai kenyang. Yang sebelah kanan tu boleh perah dan simpan. Macam nasi dengan air. Sudah makan nasi, mesti cari air. Gunakan kedua-duanya. Jangan guna sebelah sahaja. Rugi walaupun khasiatnya sama sahaja,” pesannya lagi.
Ada 1001 pesan dan kiasan orang tua-tua untuk kita. Andai kita memandang positif, kita akan menemui pelbagai pelajaran berharga daripadanya. Andai kita memandang lekeh dan merendah-rendahkan, kita akan mudah menghina. Kita adalah bagaimana cara kita memandang.

Sikap Nabi Terhadap Slogan Lama
Bagaimana Nabi SAW menyikapi slogan jahiliah yang ada pada zaman baginda?  Terus menolak mentah-mentah? Tidak! Bahkan, salah satu kreativiti cara dakwah Nabi ialah menggunakan istilah orang dulu dengan maksud berbeza. Bukan cepat menghukum sesuatu istilah itu sebagai 'totally wrong.' Beginilah, Nabi sungguh indah akhlaknya menjaga perpaduan.
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi.” Ini salah satu slogan jahiliah yang menggalakkan permusuhan berdasarkan perkauman. Di dalam kitab Fathu al-Baari, al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan bahawa orang pertama yang menyebut ungkapan ini ialah Jundub bin al-Anbar bin Amru. Lalu, menjadi satu prinsip dalam masyarakat jahiliah. Bagi mereka, tidak kiralah seseorang itu jahat atau ditindas, asalkan dia kaum kita, kita mesti tolong.
Imam Bukhari (no 2263) dan Muslim (no 4681) meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah SAW menyebut ungkapan yang sama. Para sahabat kehairanan, lalu bertanya “Memang kita perlu bantu saudara kita yang dizalimi, tapi bagaimana pula kita membantu mereka apabila mereka melakukan kezaliman ?”
Maka jawab Rasulullah SAW, “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” Baginda telah menggunakan perkataan yang sama tetapi memberi satu penafsiran yang berbeza.
Bukankah menarik dan berhikmah metod baginda? Bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam dunia serba mencabar hari ini? Inilah sandaran yang ana pegang ketika membuat analogi nasi dan air, untuk menggalakkan ibu ibu menggunakan kedua dua belah kurniaNya. Nutrisinya sama sahaja.
Namun, tidak semudah itu berhadapan dengan segelintir pihak yang kurang akhlak ‘tabayyun’. Perkataan kita boleh diputar belit tanpa melihat konteks dan apa yang kita terangkan. Tidak mengapa. Nabi SAW lebih dahsyat menerima cerca dan nista. Semua itu sedikitpun tidak membuatkan baginda makin hina, bahkan di sisi Allah, makin mulia.

Tabayyun
Apakah itu? Tabayyun adalah amalan meneliti dan menyelidiki sesuatu berita, tidak tergesa-gesa dalam membuat konklusi sebelum dipastikan kesahihan berita tersebut.
Imam al-Syaukani berkata, “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti. Dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Fathul Qadir, 5:65).
Perlukah ‘tabayyun’? Allah memerintahkan kepada kepada setiap yang mengaku beriman agar sentiasa menyelidiki sesuatu berita yang datang agar tidak terjerumus ke dalam kancah perbuatan atau tindakan yang menimbulkan dosa sehingga menatijahkan penyesalan akibat keputusannya yang tidak adil atau merugikan pihak lain.
Prinsip al-Quran, dahulukan bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkhabaran. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat: 6.
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq (kerap melakukan dosa) membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Dunia Memang Untuk Menguji
                Semua ujian yang kita hadapi cumalah secuit daripada derita ujian Nabi SAW.Kembalilah kepada hakikat hidup, hidup memang untuk diuji. Tersenyum gagahlah pada apa jua ujian Ilahi. Kita manusia biasa yang tidak ma’sum. Berpotensi untuk betul atau salah bila-bila masa sahaja. Tetap positif dan maafkanlah ragam manusia lain yang juga tidak sempurna. Jangan lupa, langkah jihad ini tidak maju dek puji, tidak mundur dek keji tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi.

Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
    "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah    mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
    "...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
    "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
    "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.

    "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)

Isu Susu Ibu: Bila Diterajang 1001 Pemikiran

$
0
0
Lihat Teks atau Konteks atau Kedua-duanya?

“Orang mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus.”
                     
Secara spontan, apa yang terlintas di fikiran kita tatkala membaca pernyataan ini?
A)     Salah! Ini bercanggah Sains. Semua saintis sepakat usus manusia sama sahaja.
B)     Mungkin ada maksud tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Jujurnya, A atau B yang terlintas?

A? Tidakkah kita sungguh cepat menghukum?
B? Mungkin ada yang sudahpun mengetahui ia adalah sabda Nabi SAW, sahih riwayat Bukhari Muslim. Lalu, mengkaji.

·         Apakah suasana yang melatari hadis ini?
·         Kenapa 7?
·    Jika lafaznya umum dan tidak terikat dengan sebab-sebab tertentu, apakah maksud sebenar Nabi?
·         Nabi bercakap dari konteks saintifik atau bahasa?
·         Nabi diutuskan sebagai saintis atau pakar bahasa atau utusan Allah?
·         Ini kias atau hakikat?
·         Jika kias, apa maksud sebenarnya?

