Quantcast
Channel: Fatimah Syarha
Viewing all 129 articles
Browse latest View live

Hati Seorang Adik

$
0
0



Hati Seorang Adik: Muhammad al-Hanafiyyah bin Ali bin Abi Thalib (Bahagian satu)

Profil

·         Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Ali bin Abi Thalib.           
·         Lebih dikenali sebagai Abul Qasim, Muhammad al-Hanafiyyah bin Ali bin Abi Thalib.
·         Bondanya bernama Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah, daripada Bani Hanifah.
·         Abang-abang tirinya ialah Hassan dan Hussain, putera al-marhumah Fatimah az-Zahra’.
·         Perajurit gagah berani di medan juang.

Anak yang Dinanti-nanti Selalunya Berkualiti

            Ali bin Abi Thalib kepingin mempunyai putera lagi selepas hadirnya Hassan dan Hussain kesayangan Nabi. Pada hari-hari akhir kehidupan Rasulullah SAW, Ali mendampingi baginda. Ali berkata, “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu andai saya dikurniakan seorang anak setelah tuan meninggal, (bolehkah) saya menamainya dengan namamu dan memberikan kun-yah (sapaan yang biasanya diungkapkan dengan ‘Abu fulan…’) dengan kunyah-mu?.”
“Ya”  jawab baginda.
Hari meniti Hari. Rasulullah SAW pulang mengadap Ilahi. Tidak lama kemudian, isteri Ali menyusuli. Fatimah pergi ke pangkuan Kekasih tertinggi.

Demi kepentingan Islam, Ali lalu menikahi seorang wanita Bani Hanifah. Mawar bertuah itu namanya Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah. Pada akhir pemerintahan Abu Bakr r.a., lahirlah seorang bayi lelaki daripada cinta Ali dan Khaulah. Ali menamainya “Muhammad.” Diberi julukan “Abu al-Qaasim” dengan izin Rasulullah SAW. Sejarah lebih mengenalinya dengan nama Muhammad ibn al-Hanafiyyah, untuk membezakannya dengan kedua saudaranya al-Hasan dan al-Husain. Bayi bertuah ini mendapat didikan langsung daripada ayahnya yang hebat.
Sifat-sifat Ali banyak tercurah kepada peribadi Muhammad al-Hanafiyyah. Tekun beribadah. Zuhud. Berani. Gagah perkasa. Fasih berpujangga. Pandai balaghah. Singa di medan jihad.

Baik Sangka Terhadap Kasih Ayah

Ali mengesan potensi  besar Muhammad al-Hanafiyyah sebagai perajurit terbilang. Digeruni kawan dan lawan. Sama seperti Ali.
Ali telah mengutusnya ke dalam pelbagai pertempuran. Dalam setiap pertempuran, selalunya Muhammad al-Hanafiyyah akan diamanahkan dengan misi-misi getir lagi berisiko tinggi. Amanah seberat itu tidak pula dipikulkan kepada al-Hassan dan al-Hussain.
Muhammad al-Hanafiyyah berbaik sangka terhadap arahan ayahnya. Beliau pernah diprovok, “Mengapakah ayahmu menjerumuskanmu ke dalam kebinasaan? Dia membebankanmu dengan apa yang kamu tidak mampu memikulnya . Dia menghantarmu ke tempat-tempat yang sempit tanpa kedua saudaramu al-Hasan dan al-Husain?”
Beliau  menjawab, “Tidak mengapa. Kedua saudaraku menempati kedudukan dua mata ayahku. Sedangkan aku menempati kedudukan dua tangannya. Dia (Ali) menjaga kedua matanya dengan kedua tangannya.”

Demi Cintanya Kepada Penyatuan Ummah

Dalam perang “Shiffin” yang meletus antara Ali ibn Abi Thalib dan Muawiyah ibn Abi Sufyan r.a.. Muhammad ibn al-Hanafiyyah membawa panji ayahnya.
Tidak seperti peperangan sebelum ini, pedangnya terasa lemah longlai untuk terus dihayun di medan siffin. Beliau berkata dengan hati sayu, “Sungguh aku menyaksikan perang “Shiffin”. Kami bertemu dengan para sahabat Muawiyah, kami saling membunuh hingga aku menyangka bahawa tidak akan tersisa seorang pun dari kami dan juga dari mereka. Aku menganggap ini adalah perbuatan keji yang besar.”
Tiba-tiba, aku mendengar seseorang berteriak di belakangku, “Wahai kaum Muslimin, (takutlah kepada) Allah! (Takutlah kepada Allah), wahai kaum Muslimin…
Siapakah yang akan (melindungi) para wanita dan anak-anak?
Siapakah yang akan menjaga agama dan kehormatan?
Siapakah yang akan menjaga serangan Romawi dan ad-Dailami?

Wahai kaum Muslimin…takutlah kepada Allah! Takutlah kepada Allah dan sisakan kaum muslimin. Wahai kaum muslimin.”
“Maka sejak hari itu, aku berjanji kepada diriku untuk tidak mengangkat pedangku di wajah seorang Muslim.
Kemudian Ali mati syahid di tangan pendosa yang zalim (di tangan Abdurrahman ibn Miljam ).”
Rentetan peristiwa itu, timbul perselisihan dalam memilih khalifah pengganti Ali. Diringkaskan cerita, kekuasaan berpindah kepada Muawiyah ibn Abi Sufyan. Tatkala itu, Muhammad ibn al-Hanafiyyah membaiatnya untuk selalu taat dan patuh dalam keadaan suka maupun benci.
Beliau mengenepikan dendam lama pada saat pasukan ayahnya dibantai pasukan Muawiyah. Ada silap faham yang sukar dimengerti. Muhammadal-Hanafiyyah yakin ketulusan hati kedua-dua pihak, semuanya cintakan kebaikan. Beliau memilih berlapang dada. Beliau rela menyerahkan baiah kepada Muawiyah demi menyatukan suara dan mengumpulkan kekuatan muslimin semula. Sungguh mengagumkan sifat baik sangka Muhammad al-Hanafiyyah kepada Muawiyyah, saudaranya se-Islam, sahabat Nabi yang dimuliakan.

Air Dicincang Tidak Akan Putus.

Sesekali, perbezaan pendapat antara adik beradik suatu perkara lumrah. Muhammad bin Al-Hanafiyyah menunjukkan peribadi yang tawadhuk dan sukakan perdamaian tatkala berselisih dengan abang tirinya, Hassan. Lihatlah betapa halus bahasanya kepada Hassan :
“Sesungguhnya Allah memberikan keutamaan kepada abang melebihi diriku. Bonda abang adalah Fatimah binti Muhammad Bin Abdillah sedangkan bonda adik adalah seorang wanita daripada Bani Hanifah. Datuk abang daripada jalur ibu adalah Rasulullah pilihanNya. Sedangkan datuk adik dari jalur ibu adalah Ja’far bin Qais. Jika surat adik ini smpai kepada abang, adik berharap abang berkenan datang ke mari dan berdamai, agar abang tetap lebih utama daripada adik dalam segala hal.” Sesampainya surat tersebut, Hasan bergegas mendatangi rumahnya untuk menjalin perdamaian.


Bolehkah wanita bersolek di wajahnya?

$
0
0
Bedak, celak dan pelembap bibir menampakkan wajah Dr. Ilham al-Qaradhawi lebih segar. Dalam batasan harus. Islam itu indah sukakan keindahan.

Banyak pendapat. Biasalah tu. Kalau tak banyak pendapat, kita tak sebut ia Feqah. Apa yang bukan khilaf, ia disebut Syariah.

Kata Abdul Halim Abu Syuqqah, dalam bukunya Tahrirul Mara'h fi asri arrisalah, berhias pada wajah dalam batasan wajar adalah HARUS bagi wanita. Lagipun, memang fitrah wanita suka berhias....dalam batas.

Dalilnya banyak. Antaranya ia

lah, dalam satu hadis sahih Bukhari Muslim, ada sahabiah bernama Subaiah binti al-Harits. Dia ditinggalkan suami. Bila nifasnya berakhir (habis iddah), dia bersolek untuk tarikan para peminangya. Seorang lelaki bernama Abu Sanabil bin Ba'kak datang kepadanya lalu bertanya, "Aku lihat kamu bersolek, kamu nak nikah lagi ke?" (Dalam Riwayat Bukhari kitab Talaq). (Dalam riwayat Bukhari Kitab Peperangan pula disebut), lalu Abu Sanabil meminangnya. Tapi Subaiah enggan berkahwin dengannya."