Persoalan-persoalan ini akan membantu seseorang melihat konteks berbanding hanya pada teks. Lalu, dia tidak mudah menghukum. Bahkan dia akan menemui keluasan cabang ilmu. Misalnya:


  1. Kata 1 atau 7 usus menunjukkan kiasan.
  1. Hadis itu merujuk cara makan muslim sangat jauh berbeza dengan bukan muslim. Muslim berpada dan tidak rakus.
  1. Nabi menididik umat agar tidak mengutamakan hal-hal duniawi yang bersifat berlebihan seperti banyak makan, namun Islam menempatkan sesuatu kena pada tempatnya.


4.       Dalam sastera Arab, angka 7 merujuk kepada banyak. Contoh penggunaan angka 7 dalam al-Quran: “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Luqman 31:27]


Siapa Paling Banyak Dituduh Berdusta?

Siapa yang lebih benar kata-katanya berbanding Nabi SAW? Siapa yang paling banyak dituduh berdusta? Siapa yang paling banyak dicaci nista? Siapa yang paling banyak diputar belit kata-katanya?

Siapa lagi kalau bukan Nabi kita Muhammad SAW? Betapa ramai saintis dan pakar seantero dunia yang menolak kebenaran Islam kerana menganggap hadis ini salah. Bahkan menyerang Islam menggunakan hadis ini. Namun, semua itu tidak membuatkan baginda makin hina. Bahkan di sisi Allah, makin mulia.

Dalam realiti hidup serba mencabar, tidak peliklah jika ada perkataan kita yang tidak ma’sum ini akan disalah fahami bahkan ditokok tambah lalu disebarkan. Kita semua, tanpa terkecuali, manusia biasa yang berpotensi untuk betul dan salah bila-bila masa sahaja. Nabi yang benarpun disalah fahami perkataannya.

Kita ini, apatah lagi. Kita akan berhadapan dengan berjuta manusia yang langsung tidak melihat konteks tapi mentafsirkan kata-kata kita secara literal sesuka hati. Redha sahaja dengan sunnah kehidupan ini agar kita terus gagah tersenyum. Tetap teguh, redha Allah yang kita cari. Kepuasan seluruh manusia, mustahil untuk kita penuhi.

Mari menjengah realiti. Seorang ilmuan menerangkan secara berdalil tentang kesan pemakanan terhadap karakter seseorang menerusi link ini.

Jangan hairan andai penerangan seperti ini diserang oleh mereka yang tidak memahami konteks yang beliau maksudkan. Secara metafizik, iaitu aspek yang melangkaui Sains, makanan memang salah satu (bukan satu satunya) faktor yang boleh mempengaruhi akhlak. Antara dalilnya, Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (daripada mengerjakan pekerjaan itu).” (QS. Al Ma-idah: 90-91).

Manakala, salah satu ‘basic law’, sunnatullah yang sering terjadi, ‘you are what you eat.’ Islam menggalakkan makan sesuatu yang bukan saja halal tapi tayyiba. Misalnya, susu lembu halalan tayyiba untuk kita. Susu ibu halalan tayyiba untuk bayi.

Segelintir Saintis tidak mengiktiraf adanya aspek metafizik, melangkau Sains yang perlu diambil kira. Hanya apabila ada penemuan-penemuan baru seperti di bawah ini, barulah mereka mahu membuka mata.
Box
KESAN SUSU IBU VS SUSU FORMULA TERHADAP BAYI

Satu cohort study di western Australia melibatkan 2900 wanita dan mengikuti mereka dan anak-anak selama 14 tahun. Anak-anak yang dibahagikan samada menyusu badan (6 bulan dan ke atas) atau yang menyusu badan kurang dari 6 bulan kemudian bertukar kepada formula/lembu. Anak-anak ini dikaji melalui Child Behaviour Checklist (CBCL) pada 2, 6, 8, 10, dan 14 tahun. Keputusan menunjukkan bahawa kumpulan yang menyusu badan menujukkan kurang masalah mental berbanding dengan kumpulan yang satu lagi sepanjang zaman kanak-kanak hinggalah ke umur remaja [1].

Satu lagi kajian yang mengikuti 86 bayi premature untuk mengkaji kesan penyusuan ibu mengikut jangkamasa penyusuan mereka di hospital, dan dibahagikan kepada 3 kumpulan; yang menerima sedikit (<25%), sederhana (25-75%) atau banyak (>75%) susu ibu. Bayi-bayi di kaji akan neurobehavioral maturation mengikut Neonatal Behavior Assessment Scale. Bayi yang menerima susu ibu dalam kumpulan yang banyak menunjukkan profil neurobehavioral yang lebih baik, terutamanya dalam motor maturity. Kumpulan bayi ini juga berterusan mencapai markah yang tinggi dalam pelbagai jenis ujian. Dalam kajian ini juga di dapati ibu yang menyusukan anak lebih lama/banyak menunjukkan tahap depressi yang paling kurang, secara tidak lansung meninggalkan kesan yang positif kepada bayi di dalam kumpulan ini [2].

Satu lagi kajian cohort yang besar di United Kingdom yang mengikuti 10 037 pasangan ibu dan anak-anak tentang kesan penyusuan dan tumbesaran sikap mereka sehingga umur 5 tahun. Perangai anak-anak di beri markah oleh ibu mereka berdasarkan Strengths and Difficulties Questionnaire (SDQ). Keputusan menunjukkan yang anak-anak yang menyusu badan mempunyai markah yang jauh lebih baik daripada yang menyusu formula [3].