Jika ada pihak tak mengizinkan wanita bersolek sedikitpun, ia seakan-akan mahu mengongkong wanita berada dalam tempoh iddah sepanjang usianya. Luaskan ufuk minda dengan apa yang Islam longgarkan. Boleh beli bedak, krim pelindung matahari, celak, pelembap bibir dan seumpamanya.

Bila solekan wanita keterlaluan, ada ulama menegur. Kata Al-Qaradhawi, "Saya tidak memuji wanita yang meletakkan terlalu banyak warna pada wajahnya."

KENAPA MENEMPAH MUSIBAH SEBELUM NIKAH?

$
0
0
Saling percaya, dan saling memiliki 'sakinah', anugerah amat mahal dalam kehidupan suami isteri. Jika kau sedang menikmatinya, jangan lupa mensyukuri Allah, kemudian pasanganmu. Everyday.

Salah Suami atau Salah Ilahi?
Sms seorang ibu muda mencuit rasa hati saya untuk berkongsi.
“Ustazah, suami saya bercinta balik dengan bekas kekasih lama dia. Saya terkontang-kanting jaga anak dua orang. Badan masih lemah sebab baru lepas keguguran. Suami saya pula berseronok asyik keluar ‘dating’ dengan perempuan tu. Ustazah, kenapa Allah buat begini kepada saya? Kenapa Allah kejam? Kenapa Islam benarkan suami berseronok-seronok tapi membiarkan isteri dalam derita?”
Astargfirullah! Suaminya curang tapi kepada Allah dan Islam pula dilontarkan kesalahan. Saya mesti membela Allah dan Islam di hatinya. Hanya Allah yang memiliki ubat terhadap segala kesedihan. Jika kita rasa Allah kejam, bukan Allah yang kejam tetapi kita yang belum kenal baiknya Allah SWT. Jika kita rasa Islam tidak adil, bukan Islam yang tidak adil tapi kita yang belum menambah ilmu terhadap keadilan Islam dan kesyumulan undang-undangnya.
Saya cuba masuk ke dalam ‘kasut’ ibu muda ini. Kondisinya yang baru lepas keguguran menyebabkan jiwanya terganggu dan perasaannya kecamuk. Kasihan dia. Saya tunjukkan empati sebelum memberi solusi. Saya tadahkan telinga mendengar jeritan batinnya. Dia berulang-ulang mempersoalkan keadilan Allah dan menyalahkan takdir. Saya bertanya,
“Dulu sebelum nikah, saudari selalu keluar ‘dating’ dengannya?”
“Err, ya. Ber’couple’ sakan,” jawabnya lambat-lambat.
Allah Mahu Kita Bahagia
Saya nampak puncanya. Tak mengapa. Hal yang silam itu untuk dimuhasabah bagi mengcungkil ibrah (pengajaran). Ia bukan untuk dirintih-rintihkan. Saya mesti membantunya memanfaatkan potensi hari ini untuk ‘mengubat’.
Allah sudah memberitahu kita awal-awal di dalam al-Quran,
Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu). (Surah al-Syura: 30).
 Betul! Kebanyakan musibah yang menimpa diri kita adalah kerana diri kita sendiri yang menempahnya. Allah tidak membenarkan kita ‘menghampiri zina’ sebelum bernikah termasuklah ber’couple’ tapi ramai orang yang melanggarnya.  Islam memperkenalkan cara yang jauh lebih bermaruah dan layak dihormati tapi kita tidak mahu memilihnya. (Insya-Allah kita bincangkan dalam artikel seterusnya).
Apabila sudah bernikah, mereka mendapat pasangan yang suka ber’couple’ dengan orang lain pula. Oleh sebab itulah, jika kita mengikut petunjuk  Allah sejak awal, potensi untuk bahagia lebih besar. Allah bukan sengaja hendak susah-susahkan kita apabila Dia bagi peraturan. Bahkan, Dia mahukan yang terbaik untuk kita.  Firman Allah SWT,
“Allah mahukan kesenangan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.”

Cinta Allahpun Bersyarat!

$
0
0

Cinta Allahpun Bersyarat
Musibah Diundang atau Tidak Diundang
Apa sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu sahaja.
Jika Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya.
Tunjukkan kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat seorang hamba yang serba terbatas..
Musibah itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak diundang.’
Jika musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa tidak tenang lebih kerap hadir.
Kecilkan Risiko
Sebelum bernikah, kita sepatutnya sudah bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi untuk curang setelah bernikah. Selalunya dia seorang yang:
Gatal.
Suka mengurat.
Berkawan dengan ramai pasangan tanpa urusan.
Selalu SMS dan call pada perkara yang tidak penting.
Selalu bergurau hendak bernikah ramai.
Asyik chatting dan facebook dengan pasangan bukan mahram.Tanpa urusan munasabah.
Jika kita sendiri memilih pasangan yang berpotensi untuk tidak setia, kemudian, apabila kita menjadi suami atau isterinya, dia bermain kayu tiga, maka kita sendirilah yang sebenarnya mengundang masalah itu.
Bukankah  Allah SWT sudahpun memberitahu kita, banyak sekali musibah dalam hidup ini bersumber daripada perbuatan kita sendiri? Kita yang mengundangnya. 
Minimumkan Musibah
Langkah pencegahan dan membuat jangkaan bukanlah bertujuan untuk hidup tanpa masalah. Mana ada hidup tanpa masalah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meminumkan musibah dan masalah, terutamanya akibat sikap dan kesalahan kita sendiri.
Ramai pasangan boleh terima apapun kekurangan suami atau isterinya. Dia sanggup berada di sisi pasangan walau apapun terjadi kepadanya. Tidak kira pasangannya jatuh miskin, sakit teruk, dimusuhi, dibebani hutang, difitnah atau apa sahaja berlaku ke atasnya, dia terus setia.
Cuma satu, ramai suami atau isteri lebih sanggup kehilangan pasangannya jika pasangannya itu mempunyai kekasih yang lain. Sebelum masalah besar ini timbul dan kesannya berlarut-larut dalam seluruh baki usia, kita mesti berhati-hati melangkah.
Jika ia berlaku kerana lalainya kita membuat jangkaan yang tepat ketika dalam tempoh pemilihan, maka yang bersalah adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain. 
Syarat Suatu Yang Normal Dalam Aqad Muslim
Kita nak beli rumah dan kereta ada syarat. Nak buat pinjaman ada syarat. Nak sewakan rumah kita kepada orang lain, kita letakkan syarat yang munasabah. Bahkan dalam kebanyakan aqad kaum muslimin, ia sangat bijaksana meletakkan syarat. Ia suatu yang normal. Ia suatu sikap berpandangan jauh terhadap risiko masa depan.
Cinta lebih rasional jika ada syarat yang munasabah. Bincangkan ia sejak di fasa pertunangan untuk mengecilkan risiko keruntuhan rumah tangga pada masa depan. Mahukan cinta tanpa syarat? Okey tapi realistiklah! Islam sangat manusiawi. Sensitiviti dan kondisi individu berbeza-beza. Berbincang dan letaklah syarat yang dipersetujui bersama. Demi keteguhan masa depan.
Lihatlah, cinta Allahpun mempunyai syarat selagi kita tidak syirik kepada-Nya. Cinta dalam pernikahan juga wajar mempunyai syarat ta’liq agar melindungi pasangan daripada risiko penganiayaan.
Betapa ramai pasangan yang suka mengubat sebelum mencegah. Apabila pasangannya terbukti bermain kayu tiga, barulah dia mula mencari penyelesaian. Mereka pejamkan sahaja mata ketika masalah memberi ‘petanda awal’ untuk datang. Usaha mengubat jauh lebih sakit dan pedih daripada usaha mencegah. Mahu yang mana?

Muhammad bin Syihab Az-Zuhri Pencinta Hadis

$
0
0


Profil
·         Nama penuh Muhammad bin Muslim bin Abdullah.
·         Atau nama sebenarnya Muhammad bin Muslim bin Ubaydullah bin Shihab az-Zuhri.
·         Ahli hadis dan ahli fiqh.
·         Seorang tabi’in.
·         Tinggal di Ailah sebuah desa antara Hijaz dan Syam.
·         Membukukan banyak hadis.
·         Wafat pada tahun 123 hijrah.

Berguru dengan Pakar Berautoriti
Siapa tidak kenal seungkap nama unggul Ibnu Syihab az-Zuhri,di bumi Hijaz dan Syam? Para ulama di situ menjadikan dirinya pakar rujuk.
Dari bumi Madinah, beliau merantau ke Damsyiq, Syria. Ketika itu, Khalifah Abdul Malik memerintah.
Kecintaannya kepada hadis membawa dirinya tinggal selama lapan tahun bersama Sa’id bin Al-Musayyab di sebuah desa bernama Sya’bad di pinggir Syam. Sa’id bin Al-Musayyab itu pula merupakan pakar berautoriti dalam bidang hadis yang cukup terkenal di kalangan generasi tabi’in.
Sa’id bin Al-Musayyab lahir ketika pemerintahan Umar pada tahun 637 masihi. Beliau sempat meneguk didikan langsung daripada Umar, Uhtman dan Ali. Tidak hairanlah Syihab az-Zuhri cukup menyegani ketokohannya dalam bidang hadis.
Syihab az-Zuhri turut akrab dengan tokoh-tokoh terkemuka seperti Abdullah bin Tha'laba al-'Adawi, Urwah ibn Zubayr, 'Ubaydullah bin 'Abdullah bin 'Utba, Abu Bakr i 'Abdul-Rahman bin al-Harith, Kharija bin Zayd bin Thabit and 'Abdul-Rahman bin Yazid bin Jariya.

Menulis Hadis dan Kata-kata Sahabat
Beliau membukukan banyak hadis yang didengarinya dan dihimpun dalam koleksi. Berkata Shalih bin Kisan,  “Aku menuntut ilmu bersama az-Zuhri, dia berkata, ‘Mari kita tulis apa yang berasal dari Nabi shallallahu alaihi wassalam.’
 
Kecermatannya Terbukti dan Dikagumi
Al-Laits bin Sa’ad berkata: “Aku belum pernah melihat seorang alimpun yang lebih mantap dari pada az-Zuhri, kalau ia berbicara untuk memberi semangat, tidak ada yang lebih baik dari pada dia, bila dia berbicara tentang sunnah dan al-Qur’an pembicaraanya lengkap“.
Kekuatan hafazan dan kecermatan az-Zuhri dapat disemak oleh Hisyam bin Abdul Malik. Hisyam meminta az-Zuhri menulis apa yang diajarkan kepada beberapa orang anaknya. Az-Zuhri ternyata mampu mengajar dan menulis 400 hadis. Setelah keluar dari rumah Hisyam, beliau masih mampu menceritakan 400 hadis tersebut.
Sebulan lebih selepas itu, Hisyam bertemu lagi dengan az-Zuhri. Hisyam mengadu tentang catatannya yang hilang. Az-Zuhri mampu menulis lagi buatnya.
Kecermatan dan penguasaan hadis oleh az-Zuhri membuat Amr bin Dinar memuji, “Aku tidak melihat ada orang yang pengetahuannya terhadap hadis melebihi az-Zuhri.”

Sumbangan Besar
Az-Zuhri memang selalu berusaha keras untuk meriwayatkan hadis. Ada yang berkata bahwa az-Zuhri menghimpun sejumlah 1, 200 hadis, tetapi yang musnad hanya separuhnya.
Az-Zuhri meriwayatkan hadis bersumber daripada Abdullah bin Umar, Abdullah bin Ja’far, Sahal bin Sa’ad, Urwah bin az-Zubair, Atha’ bin Abi Rabah. Ia juga mempunyai riwayat-riwayat yang mursal dari Ubadah bin as-Shamit, Abu Hurairah, Rafi’ bin Khudaij, dan beberapa lainnya.
Imam al-Bukhari berpendapat bahawa sanad az-Zuhri yang paling sahih adalah az-Zuhri, dari Salim, dari ayahnya. Sedangkan Abu Bakar bin Abi Syaibah menyatakan bahawa sanadnya yang paling sahih adalah az-Zuhri, dari Ali bin Husain, dari bapaknya dari datuknya (Ali bin Abi Thalib)”.
Beliau wafat pada bulan Sya’ban, tahun 123 H. Ada yang mengatakan beliau wafat pada tahun 125 H.

Nabi Kita Makhluk Pertama Dicipta?

$
0
0


Kita hidup dengan banyak persepsi. Jernihkannya dengan mengkaji.

              
                Dulu, saya ingat persoalan ini tidak penting. Sekali pandang, ianya nampak karut. Tapi, bila saya ‘google’ sekitar persoalan ini, saya terkejut apabila mendapati ramai orang memperkatakannya. Bukan sahaja oleh segelintir umat Islam di Malaysia bahkan minoriti umat di serata dunia.
Impaknya, ada pihak yang membentuk kumpulan mereka bersandarkan kepercayaan-kepercayaan pelik seumpama ini.  Jika dikaji lebih dalam, mereka bagai meletakkan kedudukan mimpi, ilham, lintasan hati dan rukyah oleh pemimpin mereka seakan setanding dengan kedudukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai ‘sumber’ rujukan dalil-dalil syarak.
Hakikatnya, mimpi, ilham, lintasan hati dan rukyah memanglah wujud dan tsabit dalam Islam. Kita tidak boleh menafikannya mentah-mentah. Tidak boleh juga mengambilnya bulat-bulat. Kedudukannya, ia cuma sokongan tambahan, bukan sumber. Dianggap cahaya atas cahaya.
Ia tidak diambil kira melainkan dengan syarat ia tidak bertembung dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. Ini disebabkan oleh ia banyak bercampur baur dengan sangkaan dan kecenderungan diri sendiri.


Jika Benar Baginda Makhluk Pertama, Apa Buktinya?

Ada kefahaman yang bergayutan di minda orang awam bahawa Nabi Muhammad SAW diciptakan daripada cahaya. Bahkan mereka percaya bahawa Nabi Muhammad SAW adalah makhluk pertama yang diciptakan.
Adakah kefahaman ini diceduk daripada sumber yang sahih? Moga Allah SWT memberi petunjuk kepada pena saya untuk mengulasnya, berpandukan ulasan para ulama muktabar.
                Apa buktinya Nabi kita makhluk pertama?
                Ada bukti wahyu? Ada bukti Sains?
                Tidak ada!
                Jika benar sekalipun, apa faedahnya kefahaman ini kepada peradaban dunia?
                Daripada kita memeningkan kepala berfikir sesuatu yang ‘pelik’ ini, lebih baik kita berpegang kepada apa yang ditetapkan secara ‘mutawatir’. Iaitu ‘sesuatu’ yang diceritakan oleh para sahabat yang ramai. Bahkan, pada setiap generasi, ada golongan yang dipercayai turut menceritakan perkara tersebut. Keadaan ini menyebabkan kita yakin, mustahil mereka berpakat untuk berdusta.
Nabi kita dimuliakan Allah kerana akhlaknya yang agung. Kerana kenabian-Nya. Bukan kerana alasan keutamaan yang tidak jelas kesahihannya. Allah SWT memuji keutamaan baginda secara jelas,
                “Dan sesungguhnya kamu benar-benar orang yang berbudi pekerti yang agung.”(Surah al-Qalam:  4.)
                Baginda mulia kerana berakhlak mulia. Bukan kerana baginda makhluk pertama.