1.       Kramer M. Long-Term Behavioral Consequences of Infant Feeding: The Limits of Observational Studies. The Journal of Pediatrics (2010) 156 523-524.
2.       Feldman R et. al.  Direct and indirect effects of breast milk on the neurobehavioral and cognitive development of premature infants. Developmental Psychobiology (2003) 43 109–119.
3.       Heikkilä K, et. al. Breast feeding and child behaviour in the Millennium Cohort Study. Archive of Diseases in Childhood (2011)
(Rujuk lanjut kajian Dr. Elies Elias (semoga Allah memberinya syurga Firdaus tertinggi) tentang Epigenetics tentang kesan pemakanan terhadap emosi bayi.

Wahyu Rujukan Pertama, Akal Cuma Sokongan Sahaja

Bukan mudah hendak berhadapan dengan golongan yang hanya merujuk akal, bukan wahyu. Dalam hamparan realiti, akal sahaja tidak selalu mampu mencari kebenaran. Kenapa? Kerana akal, nalar, ratio bergantung kepada biologis. Akal sifatnya terbatas. Wahyu adalah suluhan bagi akal. Akal yang sihat tidak bertentangan dengan wahyu.
Dalam mempelajari Islam, tidak boleh hanya menggunakan pendekatan emprik dan rasional biasa tetapi perlu ada ‘iman.’ Dalam hal ini paling tidak terdapat empat katagori ilmu iaitu :
         Empirical Science iaitu ukuran benar tidaknya adalah dibuktikan secara empirik melalui eksperimen. Sumbernya adalah pancaindera, terutamanya mata. Mata itu dalam bahasa Arabnya adalah ain, maka disebutlah ainul yaqin . Yang termasuk ke dalam empirical science antara lain kedoktoran, fizik, kimia, biologi, dan goelogi.
         Rational  Science iaitu ilmu yang kebenarannya ditentukan oleh hubungan sebab – akibat. Kalau ada hubungan yang logis disebutlah rasional. Sumbernya adalah  ‘ratio’, maka disebutlah ilmul yaqin. termasuk ke dalam kategori ilmu ini seperti bahasa, filsafat, matematik.
         Suprarational  Science , iaitu kebenarannya ditentukan oleh hal-hal di luar  ratio yang berkembang pada zaman itu. Sumbernya adalah hati (qalbu), maka disebutlah Haqqul Yaqin. Yang termasuk ke dalam ilmu ini seperti Isra Mi'raj, doa, mukjizat.
         Metarational  Science adalah Ilmu Ghaib, seperti siksa dan nikmat kubur, syurga neraka dan sebagainya. Sumbernya adalah Ruh.
Ada golongan yang mahu memahami kehidupan dengan hanya menggunakan kategori Empirical science dan Rational Science. Akibatnya, sukar menemui cahaya atas cahaya. Bahkan Muslim sendiri yang cuba memahami Islam dengan akalnya sahaja, akan menemui jalan berliku. Akibatnya al-Quran dan al-Sunnah yang dianggap kurang rasional dipaksakan harus rasional.
Begitulah pemikiran manusia sungguh unik, pelbagai dan beraneka. Dakwah sungguh mencabar. Namun inilah mahar untuk ke syurga. Maka, langkah jihad ini tidak maju dek keji, tidak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi. Biarkan diri disakiti asal Islam terus tersebar.



Analogi Nasi dan Air untuk Susu Ibu

$
0
0


Pesan Orang Tua

“Menyusulah dengan kedua-dua belah. Bagi bayi kenyang dengan yang sebelah kanan dulu. Yang sebelah kiri tu, boleh perah dan simpan,” pesan seorang tukang urut berusia 50-an kepada ibu muda baru bersalin.
“Nak menyusu sambil perahpun boleh, kan?” tanya ibu muda sekadar berbasa-basi.
“Ya. Orang zaman sekarang senang. Informasi semua senang didapati melalui kursus laktasi di hospital, majalah, laman berautoriti dan sebagainya,” kata tukang urut.
“Tak mengapa, seronok dengar mak cik memberi pesan. Pesanlah lagi,” pinta si ibu muda,
“Nanti, bila bayi nak menyusu lagi, bagi yang sebelah kiri pula. Biar bayi hisap sampai kenyang. Yang sebelah kanan tu boleh perah dan simpan. Macam nasi dengan air. Sudah makan nasi, mesti cari air. Gunakan kedua-duanya. Jangan guna sebelah sahaja. Rugi walaupun khasiatnya sama sahaja,” pesannya lagi.
Ada 1001 pesan dan kiasan orang tua-tua untuk kita. Andai kita memandang positif, kita akan menemui pelbagai pelajaran berharga daripadanya. Andai kita memandang lekeh dan merendah-rendahkan, kita akan mudah menghina. Kita adalah bagaimana cara kita memandang.