Ada Kelahiran dan Kewafatan

                Sejarah merekodkan peristiwa yang boleh diterima akal tentang permulaan dan pengakhiran riwayat hidup baginda. Baginda dilahirkan sebagaimana manusia biasa dilahirkan. Punya ibu dan ayah. Punya tarikh lahir. Punya tempat dilahirkan.
                “Katakanlah, ‘Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa.’” (Surah al-Kahfi: 110.)
Setiap tahun, kita mengenang nostalgia indah ini. Pada tahun gajah, lahirlah seorang bayi barakah di bumi Makkah. Baginda mempunyai nasab yang jelas, bukan nasab yang ‘ajaib’. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ayahnya pula bernama Abdullah bin Abdul Muthalib al-Hasyimi al-Quraisy.
Baginda menjadi mata-mata rantai kepada perjuangan Rasul-rasul terdahulu. Sama menyebarkan risalah tauhid. Hukum syariatnya sahaja berbeza. Baginda penerus Nabi dan Rasul, bukan Nabi pertama yang diutus.
Rasulullah SAW membuat analogi yang menarik. Perumpamaanku dan perumpamaan nabi-nabi sebelumku adalah seperti seorang lelaki yang membina sebuah rumah, dia menyempurnakannya kecuali satu sudut tempat meletakkan batu-batanya. Orang ramai mengelilinginya dan merasa takjub melihat keindahan binaan ini. Mereka berkata, ‘Kalaulah bukan kerana ruang kosong bagi bata ini, ia akan lebih cantik,’. Akulah ruang kosong bagi bata itu, akulah penutup bagi nabi-nabi.” (Muttafaq a’laih).
Baginda wafat sebagai mana manusia lain diwafatkan. Datang Izrail lalu diambil nyawanya. Baginda mempunyai tarikh kewafatan. Tempat kewafatan. Tempat dimaqamkan. Semuanya jelas menunjukkan kehidupan baginda di dunia mempunyai had masa.


 Sumber Wahyu, Sokongan Akal

                Mari kita renung sejenak. Kelahiran Adam yang tidak berayah dan beribu, secara kasarnya, tidak boleh diterima logik. Begitu juga kelahiran Isa yang tidak berayah, tidak selaras dengan akal manusia yang terbatas. Tapi kesahihannya mempunyai dalil wahyu.  Maka, ia boleh diterima.
Akal perlu tunduk kepada wahyu. Kedudukan wahyu adalah lebih tinggi berbanding akal. Wahyu adalah sumber. Manakala, akal cuma sokongan. Itu tidak bermakna akal tidak penting. Akal tetap dimuliakan Islam. Hinggakan, seringkali disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran, “Kenapa kamu tak guna akal?”
Kita kembali kepada isu penciptaan Muhammad SAW sebagai makhluk pertama dan diciptakan daripada cahaya. Bukankah ia tidak dapat diterima akal? Bahkan tidak pula mempunyai sumber wahyu yang sahih. Jadi, bagaimana kita dapat menerima idea ini?
Apa yang jelas, kehidupan baginda mempunyai batas masa.  Waktunya terhad. Tatkala baginda dijemput mengadap-Nya, ada sahabat yang sukar menerima. Namun, mereka terpaksa tunduk kepada kalam-Nya, “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati.” (Az-Zumar: 30.)


Nabi Bimbang Jika Kita Berlebihan

                Ya, kita diwajibkan mencintai Nabi melebihi cinta kepada nyawa dan darah kita sendiri. Namun, kita diingatkan agar jangan sampai bersikap keterlaluan. Hingga ada yang mengangkat Nabi sebagai Tuhan. Umat-umat terdahulu ramai yang terpisah daripada hidayah Allah berpunca daripada sikap keterlaluan mereka dalam memuja dan menyanjung. Allah SWT mengajar Nabinya menyeru,
                “Janganlah kamu sekalian menyanjungku seperti mana kaum Nasrani menyanjung Isa putera Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba Allah dan rasul-Nya.” (HR Bukhari).
                Agak berlebihan jika kita menganggap Nabi diciptakan daripada cahaya. Itu seakan-akan meletakkan Nabi di posisi malaikat bukannya manusia. Wahyu menjelaskan Nabi SAW adalah manusia. Baginda diciptakan daripada air yang terpancut. Sama seperti manusia yang lain.
                Boleh jadi, mereka yang menganggap Nabi diciptakan daripada cahaya mengambil dalil ini,
                “….Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya (Rasulullah) dari Allah, dan kitab yang menerangkan.” (Al-Maidah: 15)
                Sastera Allah maha tinggi. Bukan Rasulullah SAW sahaja yang digambarkan seperti cahaya, bahkan al-Quran juga sering disifatkan seperti cahaya. Antara lain Allah berkata,
                “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta cahayanya (al-Quran) yang telah kami turunkan. (At-Thaghabun: 8).
                Kiasan disangka hakikat. Bimbang, kepercayaan ini akan membawa kepada penyanjungan yang tidak benar. Hinggakan, ada orang yang mendendangkan salawat berbunyi, “Salawat dan salam bagimu wahai makhluk Allah yang pertama.”
 Lebih membimbangkan jika kepercayaan ini akan mengheret penyanjungan Nabi setaraf Tuhan sebagaimana yang terjadi kepada orang-orang Kristian. Nauzubillah.


Kalau Benar Sayangkan Nabi…

Ummat Islam mencintai Nabi Muhammad SAW. Ummat memuliakan setiap detik yang dilalui oleh baginda. Tatkala Nabi kita dihina, hati-hati kita segera bertautan erat seluruh dunia. Bersatu membela baginda. Demonstrasi aman bergelombang di mana-mana. Indahnya cinta yang tulus ini.
                Dalam mengekspresikan cinta suci, kita perlu berhati-hati. Ada pemikiran dan tindakan yang berlebih-lebihan hingga bertentangan dengan seruan baginda. Semuanya atas nama cinta. Namun jika tidak bersandarkan sumber yang sahih dan rasional manusia, ia jadi celaka.
                Bukankah Nabi kita tidak mengajar membunuh orang yang tiada kena mengena? Dengan ajaran mulia, baginda menawarkan rasa aman kepada dunia. Rasa aman berhak dinikmati oleh orang yang tidak bersalah.
Kalau benar sayangkan Nabi, ikutlah seruannya secara menyeluruh. Kajilah sirah baginda bersungguh-sungguh. Barulah lahir peribadi umatnya yang teguh dan layak dibuat contoh. Berpegang dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah, insya-Allah kita tidak akan sesat selama-lamanya.

KISAH GADIS CINA

$
0
0




Remaja Diterjah Badai

                Seorang gadis remaja berbangsa Cina baru kembali ke fitrahnya, Islam. Dia bersemangat. Berani. Aktif. Bijak. Bahkan cantik. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit menjadi seorang pendakwah. Dalam usia remaja, dia sudah duduk sebaris dengan penceramah-penceramah agama yang hebat.
Kali pertama saya mendengar ceramahnya, saya berbangga dengan kehadiran mawar agama ini ke arena dakwah. Saya mengaguminya dari jauh. Itulah potensi jiwa muda. Penuh aspirasi dan cita-cita. Usahlah ditanya siapa dirinya. Yang penting, kita mengambil iktibar daripada kisahnya. Anggaplah kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa.
Bukan mudah baginya melalui detik-detik dibenci keluarga, ditinggalkan kawan-kawan dan dimusuhi sanak-saudara. Semua diharunginya dengan tabah. Namun, apabila ujian bertsunami datang daripada orang Islam sendiri, dia hampir tersungkur rebah.
Gadis remaja ini kembali minum arak. Beberapa kali dia cuba mencabut nyawa sendiri. Mujurlah masih berbaki kewarasan diri. Buat masa ini, dia memilih menjadi pengunjung tetap pakar psikitari. Islamnya masih bersisa di hati. Ya Allah, kasihanilah dia! Apa yang dia lalui?

Cukup-cukuplah Melabel!