Sikap Nabi Terhadap Slogan Lama
Bagaimana Nabi SAW menyikapi slogan jahiliah yang ada pada zaman baginda?  Terus menolak mentah-mentah? Tidak! Bahkan, salah satu kreativiti cara dakwah Nabi ialah menggunakan istilah orang dulu dengan maksud berbeza. Bukan cepat menghukum sesuatu istilah itu sebagai 'totally wrong.' Beginilah, Nabi sungguh indah akhlaknya menjaga perpaduan.
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi.” Ini salah satu slogan jahiliah yang menggalakkan permusuhan berdasarkan perkauman. Di dalam kitab Fathu al-Baari, al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan bahawa orang pertama yang menyebut ungkapan ini ialah Jundub bin al-Anbar bin Amru. Lalu, menjadi satu prinsip dalam masyarakat jahiliah. Bagi mereka, tidak kiralah seseorang itu jahat atau ditindas, asalkan dia kaum kita, kita mesti tolong.
Imam Bukhari (no 2263) dan Muslim (no 4681) meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah SAW menyebut ungkapan yang sama. Para sahabat kehairanan, lalu bertanya “Memang kita perlu bantu saudara kita yang dizalimi, tapi bagaimana pula kita membantu mereka apabila mereka melakukan kezaliman ?”
Maka jawab Rasulullah SAW, “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” Baginda telah menggunakan perkataan yang sama tetapi memberi satu penafsiran yang berbeza.
Bukankah menarik dan berhikmah metod baginda? Bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam dunia serba mencabar hari ini? Inilah sandaran yang ana pegang ketika membuat analogi nasi dan air, untuk menggalakkan ibu ibu menggunakan kedua dua belah kurniaNya. Nutrisinya sama sahaja.
Namun, tidak semudah itu berhadapan dengan segelintir pihak yang kurang akhlak ‘tabayyun’. Perkataan kita boleh diputar belit tanpa melihat konteks dan apa yang kita terangkan. Tidak mengapa. Nabi SAW lebih dahsyat menerima cerca dan nista. Semua itu sedikitpun tidak membuatkan baginda makin hina, bahkan di sisi Allah, makin mulia.

Tabayyun
Apakah itu? Tabayyun adalah amalan meneliti dan menyelidiki sesuatu berita, tidak tergesa-gesa dalam membuat konklusi sebelum dipastikan kesahihan berita tersebut.
Imam al-Syaukani berkata, “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti. Dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Fathul Qadir, 5:65).
Perlukah ‘tabayyun’? Allah memerintahkan kepada kepada setiap yang mengaku beriman agar sentiasa menyelidiki sesuatu berita yang datang agar tidak terjerumus ke dalam kancah perbuatan atau tindakan yang menimbulkan dosa sehingga menatijahkan penyesalan akibat keputusannya yang tidak adil atau merugikan pihak lain.
Prinsip al-Quran, dahulukan bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkhabaran. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat: 6.
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq (kerap melakukan dosa) membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti (tabayyun), agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Dunia Memang Untuk Menguji
                Semua ujian yang kita hadapi cumalah secuit daripada derita ujian Nabi SAW.Kembalilah kepada hakikat hidup, hidup memang untuk diuji. Tersenyum gagahlah pada apa jua ujian Ilahi. Kita manusia biasa yang tidak ma’sum. Berpotensi untuk betul atau salah bila-bila masa sahaja. Tetap positif dan maafkanlah ragam manusia lain yang juga tidak sempurna. Jangan lupa, langkah jihad ini tidak maju dek puji, tidak mundur dek keji tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi.

Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
    "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah    mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
    "...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
    "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
    "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.


    "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)

Hidup Indah Dengan Akidah


ISTIKHARAHKU MEMBISIKKAN SESUATU…

$
0
0

Persoalan Lazim Remaja
            “Bagaimana kita hendak tahu si dia terbaik untuk kita ataupun tidak?”
“Selepas istikharah memang ia akan nampak dalam mimpi?”
“Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi selepas buat istikharah. Jadi, perlukah saya terima dia sedangkan saya tidak yakin pun kepadanya?”
“Saya takutlah hendak membuat istikharah. Takut nampak apa yang saya tidak berkenan.”
Apa Itu Istikharah?
            Istikharah ialah suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata, bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.
Contohnya, mahu membeli kereta VIVA ataupun Myvi? Mahu balik kampung ataupun mengikuti program keusahawanan semasa cuti semester? Mahu mengikuti jurusanUndang-undang Sivil ataupun Undang-undang Syariah?
Bagaimana membuat pilihan?
Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang.
Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
Ikut garis panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah ataupun melakukan larangan-Nya. Contohnya, mahu memakai tudung ataupun tidak? Mahu memakai jeans ketat ataupun baju kurung? Mahu pergi dating ataupun study?

Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan
            Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mantera dan meramal masa depan. Pelbagai kreativiti direka-reka bagi menilik nasib seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan kayu. Mereka meramal bagi mengetahui bilakah waktu yang sesuai memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya.
Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90).
Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan seperti itu, Allah SWT mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih istikharah sebelum memutuskan urusannya.

Doa Istikharah
            Maksudnya: 
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”

Galakan Istikharah
            Galakan istikharah sangat tinggi dalam Islam, hingga ada ulama yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh (generasi awal yang dekat dengan zaman Nabi) bersepakat yang istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah, “Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah daripada al-Quran, sabdanya, 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunnah dua rakaat, kemudian bacalah doa ini….'” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
            Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.
            Rasulullah SAW berkata: “Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?
            Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Selepas beristikharah dan berbincang, kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi mengapa perlu takut untuk istikharah?
Sekiranya seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya selepas istikharah, ia hanyalah bonus daripada Allah untuknya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi.
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah untuk kita.
Hatta sekiranya kita sendiri yang bermimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati, dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .

Apakah pandangan Islam berkenaan mimpi (ru’yah)?
Realiti tiga golongan.
1.      Ada orang yang bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan dan mainan perasaan.
2.      Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafikan sesuatu yang wujud, thabit (tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.
3.      Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah  dengan apa yang sudah diyakini berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat ini lebih adil dan sederhana.
Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada beberapa penjelasan berkenaan kedudukan mimpi dalam Islam. Antaranya adalah:
·Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi, hubungannya dengan Allah sudah mantap maka dia hanya perlu solat dengan menggunakan niat, maka mimpinya dikira batil dan tidak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).
·Mimpi seseorang tidak diambil kira sekiranya bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya wanita mengandung  bermimpi makan khinzir hingga menyebabkan dia sangat mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum agama yang telah tetap.)
·Mimpi seseorang yang tidak bertentangan dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sendiri, bukan hujah untuk orang lain. (Misalnya, seseorang bermimpi berkahwin dengan seseorang, manakala agama dan akhlak orang itu memang bagus, maka dia boleh berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri.)
·Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan, bercampur-aduk dengan waham (prasangka), justeru kita tidak bergantung sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui berkenaan agama dan akhlaknya, maka tidak perlu terburu-buru percaya kepada mimpi itu. Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan ahklaknya dengan teliti).
·Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan tambahan pada perkara yang sudah tetap (thabit) daripada al-Quran dan al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.
·Mimpi bukan semuanya daripada syaitan dan mainan perasaan semasa tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.” (Riwayat Muslim). Ibnu Taimiyah berkata di dalam al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).
·Sekalipun ulama tidak mengingkari wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan, perlunya nilaian daripada al-Quran dan al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua sumber itu yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).
·Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa).

Wujudkan Sokongan Mimpi dalam Urusan Jodoh?
            Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita supaya beristikharah (berdoa pada Allah) dan bermusyawarah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.
Kita tidak perlu meragui lagi yang Rasulullah SAW menjadikan istikharah itu trend dalam hidup baginda apabila mahu membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan, seperti baginda mengajar kami satu surah dari al-Quran, sabdanya:
Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan melakukan sesuatu perlulah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
Setelah kewafatan Khadijah, Allah SWT menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat.” Tiga kali mimpi itu menemani malam baginda.
Baginda cuma berkata kepada diri dengan mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun a’laih).
Selepas mengalami mimpi itu, Rasulullah SAW bermusyawarah dengan Khaulah binti Hakim bin al-Auqash, isteri Usman bin Mazh’un yang mencadangkan calon isteri untuk baginda. Didapati calon yang dimaksudkan iaitu Saudah dan Aisyah. Berdasarkan nilaian akhlak dan agama memang patut dijadikan isteri. Natijahnya, Rasulullah SAW meminta beliau menyampaikan pinangan baginda kepada calon yang dimaksudkan itu.

Kesimpulannya:
·Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah.
·Petunjuk tidak semestinya hadir melalui mimpi. Namun sekiranya kita bermimpi yang baik, ia boleh menjadi bonus sokongan daripada Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tidak patut diingkari secara umumnya.
·Petunjuk dapat hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh kebanyakan ulama.
·Selepas beristikharah dan berbincang ,kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk.

SUAMI HEBAT, SUAMI PENYABAR

$
0
0


·RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, “Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.
Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.
Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri.”

·UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,
“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
“Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”
Umarpun berkata kepadanya,
“Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab,
“Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata,
“Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad).

Ramlah binti Abu Sufyan: Bernikah Dari Jauh.

$
0
0



Profil
·         Nama penuh beliau ialah Ramlah binti Abu Sufyan bin Harb.
·         Digelar Ummu Habibah.
·         Sepupu Nabi SAW.
·         Berhijrah ke Habsyah dan suaminya murtad di sana.
·         Dinikahkah dengan Rasulullah SAW di negara Habsyah berwakilkan Raja An-Najasyi.
·         Isteri  Rasulullah SAW yang paling banyak menerima mahar iaitu 400 dinar ditambah dengan kelengkapan-kelengkapan lain. (Siyar A’laam An-Nubalaa’, Adz-Dzahabi, vol.2, hlm. 218-219).
·         Saudara kandung kepada Khalifah Muawiyah.
·         Meninggal pada masa pemerintahan Muawiyah.

Ayahnya Hebat Menentang
                Ramlah binti Abu Sufyan atau Ummu Habibah merupakan puteri kepada seorang tokoh musyrik.  Berbangsa Quraisy.  Siapa tidak kenal Abu sufyan?
Ayahnya hebat mengerah minda siang dan malam untuk menghancurkan Islam.  Biarpun begitu, hidayah menerobos masuk ke dasar hati Ummu Habibah sejak fasa pertama  dakwah Rasul. Begitu juga hidayah menerpa suaminya.
Abu Sufyan tidak redha dengan ke-Islaman mereka. Dia berusaha sehabis daya memurtadkan kembali puteri dan menantunya. Kemarahan dan kebencian meluap-luap. Hinggakan, orang-orang Quraisy berani menindas pasangan mukmin itu dan memberi tekanan dari segala arah. Masakan tidak, ayah mereka sendiri tidak akan membela.

Membawa Diri ke Habsyah
Deraan mental dan fizikal di bumi Makkah tidak tertahan lagi. Ummu Habibah dan suaminya termasuk dalam golongan mustad’afuun (orang-orang yang lemah, tiada pembela).
Rasulullah SAW mengizinkan para sahabat berhijrah ke Habsyah. Ummu Habibah dan suaminya berada di barisan pertama.
Orang-orang musyrikin Quraisy tidak berdiam diri. Mereka berhimpun lalu memutuskan untuk menghantar dua orang delegasi hebat ke Habsyah. Tujuannya untuk menghasut Raja An-Najasyi agar menghalau muslimin yang berlindung di sana.
Di istana, dialog sengit berlaku antara delegasi musyrikin Makkah iaitu Abdullah bin Abu Rabi’ah dan Amr bin Al-Ash bin Wail, kaum muslimin di Habsyah dan Raja An-Najasyi. Hujah kaum muslimin lebih bersinar terang. Bergemerlapan cahayanya. Akhirnya, An-Najasyi mengisytiharkan ke-Islamannya secara terbuka. Ummu Habibah dan kaum muslimin yang lain hidup dalam keadaan aman damai.