                “Tak boleh tudung-tudung berfesyen ala-ala Hana Tajima ni,” tegur seorang ustazah.
                “Tapi ia menutup leher, dada, dan rambut. Saya remaja. Saya sukakan fesyen,” kata si gadis Cina.
                “Fesyen itu tabarruj. Ianya haram,” tegas si ustazah.
                “Ustazah, apa maksud tabarruj?”
                “Awak ni sungguh-sungguh tak masuk Islam? Jangan banyak tanya. Ikut saja. Fasiq nanti.”
Gadis ini sejak awal masuk Islam tertekan dengan sikap segelintir Muslim yang sangat menghukum dan memaksa dalam isu-isu feqah. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan soal wanita. Apa yang dibuatnya selalu dipandang serong. Dikritik bukan dididik.
Mana keindahan toleransi dalam Islam?
Mana roh kemudahan?
Islam menghalang kebebasan memilih sesuatu yang masih dalam batasan syarak?
Padahal isu-isu fiqah ini banyak perbezaan pendapatnya. Ianya suatu rahmat. Misalnya maksud ‘tabarruj’ ini, ada pelbagai definisi oleh para ulama. Ada yang berkata, membuka leher dan tempat anting-anting. Pendapat lain mengatakan ia suatu perbuatan berjalan melenggang-lenggok. Pendapat lain, membuka aurat.
Di sini, Allah benarkan kita berbeza. Semuanya dalam daerah pahala. Samada satu atau dua pahala. Melayani perkara khilaf seperti ia bukan khilaf adalah suatu sikap yang tidak adil atau zalim.
Adakah gadis ini ber’tabarruj’ jika kita merujuk pendapat ulama-ulama di atas?
Baik lelaki mahupun sebahagian wanita sendiri, jika mereka ini tidak meletakkan persepsi yang benar terhadap peranan wanita, mereka cenderung suka menghina, menghukum dan melabel.
Sudahkah kita membaca berkaitan tudung cantik sebahagian sahabiah sendiri sebelum menganggap wanita tidak berhak berfesyen?
Sudahkah kita merujuk sirah sebelum menganggap wanita itu pentasnya hanya di rumah?
Sudahkah kita mengenali Khadijah, Zainab binti Jahsy, dan Asma’ binti Abu Bakar sebelum menganggap wanita tidak layak berkerjaya?
Sudahkah kita meneliti sikap para sahabat sebelum menghalang isteri ke masjid dan ke pengajian agama?
Profesor Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam pengantarnya terhadap buku Jati Diri Wanita Menurut al-Quran dan Hadis, karya Dr. Ali Shariati berkata, “Mereka mengurung wanita di dalam rumah. Tidak dibenarkan keluar dengan alasan apapun, termasuk untuk belajar dan berkerja. Wanita dianggap tidak layak dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi masyarakat dan diri sendiri. Sehingga sebahagian mereka beranggapan bahawa wanita solehah itu wanita yang tidak pernah keluar rumah kecuali dua  kali, iaitu keluar dari rumah orang tuanya menuju ke rumah suaminya, dan dari rumah suaminya menuju ke kuburnya. Padahal al-Quran menganggap pengurungan di dalam rumah ini sebagai seksaan bagi wanita sebagai mana dalam surah an-Nisa’, ayat 15.”

Allah Ciptakan Wanita Hanya Untuk Menjadi Simbol Seks?

Dalam sesetengah pengajian, gadis Cina ini melihat wanita sering dipersalahkan. Dianggap menyusahkan. Digelar si tulang bengkok. Hanya layak disebut perangkap syaitan dan simbol seks yang serba terkongkong. Terpenjara daripada tugas-tugas kemasyarakatan. Hanya tentang ‘itu’kah wanita tercipta?
Dia terfikir, patutlah golongan kristianisasi dan missionari sering menjadikan topik wanita sebagai senjata utama untuk menimbulkan ketakutan terhadap Islam di Barat. Bahkan menyucuk rasa benci para muslimah di dunia ini terhadap agama sendiri.
Mungkin muslimah yang terpengaruh dengan dakyah mereka ini tidak menyatakan dengan perkataan tapi mereka tonjolkan melalui tindakan. Mereka merasakan dekat dengan ajaran agama itu suatu yang terlalu membebankan.
“Orang perempuan ni bodoh. Kurang akal dan agama! Bila menikah dengan dia, kita sebenarnya tambah masalah. Nabi dah kata perempuan ni si tulang bengkok,” kata seorang penceramah agama.
Gadis remaja yang dahagakan ilmu ini tersedak. Semakin belajar soal wanita, semakin benci hatinya kepada Islam. Dia tertanya-tanya, ini Islam atau silap tafsiran? 

Nabi Sempurna, Kita Tidak

Mana mungkin Nabi kita yang terkenal sebagai pembela wanita seluruh alam, akan menghina wanita sebegini rupa. Nabi bermaksud lain. Sering ditafsirkan dengan maksud yang lain. Nabi menjelaskan dan menghiburkan wanita dengan hadis-hadis berkaitan soal ini. Tapi bila berpindah ke lisan sesetengah Muslim, maksudnya bertukar menjadi penghinaan dan sesuatu yang menyakitkan. Islam yang mulia lalu difitnah mendiskriminasikan wanita.
Penceramah agama tidak sempurna. Kadang-kala ilmunya terbatas untuk menerangkan secara tepat kerana bidang wanita bukan bidang kajiannya. Jangan tadahkan telinga hanya pada satu pengajian. Luaskan ufuk minda daripada ramai guru dan banyakkan bacaan. Minda akan lebih celik. Fikiran akan lebih terbuka. Hati akan lebih faham menilai.
Menjadi peranan kita untuk mendapatkan tafsiran terhadap hadis-hadis berkenaan wanita daripada sumber yang sahih, berautoriti, dan tepat. Inilah sikap yang benar bagi ummat yang sentiasa berbaik sangka terhadap Nabinya. Bacalah karya para alim ulama besar dunia seperti al-Qaradhawi, Imam Ghazali, Abdul Halim Abu Syuqqah, dan ramai lagi berkenaan wanita. Kita akan tersenyum bahagia.

Disuruh Menikah 

                Gadis Cina ini dibawa ke Siam oleh Muslim-muslim yang dipercayainya. Di sana, dia diminta menikah dengan lelaki yang baru beberapa saat dia kenal. Dia keliru, tiadakah proses merisik dan bertunang dalam Islam? Bagaimana Islam meraikan suara anak gadis dalam soal ini?
                Sebelum bernikah, dia disiapkan minda bahawa suaminya berhak untuk berpoligami bila-bila masa sahaja yang diinginkan. Beginikah Islam meletakkan kedudukan poligami? Bukankah ia hanya ‘rukhsah’ bila keadaan memerlukan?
Jiwa gadis Cina ini dahsyat dipukul tanda-tanya. Islam tidak fikir soal ‘sakinah’seorang isteri? Islam suatu ajaran yang bertentangan dengan fitrah cinta yang perlukan setia? Islam tidak bersikap manusiawi terhadap perasaan isteri? Tiadakah konsep syura dan saling meredhai dalam institusi kekeluargaan Islam? Ah, ini Islam atau silap tafsiran? Gadis Cina ini hebat berperang dengan gelodak curiga.

Terpujuk dengan Majalah Solusi

                Gadis Cina ini mencari-cari info tentang poligami daripada youtubeceramah. Dia berharap ilmu dapat memberikan cahaya untuk hatinya meletakkan ‘sudut pandang’ yang betul terhadap sesuatu isu sepertimana yang Islam kehendaki.
                “Isteri ni macam seliparlah. Yang lama kita tinggalkan di tangga. Yang baru kita bawa masuk ke dalam rumah. Ataupun begini. Yang lama, kita bagi Mercedes. Yang baru kita bagi Viva. Mercedes untuk disimpan di rumah. Viva untuk dibawa berjalan-jalan,” terang seorang penceramah dalam youtube.
                Setitis demi setitis air mata berguguran di pipi gadis Cina ini. Beginikah Islam melayan wanita? Ini Islam atau silap tafsiran? Bukankah Nabi melayan isterinya secara adil? Membuat undian sebelum berpergian? Mungkin ustaz ini cuma bergurau. Gadis ini cuba berbaik sangka terhadap ustaz yang disayanginya itu. Tapi jiwanya tetap pedih terhiris. Dia sedikit terpujuk membaca sirah Nabi. Gurauan baginda sentiasa menggembirakan, bukan mencincang perasaan orang.
                Gadis Cina ini kemudiannya membeli Majalah Solusi berkait isu Misteri Poligami. Hatinya sedikit terpujuk apabila melihat hukum-hukum sebenar poligami dalam Islam. Asalnya harus, boleh bertukar sunat, makruh dan haram. Bukan boleh diambil mudah. Syaratnya ketat dan payah. Bahkan, diterangkan monogami Nabi jauh lebih sunnah, selama 25 tahun lamanya. Poligami cuma 10 tahun.

Lebih Bahagia Menjadi Umat Pertengahan

                Profesor Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa  keadaan umat Islam dewasa ini umumnya menempati posisi ekstrimis dan apatisme, padahal kita sering membaca firman Allah untuk menjadi umat yang pertengahan.
                Kata beliau, “Masih ada yang menganggap wanita sebagai makhluk yang hanya memiliki sedikit kecekapan. Bagi lelaki, ia adalah hamba seperti alat untuk memuaskan dahaga seksual bila lelaki mengkehendakinya. Kemudian, kehormatannya dapat dimiliki dengan memberi sejumlah harta, dan dapat ditalak bila-bila masa saja dikehendaki tanpa ada hak sedikitpun untuk mengelak dan mendapatkan ganti rugi. Sehingga sebahagian mereka menganggap wanita bagaikan sepatu yang dapat dipakai dan dibuang bila tidak diperlukan lagi.”
                Saya percaya, di Malaysia ramai lelaki yang meletakkan persepsi terhadap wanita di tempatnya yang wajar. Malang bagi gadis Cina ini, dia belum menemui golongan lelaki-lelaki sejati ini sebagai pembimbingnya. Bahkan menemui golongan seperti mana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qaradhawi tersebut.

Suami Mengabaikan Nafkah

                Gadis remaja ini teruji lagi. Dia mendapat info bahawa wanita dilarang keluar rumah. Suamilah yang wajib mengajarnya agama. Realitinya, ramai suami pada hari ini bukanlah beragama sangat. Jika beragamapun, sibuk 24 jam. Apabila wanita dilarang keluar rumah untuk belajar agama, bukankah ia hanya menghantar wanita ke alam kebodohan?
Tidak cukup dengan itu, suaminya culas nafkah. Hidup menganggur dan malas berkerja. Dia cuba bersabar. Tekanan hidupnya memuncak. Setiap hari bertengkar, tuduh-menuduh dan salah-menyalahkan.
Gadis itu tekad mahukan perceraian. Dia tahu sepatutnya perceraian itu menjadi jalan terakhir. Dia sudah berusaha menyelamatkan pernikahannya. Namun, rumah tangganya terus-terusan lebih mengumpul dosa daripada pahala. Setiap hari, kebenciaan kepada suaminya semakin membesar.
Semua Muslim yang dikenalinya berpesan, “Jangan minta cerai! Nanti tak bau syurga.”
“Kalau bercerai tu semuanya buruk, kenapa Islam halalkan perceraian?” protes gadis ini.
“Ia hak lelaki. Isteri kena sabar saja,” pesan mereka lagi.
                Gadis ini merasakan Islam tidak memahami. Ini Islam atau silap tafsiran?
“Islam jahat!” Tempik batinnya sambil mencabut tudung. Dia keluar rumah dengan tidak menutup aurat. Air matanya berjuraian. Dia geram terhadap Muslim tapi dia memilih untuk menghukum ‘Islam’. Dia rindukan araknya sebagai penenang jiwa. Bahkan, tali penggantung nyawa sering muncul di minda.
Profesor Syeikh al-Qaradhawi menerangkan, “Ada golongan yang menganggap, apabila wanita yang telah diperisterikan oleh seorang lelaki yang tidak dicintainya, dan dia tidak mampu mencegah kemarahan suaminya atau tidak mampu menghindarinya, maka tiada pilihan lain, harus bersabar dengan kesakitannya. Harungilah kehidupan yang pahit sehingga suaminya menjatuhkan talak ke atasnya atau talaq khuluk (membayar mahar suaminya kembali). Bila kedua perkara ini tidak terjadi maka tiada jalan lain baginya untuk melepaskan diri dari tali perhambaan itu.”
Ini tidak benar!
Islam memanglah mengecilkan skop talaq. Tapi bukan dengan cara menyekat hak seorang isteri yang teraniaya dengan sikap suaminya untuk dibebaskan. Talaq cuba dikecilkan dalam Islam dengan beberapa cara:
1.        Mengajar umatnya cara membuat pemilihan calon terbaik sebelum bernikah.
2.       Melihat wanita yang dipinang sebelum akad samada lihat berdepan, hantar wakil atau mengintai dari jauh.
3.       Meminta wali menikahkan puterinya bukan dengan sembarangan orang tapi dengan calon yang diredhai agama dan akhlaknya.
4.       Mensyaratkan keredhaan wanita untuk berkahwin dengan orang yang meminangnya.
5.       Menjadikan keredhaan wali serta persepakatannya sebagai perkara wajib atau sunat agar perkahwinan itu tidak mendapat tentangan keluarga.
6.       Mengarahkan bermesyuarat dengan para ibu dalam persoalan perkahwinan anak-anak perempuan.
7.       Mewajibkan agar bergaul dengan harmoni, menjelaskan hak dan kewajipan antara suami isteri, menyemaikan keimanan agar beriltizam dengan batas-batas syarak dan bertaqwa kepada Allah.
8.       Menganjurkan agar suami dapat menerima realiti agar ia tidak terlalu berharap kesempurnaan pada isterinya. Begitulah sebaliknya.
9.       Menyeru para suami agar menggunakan akal dan kemaslahatan jika dia merasa tidak senang terhadap isterinya seperti dalam surah an-Nisa’, ayat 19.
10.   Mengarahkan para suami agar mengubati isteri yang derhaka dan melakukan maksiat dengan cara yang hikmah  dan beransur-ansur, tidak terlalu keras,dan tidak terlalu lembut sebagai mana surah al-Nisa’. Ayat 34.
11.   Mengarahkan masyarakat agar campur tangan ketika berlaku persengketaan antara suami isteri dengan membentuk ‘majlis keluarga’ dari kalangan orang yang dipercayai.

Doakan Dia.

Gadis cantik yang dulunya manis berbaju labuh dan bertudung ala-ala Hana Tajima, kini termenung murung di bilik pakar Psikitari. Masalah fahamnya terhadap Islam dan Muslim belum selesai. Perlukan masa. Mari berdoa untuknya. Mari lakukan sesuatu agar ‘diri kita’ lebih jernih kefahaman dan tidak menyumbang fitnah kepada agama kita sendiri.

Mintalah Fatwa Dari Hatimu

$
0
0



Nabi Tahu Soalannya

 “Mintalah fatwa dari hatimu.”
Ini hadis Nabi. Nak faham hadis kenalah rujuk kitab syarah hadis. Sebelum itu, mari kita telusuri satu kisah yang melatari hadis ini.
Seorang lelaki bernama Wabishah bin Ma’bad r.h. datang berjumpa Nabi SAW. Belum sempat dia membuka mulut, Rasulullah SAW meneka,
“Kamu hendak tanya tentang kebaikan?”
Terkejut Wabishah mendengar tepatnya sangkaan Nabi. Wabishah yakin, Nabi tidak mengetahui perkara mendatang (termasuk perkara ghaib) kecuali apa yang Allah beritahu kepadanya. Ini satu mu’jizat. Wabishah lantas mengiyakannya.
“Benar!”
Baginda lalu menjelaskan satu ilmu yang sangat penting, “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.” (Hadis hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).
Hadis yang lain daripada an-Nawas bin Sam’an diriwayatkan Muslim dalam al-Bir wa ash-shilah, bab Tafsir al-birr wa al-itsm. Nabi mengajar kita, “Kebaikan  adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya.”
Singkat dan padat. Begitulah istimewanya hadis ini. Kebaikan itu mencakupi semua perbuatan baik. Dosa pula mencakupi semua perbuatan buruk samada kecil atau besar.

Fitrah: Tenang Dengan Kebaikan, Resah Dengan Dosa

Salah satu (bukan satu-satunya) cara mengenal kebenaran ialah dengan fitrah. Buktinya, apa yang Nabi katakan dalam hadis ini. Kebaikan itu mententeramkan hati dan jiwa.  Allah yang maha baik menciptakan kita untuk mengetahui kebenaran. Kita tenang dengannya. Menerimanya.
Allah tanamkan tabiat kepada kita cintakan kebenaran. Bahkan, menurut kajian sains, apabila kita membuat kebaikan, hormon kortisol akan terrembes. Ia menyebabkan kita rasa seronok. Rasa nak buat lagi.
Kita lahir dalam keadaan baik. Suci. Bersih.
“Setiap anak Adam lahir dalam keadaan fitrah.” Abu Hurairah yang meriwayatkan hadis ini seterusnya membaca ayat al-Quran,
“(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.” (Ar-Rum: 30).
Tatkala kita dilanda dilema,
“Ini baik ke buruk?”
Tanyalah hati, ia condong ke mana? Mana yang hati tenteram, itulah kebaikan. Apa yang hati tidak merasa tenang dengannya, itulah dosa bagi kita.  Meskipun dari sudut fatwa hal itu masih dibolehkan. 