Terpisah Akidah
                Disangka  panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Kedamaian yang disangka berpanjangan, rupanya ada ujian berat di hadapan. Suami tercinta, Ubaidullah murtad dari Islam dan memeluk agama Nasrani.
                Ummu Habibah sedih bukan kepalang. Beliau murung berpanjangan. Kehidupan asing di negeri orang lebih menambah tekanan. Ingin kembali ke Makkah, ayahnya sudah membuang. Terpaksalah beliau bertahan di situ dalam serba keterasingan. Hanya Allah teman kesedihan.

Kebahagian Menyeruak
                Ketika hidupnya rebah di dada sepi, datanglah pembelaan dari Ilahi. Suatu hari yang cerah, seorang pelayan wanita Raja An-Najasyi telah menyampaikan pinangan Nabi. Wajah Ummu Habibah yang mendung kini berseri-seri.
                Untuk mengubat derita Ummu Habibah, pernikahan disegerakan. Raja An-Najasyi menjadi wakil daripada Rasulullah SAW untuk melafazkan akad sakinah. Semua para sahabat di Habsyah berkumpul untuk meraikan pernikahan barakah itu.
                Kemudian, si pengantin baru dikirimkan ke Makkah. Bersamanya Syurahbil bin Hasanah. Raja An-Najasyi yang baik hati itu menanggung segala bekalan perjalanan. (Rujuk lanjut Riwayat Abu Daud). Ummu Habibah lalu pulang ke Makkah mendapatkan cinta hatinya, seorang Nabi.
Berada di sisi Nabi, dengan pangkat besar, Ibu Orang-orang Beriman, keimanannya bertambah tinggi. Kelembutan sikap dan kemuliaan akhlak Rasul mengubat segala sendu.

Memuliakan Suami
                Sebelum berlakunya pembukaan Makkah,Az-Zuhri meriwayatkan bahawa Abu Sufyan datang ke Madinah untuk membincangkan perihal genjatan senjata. Rasulullah SAW menolak.
                Abu Sufyan lalu mendatangi rumah puterinya. Ketika dia hendak duduk di atas alas yang biasa diduduki oleh Rasulullah SAW, Ummu Habibah segera mengambil dan melipatnya.
                Abu Sufyan terkejut. Dia bertanya,
                “Kamu tidak suka ayah duduk di atas alas ini? Atau kamu tidak suka alas ini diduduki oleh ayah?”
                Ummu Habibah menjawab,
                “Saya tak suka alas ini diduduki oleh ayah kerana ia milik Nabi. Sedangkan ayah ini najis dan musyrik.”
                Abu Sufyan berkata perlahan,
                “Puteriku, engkau banyak berubah setelah jauh dariku.” (Rujuk al-Ishaabah, vol. 8. Hlm. 142).

Perpisahan Di Dunia
                Perginya seorang Rasul, suami dan kekasih adalah saat paling gelap dalam hidup Ummu Habibah. Akidah yang mantap mengakar membuatkan beliau tetap teguh dengan keimanan. Hari-hari yang dilalui tanpa suami dihiasi dengan banyak berpuasa dan bersolat malam.
                Ummu Habibah diberikan umur panjang sehingga pemerintahan Muawiyah, saudara kandungnya. Beliau sentiasa dihormati dan disegani oleh setiap orang lebih-lebih lagi ketika saudara kandungnya itu diangkat menjadi pemimpin besar.

Mengubat Pahit Bermadu
                Auf bin al-Harits berkata, Aisyah r.ha pernah berkata, “Menjelang wafatnya, Ummu Habibah memanggilku lalu berkata, ‘Di antara kita pernah ada beberapa hal yang biasa terjadi antara ister-isteri yang bermadu. Aku memohon semoga Allah mengampunii segala kesalahanku dan kesalahanmu berkenaan hal itu.’”
                Aisyah membalas, “Semoga Allah mengampuni segala kesalahanmu dalam hal itu dan semoga menghalalkan semuanya.”
                Ummu Habibah berkata lagi, “Saya berasa sangat bahagia. Semoga Allah memberikanmu kebahagiaan pula.” Ummu Habibah juga memnaggil Ummu Salamah dan mengatakan hal yang sama. (Riwayat Ibnu Saad).
                Ummu Habibah meninggal dunia pada 44 Hijriah pada masa pemerintahan Muawiyah. Semoga Alah meredhainya dan beliau juga meredhai Allah.


LUPA ALLAH, HIDUP SUSAH.

$
0
0
LUPA ALLAH, HIDUP SUSAH.


MULAKAN SEKARANG!

Apa saja yang kita buat pagi tadi? Belum sempat zikir selepas solat subuh, jam sudah desak kita pergi kerja. Dalam kereta, sibuk memikirkan masalah. Lupa mengingati Yang Maha Menyelesai masalah.

Belum sempat sedekah pagi, matahari sudah meninggi. Rancangnya nak solat dhuha, tapi tiba-tiba azan zuhur sudah terdengar.Meletakkan komitmen pada diri mesti bangun tahajud. Mesti solat witir. Tapi komitmen tu tak menjadi sejak tiga tahun lalu.

Mahu menyumbang ke Palestin, Syria, mahu menaja anak yatim di sana, tapi ‘mahu’ saja. ‘Mahu’ itu. ‘Mahu’ ini. Perlaksanaannya? Asyik terlupa. Terlupa sejak bertahun lamanya.

Usah tertipu dengan masa. Kita mungkin mengharapkan dapat membaca zikir sejak fajar. Tapi harapan itu sejak  bertahun-tahun lalu masih belum terlaksana. Setiap kali habis solat subuh, kita terkocoh-kocoh mengejar urusan dunia. Lupa zikir. Lupa al-Quran.

Kita ‘teringin’ mahu habiskan zikir al-ma’thurat(zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan al-Sunnah) setiap pagi dan petang. Namun zikir al-ma’thurat pun sudah kita lupa sejak tujuh tahun lepas kerana ‘kurangnya’ kita menuturkannya di hati atau di lisan. Yang kita lebih hafal, lagu Hindustan?
Habis, kita menunggu bila untuk kembali melazimi zikir?

 Tak lama lagi, tanpa kita sedar kita mungkin dipanggil Mak Lang, Pak Ngah atau Tok Ki, Tok Wan menunjukkan betapa tuanya kita. Saat itu, kita mungkin terbeban dengan penyakit atau penyesalan dengan banyaknya kesempatan lepas yang kita persiakan.

Sudah banyak masa kita terbuang begitu sahaja tanpa zikir. Secepat satu ‘flash’ kamera sahaja. 30 tahun, 40 tahun bahkan hingga 60 tahun pun kita melalui rutin yang sama. Kita biarkan hari, minggu, bulan dan tahun kita berlalu begitu sahaja. Jika begini, beratus ribu tahunpun tiada ertinya untuk kita. Sampai bila kita terus begini, sia-sia dengan masa? Saat ajal hampir tiba, menangis merenung amal tak seberapa.

Apa lagi yang menghalang kita daripada berzikir hari ini? Saat ini! Bersegeralah. Gunakan waktu yang masih ada supaya dunia ini menjadi terminal pengumpulan pahala dan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi. 




MANFAAT BERZIKIR    

   Ingatilah Allah! Allah akan mengingati kita lebih banyak daripada ingatan kita terhadap-Nya. Dia Maha Mensyukuri. Dia Maha Membalas.

Orang-orang yang berzikir akan diganjarkan pahala yang besar. Allah Azza Wa Jalla berfirman,
وَالذَّاكِرِينَاللَّهَكَثِيرًاوَالذَّاكِرَاتِأَعَدَّاللَّهُلَهُمْمَغْفِرَةًوَأَجْرًاعَظِيمًا
Maksudnya: “...dan lelaki mahupun perempuan yang banyak mengingati Allah, Allah akan menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(Surah Al-Ahzab: 35)

Orang-orang yang berzikir juga akan diingati Allah selama dia berzikir. Allah telah berfirman,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
Maksudnya: “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku (ingat) pula kepadamu.
(Surah Al-Baqarah: 152).

          Terima sahaja apa yang berlaku. Semua dengan izin-Nya. ‘Menerima’ itu rahsia untuk bahagia.

            Bila kita ‘tidak menerima’ sesuatu peristiwa yang tidak diingini, kita akan menderita penyakit ‘marah’. Bila kita ‘menerima’, ia menjadi kesembuhan ‘toleransi.’

            Bila kita ‘tidak menerima’ sesuatu yang tidak dijangka, ia akan menjadi ‘ketakutan.’ Bila kita ‘menerima’, ia akan menjadi ‘cabaran.’

            Bila kita ‘tidak menerima’ perlakukan buruk seseorang terhadap kita, ia menjadi ‘kebencian.’ Bila kita ‘menerima’, ia menjadi ‘kemaafan.’

            Bila kita ‘tidak menerima’ kejayaan seseorang, ia akan menjadi ‘hasad dengki.’ Bila kita ‘menerima’, ia menjadi ‘inspirasi.’

            ‘Penerimaan’ adalah kunci mengurus kehidupan dengan baik.



DOKTOR SAKIT JIWA TERSENYUM REHAT        


Jika seorang pesakit datang berjumpa dengan doktor sakit jiwa untuk berubat, doktor yang beriman pasti akan menasihatkannya untuk banyak berzikir. Allah telah berfirman,
الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
(Surah Ar-Ra’d: 28)

            Ini kerana jika kita jauh dari ibadah zikir, maka kita akan menderita jauhnya dari Allah. Apatah lagi, dewasa ini, terlalu banyak masalah yang kita hadapi mulai dari hati dan jiwa yang tidak pernah tenang, keluarga yang tidak harmoni, kesulitan ekonomi hinggalah timbul rasa takut kepada syaitan dan jin.

Ubat yang paling mujarab adalah zikrullah. Jika kita mengimani mujarabnya ubat ini, pasti setiap doktor sakit jiwa akan tersenyum rehat.

Jangan tunding orang lain! Kita juga adalah doktor sakit jiwa untuk diri kita sendiri.


JIKA TINGGALKAN ZIKIR…


            Pernahkah kita alami?
Rumah semakin besar, tapi hati semakin sempit.
Jalan semakin jauh, tapi masjid semakin sepi.
Rakan maya beribu juta, tapi jiran sendiri tak pernah dikenali.
Anak semakin ramai, tapi nakalnya semakin menjadi-jadi.
Kekayaan semakin melimpah tapi kerungsingan bertambah-tambah.