Baik Bagi Orang Baik, Buruk Bagi Orang yang Dekat Dengan Allah

Ada perkara yang hasanatul abrar, wasayyiatul muqarrabin. Bermaksud, baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Cuba lihat. Seorang ulama misalnya al-Qaradhawi memfatwakan alat muzik seperti gitar yang digunakan dengan syarat tertentu, hukumnya dibolehkan.
Peranan mufti antaranya memberikan batas ‘minimum’ tentang fiqah. Fatwa diberikan dengan melihat yang zahir. Berdasarkan ilmu bukan nafsu. Fatwa ini diberi secara umum untuk semua manusia, bukan untuk golongan tertentu sahaja. Jika gitar itu difatwakan haram secara mutlak, sudah tentu masyarakat Islam di Eropah yang ‘bernafas’ dengan alat muzik sejak kecil akan mengalami kesempitan dan kesusahan dalam agama. Muzik pula menjadi fenomena di seluruh dunia tika ini.
Namun begitu, dari sudut amal, ulama ini memilih apa yang paling taqwa. Hatinya secara fitrah tidak menyukai bermain gitar. Maka, beliau tidak menggunakannya. Kerana, boleh jadi gitar itu baik bagi orang lain tapi buruk baginya.
Dari segi akhlak pula, beliau tidak pula merendah-rendahkan orang yang bermain gitar. Ramai pendakwah yang bermain gitar dengan  tujuan yang baik. Beliau berbaik sangka dan berlapang dada. Merendah-rendahkan orang yang melakukan perkara ‘harus’(baginya) kerana menyangka diri sendiri bertaqwa, tidaklah cocok dengan akhlak seorang muqarrabin.

Jika Ragu, Tinggalkanlah

Hadis ini mengajar kita agar meninggalkan fatwa jika ia bertentangan dengan hati dan menimbulkan keraguan di dada.  Imam an-Nawawi memberikan contoh kes.
Seorang perempuan memberitahu bahawa dia menyusu dengan si A.  Mufti berfatwa bahawa anak si A boleh menikahinya kerana tiada kesempurnaan dalam jumlah susuan. Fatwa tersebut masih tidak menghilangkan keraguan (syubhat). Sebaik-baiknya dia bersikap wara’ (hati-hati) walaupun manusia memfatwakan kebolehannya.
Jika fatwa dikuatkan oleh dalil syar’i, maka wajib bagi seorang Muslim mengambil fatwa itu dan berpegang dengannya, walaupun dadanya tidak senang menerimanya. Contohnya ketika Nabi memerintahkan para sahabat menyembelih binatang korban dan tahallul pada umrah Hudaibiah. Sahabat sangat berat menerimanya tapi mereka akhirnya taat. Perintah Allah dan Rasul tidak boleh dibelakangkan hanya kerana menurut fatwa hati.

Isyarat Hati 

Sihatkan hati dengan banyak mengingati Allah. Kata Allah, “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenang.”
Ada dua tanda dosa. Khusus untuk perkara yang kita samar tentangnya. Jika perkara yang jelas hujah dan dalilnya, itu soal lain. Dua tanda tersebut ialah:
1)      Tanda dalam- hati rasa benci, tak tenang, resah dan tertekan. Hadis sahih daripada Ibnu Mas’ud  menyebut, “Dosa itu menyakitkan hati.”
2)      Tanda luar- tidak suka diketahui manusia. Kebencian atas dasar agama. Bukan kebencian saja-saja.
Hadis ini menempatkan kedudukan hati di kedudukan yang istimewa dalam Islam dan boleh meminta fatwanya sebelum beramal.
Hadis ini juga memberi petunjuk untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia, kerana akhlak yang baik merupakan kebaikan yang paling besar.
                Syumulnya Islam. Ia menjadi pengatur dan pengawas internal dari dalam diri dan juga eksternal. Berbeza dengan undang-undang buatan manusia yang hanya menjadi pengawas eksternal.  
Jom sihatkan hati! Agar kita tidak memiliki raja yang ‘evil’ dalam kerajaan diri.

(Sila rujuk lanjut buku Al-Wafi, Syarah Hadis Arbain, Imam Nawawi, karangan Dr. Mustafa Dieb al-Bugha dan Syaikh Muhyiddin Mistu)

Maksiat,"Best" sangat ke ?

$
0
0






Maksiat, ‘Best’ Sangat Ke?

Maksiat Membuatkan Diri Kita Dibenci
                Kenapa bila orang buat baik, dia berani buat terang-terangan? Kenapa bila orang buat maksiat, dia tak berani buat depan orang?  Fitrah! Manusia senang dengan kebaikan. Benci dengan maksiat.
Ada juga orang yang berani buat maksiat terang-terangan. Orang lain senang dengannya? Tidak! Allahpun lebih-lebih lagi tidak senang dengannya.
Berkata Imam Syafie, “Kamu sekalian hendaklah menghindari kebencian kaum muslimin.” “Bagaimana ia boleh berlaku?” tanya yang lain. “Seseorang yang melakukan maksiat, Allah akan menumbuhkan rasa benci muslim yang lain terhadapnya.”


Maksiat Menghalang Masuknya Ilmu Pengatahuan
                Imam Malik memberi nasihat yang layak ditulis dengan tinta emas kepada Imam Syafie. Katanya, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, jangan sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan.”
                Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”

Maksiat Menggelapkan Hati dan Wajah
                Ibnu Abbas berkata, “ Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah dan di hati. Wujud kebencian orang lain terhadap kita, tahap kesihatan badan merosot dan menghadapi kesulitan daripada aspek ekonomi.”
                “Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan hati, akan dikasihi orang lain, ekonomi meningkat dan dimurahkan rezeki.”
                Allah SWT mengingatkan, “(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksaan yang amat besar.” (Surah al-Baqarah: 7).

Maksiat Punca Kebinasaan
Mari kita belajar daripada sejarah. Maksiat menjadi punca kebinasaan umat terdahulu.
Iblis diusir dari syurga kerana maksiat.
Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir kerana maksiat.
Firaun dan tenteranya dilemaskan ke dalam lautan kerana maksiat.
Kaum Sadom diterbalikkan bumi kerana maksiat homoseksnya.
Kaum Ad dilenyapkan rebut kerana maksiat.
Kaum Bani Israel dimurkai Allah kerana maksiat.
Nabi Muhammad SAW mengingatkan, “Apabila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberi azab-Nya untuk semua.” (HR Ahmad).
Allah zalim? Tidak! Kita yang zalim.
“Dan Kami tidak menganiaya mereka, tetapi menganiaya diri sendiri.” (Surah Hud: 101).
Allah yang Maha Adil hanya menjalankan keadilan-Nya. Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Yang cintakan maksiat diberikan pembalasan dan azab.
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Moga-moga mereka kembali.” (Surah al-Rum: 41).


Lazatkah Maksiat?
Habis tu, di mana lazatnya maksiat hingga ramai orang tertambat?
Lupa tentang akhirat! Itulah penyebab. Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziah, “Anda akan mendapat murka Allah SWT sebab berbangga dengan maksiat dan sambil lewa terhadap malaikat yang menyaksikan dan mencatat kelakuan buruk anda.”
Kita semua tidak maksum. Tidak terlepas daripada melakukan maksiat atau derhaka kepada Allah. Samada besar atau kecil. Dosa-dosa kecil yang kita biasakan boleh membesar menjadi maksiat yang sangat dimurkai. Ia boleh membinasakan.
Di sekeliling, terlalu banyak potensi maksiat yang berkemungkinan telah kita lakukan. Firman Allah SWT, “Semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan mengatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah tentangnya, dan kamu pula menyangka itu hanya perkara kecil, padahal di sisi hukum Allah, ianya adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah al-Nur: 15).
Astargfirullahal azhim. Apa yang terdaya, jadikan munajat dan ‘istighfar’ itu satu ulam harian yang wajib diamalkan. Sudikah Allah menerima taubat kita? Hmm, kalau kita fikir Allah tidak sudi mengampuni, bukankah fikiran itu hanya akan membebani diri? Yakinlah, Dia Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat.