Allah telah memberi peringatan di dalam al-Quran supaya tidak meninggalkan ibadah zikir. Jika tidak, kita akan hidup susah. Bahkan menjadi golongan yang rugi di hari kiamat. Allah telah berfirman,

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰقَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًاقَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ
Maksudnya: “Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia, ‘Ya Rabbku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya seorang yang melihat?’ Allah berfirman, ‘Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu pula pada hari ini pun kamu dilupakan’.”
(Surah Taha: 124-126)
            
Firmannya lagi,
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (yaitu Al-Qur'an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”
(Surah Az-Zukhruf: 36)
            
Allah juga berfirman,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(Surah Al-Munafiqun : 9)

ALLAH, RINDUNYA!

$
0
0

“Ya Allah, serabutnya!”


            “Stresssss!!!”

            “Nak pecah kepala…”

            Siapa yang tak pernah mengalami tekanan dalam hidup? Jika pernah, tahniah! Anda normal. 

Tekanan itu ‘perlu’ untuk menggerakkan kita menjadi lebih maju. Cuma, tekanan yang tidak diurus dengan zikir akan menjadi sumber kemurungan dan keputusasaan dalam hidup.

Bukankah kita punya kekasih yang sedia mengurangkan kelelahan kita? Siapa lagi kalau bukan Allah! Dia kekasih yang tak pernah ‘tiada masa’ untuk kita. Kekasih kecil yang lain, semuanya terbatas belaka. Tapi Dia, tidak! Serba sempurna.

“Seorang pencinta tak akan pernah merasa bosan bercakap-cakap dengan Kekasihnya,” kata seorang ulama, dikutip daripada Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Ghazali.

Zikir, ibadah termudah. Tanpa memerlukan banyak masa dan usaha. Malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada berwuduk ataupun tidak. Wanita dalam keadaan haid pun bebas berzikir.  Ibadah ini sangat dicintai Yang Maha Besar sehinggakan ganjarannya juga besar. Ia juga hadiah yang tidak ternilai harganya yang diberikan oleh Allah untuk hamba-hambaNya. Zikir, beribadah tanpa beban. Dengan berzikir, hati menjadi tenang. Ternyata, indah serta menyenangkan.

Ya Allah, angkatlah darjat kami semua di sisiMu dengan kecintaan pada ibadah zikir. Pesan Rasulullah SAW,
“Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah pun senang untuk bertemu dengannya. Siapa yang tak senang bertemu dengan Allah, maka Allahpun tak senang bertemu dengannya.” (Riwayat al-Bukhari).


SENJATA UTAMA

 “Saya nak dekat dengan Allah. Tapi apa guna taubat? Nanti saya buat balik maksiat.”

Perbanyakkan zikir. Inilah ubat penyakit ketagih maksiat. Segala  rintangan dan masalah dalam beragama, ubatnya, zikir. Allah SWT pasti memberikan petunjuk.

            Zikir merupakan senjata bagi mukmin. Dikatakan,
الدُّعَاءُسِلاحُالْمُؤْمِنِ،وَعِمَادُالدِّينِ،وَنُورُالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِ
Ertinya:
“Doa adalah senjata orang mu’min, tiangnya agama dan cahaya
langit dan bumi.”(Riwayat Hakim,Al-Mustadrak 1/492).

Hakikatnya, zikir dan doa tidak dapat berpisah atau dipisahkan. Zikir mengandungi doa. Demikian juga doa adalah zikir. Siapa yang mengabaikan senjatanya, akan dikalahkan oleh musuh. Siapa yang mengabaikan zikirnya, akan hidup dalam ancaman dan ketakutan.


BERZIKIRLAH SEKERAP MUNGKIN

Tak perlu fikir soal wuduk masih ada atau tidak. Tak perlu fikir soal hadas kecil atau besar. Tak perlu fikir soal lidah sedang sakit. Tetaplah berzikir. Zikir, tidak memerlukan semua itu. Zikir tetap boleh dilakukan meskipun dalam hati.

Ibadah ini amat mudah dan menghasilkan pahala yang besar. Natijahnya, orang yang berzikir akan  dicintai Allah Azza Wa Jalla. Siapa tidak ingin dicintai Allah SWT? Syaratnya, lakukanlah sekerap mungkin.

Ibadah ini tidak mempunyai batas waktu. Ia lebih mudah untuk dilakukan bila-bila masa sahaja walau di mana jua.

Allah Azza Wa Jalla berfirman,
            يُسَبِّحُونَاللَّيْلَوَالنَّهَارَلَايَفْتُرُونَ
Maksudnya: “Mereka terus bertasbih malam dan siang tiada merasa penat lelah.
(Surah Al-Anbiya’: 20)

Zikir juga sinonim dengan perkataan ‘sering’ dan ‘banyak’. Dua perkataan ini seolah-olah berteriak kepada kita, “Jika kamu cinta kepada Allah, apa buktinya? Buktikannya dengan kesungguhanmu dalam mengingatiNya.”

            Zikir bermakna ‘ingat’. Lawannya, ‘lupa.’ Mungkinkah dengan mengingati Allah sebentar sahaja telah menunjukkan cara kita mengingati Kekasih Yang Maha Besar?

            Rasulullah SAW beristighfar sahaja 70 kali atau 100 kali setiap hari walaupun baginda bukan ahli dosa. Mari kita contohi beliau dengan berzikir sebanyak mungkin sebagai bukti penghargaan kita kepada Allah sebagai cinta hati paling utama. Allah Azza Wa Jalla berfirman,
يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُوااذْكُرُوااللَّهَذِكْرًاكَثِيرًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah) dengan sebanyak-banyaknya.”
(Surah Al-Ahzab: 41)

                Ketahuilah, zikirmu bukti kau benar rindu pada-Nya atau dusta.
Viewing all 129 articles
Browse latest View live