Carilah Kemuliaan dengan Taat, Bukan dengan Maksiat
Mungkin masih ada di kalangan kita yang sengaja menambat dirinya dengan maksiat kerana mahu diterima oleh kumpulannya yang sekepala. Diterima oleh ahli kumpulan bagaikan satu tujuan dan satu kemuliaan. Setakat manalah mulianya penerimaan manusia? Tak ke mana-manapun.
Jika hajatkan kemuliaan, di sisi Allah ada segala kemuliaan.
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan, (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah (Pemilik) segala kemuliaan.” (Surah Fathir: 10).


Allah Tahu Meskipun Kita Sembunyikan
Nabi mendedahkan, “Terdapat di kalangan umatku pada hari kiamat kelak, mereka mempunyai bekal kebajikan yang banyak sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah menjadikan semua pahala kebajikan itu seumpama  debu-debu yang berterbangan.”
Thauban bertanya, “Adakah seperti kami kerana kami tidak tahu?” Rasulullah SAW bersabda lagi, “Mereka ialah saudara-saudara kamu sekalian. Mereka melakukan solat malam seperti kamu semua, tetapi apabila mereka bersendirian, mereka melakukan larangan-larangan Allah.” (HR Ibnu Majah).
Tidak perlu kita lakukan maksiat di kala sembunyi atau terang. Sebabnya, kita sentiasa terkepung oleh CCTV Allah di mana-mana sahaja.

                

Kenali anakmu

$
0
0









Kenali Anakmu


Didiklah, Jangan Cepat Melabel


Fahami Fitrah Mereka Perlu Belajar
                Ada pelbagai macam keluhan ibu muda yang biasa kita dengari berkenaan telatah anaknya.
                “Kenapalah anak saya suka sepahkan rumah?”
                Bukan itu sahaja, ada pelbagai persepsi masyarakat sekeliling hingga mereka cepat melabel telatah anak orang lain. Baru sekali berjumpa, sudah pantas menghukum,
                “Anak  awak ni tak pandai berkawan. Maaf, saya tak suka anak saya nanti jadi sombong sepertinya.”
                Sikap-sikap sebegini adalah suatu sikap yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat. Tidak membantu membaikkan keadaan. Mana ada kanak-kanak yang sejak lahirnya tahu semua perkara dalam dunia ini? Mereka tidak diciptakan dalam keadaan sudah tahu segala disiplin, adab sopan dan peraturan. Kata pakar psikologi, nurture is nature. Fitrah mereka perlu belajar.
                Sebab itulah mereka dipanggil bayi dan kanak-kanak. Mereka belum mengerti sebagaimana orang dewasa mengerti. Tidak adil kita paksa mereka perlu memahami sebagaimana ‘kita’ memahami sesuatu. Cuba kalau orang lain layan kita begitu. Sakit kan? Didiklah dengan lembut sabar apa yang mereka belum ketahui. Masa itu rawatan.


Seimbangkan Fokus Kita Pada Semua Aspek
Semakin kita memahami ‘fitrah’ perkembangan kanak-kanak, semakin besar potensi yang boleh kita lakukan untuk menyokong perkembangannya. Dalam merangsang perkembangan anak-anak, kita perlukan pendekatan yang menyeluruh. Holistik. Cara yang seimbang ini menjadikan perkembangan anak-anak lebih efektif berbanding kita fokus pada satu aspek sahaja.
Banyak aspek yang boleh kita gunakan untuk mengkategorikan perkembangan anak-anak. Aspek-aspek ini saling berinteraksi antara satu sama lain. Antara aspek-aspek itu ialah:
1)      Pergerakan
2)      Koordinasi Tangan-Mata.
3)      Bahasa.
4)      Pembelajaran.
5)      Perkembangan sosial dan emosional.


Jangan Melabel, Terus Menyokong
Ingatkah anda saat bayi anda dilahirkan kemudian dibersihkan. Setelah itu bayi diletakkan di dada

ibu untuk mendapat kebaikan susu ibu. Si kecil itu bertindak refleks menghisap puting. Mulutnya terbuka luas bagai bukaan mulut ikan. Cup! Cup! Cup! Gopoh bunyinya.
Susu yang disedut automatik ditelan. Pergerakan si comel sangat-sangat terbatas. Mata jernihnya ada yang terpejam. Ada yang merenung ke mata ibu. Ada yang berkelip-kelip. Ada yang tunduk ke bawah. Unik dan pelbagai. Dia tidak dapat mengangkat kepalanya sendiri. Perlu disokong.
Pada usia purata 13 bulan, bayi boleh berjalan sendiri dan pergi ke mana sahaja. Usah risau jika anda melihat bayi orang lain sudah berjalan seawall 7 bulan. Usah stress jika bayi anda yang berusia 13 bulan masih belum berjalan. Pencapaian setiap bayi dalam pergerakan berbeza-beza. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Tugas kita, bagaimana membantu mereka? Tidak melabel dan terus menyokong.
“Anak aku ni keturunan lembap agaknya.”
Ops. Berhati-hati dengan lidah anda. Ia boleh jadi satu doa. Walau apapun pencapaiannya, terus percaya pada kebolehannya. Dalam ‘percaya’ itu ada ‘kuasa’. Selalulah tersenyum ke arah bayi sejak hari pertama dia dilahirkan. Tunjukkan rasa ‘percaya’ yang tinggi terhadap apa yang dia lakukan. Jika ianya berbahaya, jangan tunjuk panik. Bimbang nanti mereka takut mencuba. Alihkan mereka dengan tenang. Jom, mari mendidik. Kerahkan 1001 kreativiti bersama-sama. Bukan asyik merintih dan melabel.


Rujukan: 1) gambar kanak-kanak http://budakroh.blogspot.com/2011/12/40-kesilapan-ibu-bapa.html
  2) gambar tangan anak dan ibu http://www.abbeijing-emarch.com/2011/12/      

Mari kita bersatu! :)

$
0
0






Sama + Berbeza= Adil

                “Abang nak beli kereta sport mewah, baru bergaya. Fuhh!” kata seorang suami.
                “Tapi bang, anak kita lima. MPV lebih sesuai,” cadang isterinya.
                “Hei, aku lelaki! Aku lebih matang buat keputusan.” Tiba-tiba sahaja si suami naik berang.
                Hmm, inilah jadinya apabila kita terlalu melihat kepada faktor gender, bukan rasional dan hujah.
                Bagaimana syabab, tidak kira lelaki dan perempuan akan saling bekerjasama dengan harmoni?

Antara Lelaki dan Perempuan

Perdebatan tentang lelaki dan perempuan bukan satu isu baru. Tapi ia tidak pernah selesai. Lihatlah di serata dunia. Seakan-akan ia isu hangat setiap zaman, di mana jua.gender. Allah menghadiahkan Rasulullah, para sahabat dan para sahabiah sebagai generasi terbaik untuk dicontohi dalam menguruskan soal lelaki dan perempuan.
Pandang apa yang dikata, bukannya dia lelaki atau perempuan!
Dengan adanya contoh ikutan, ummat mengenal mana hak dan mana tanggung jawab. Sentiasa ada timbal balas. Bahkan mengenal mana persamaan dan mana perbezaan. Agar saling memahami, saling memuliakan, seterusnya saling melengkapi.


Terlalu Berbeza?

                Ada pihak menganggap lelaki dan perempuan terlalu berbeza. Seakan daripada planet yang berlainan.  Ini idea yang cuba disampaikan oleh Dr. John Gray dalam bukunya, Man From Mars, Women From Venus.
Kebaikan idea ini ialah lelaki dapat memahami perempuan. Perempuan juga dapat memahami lelaki. Secara umumlah. Terutamanya dari aspek perbezaan biologi merangkumi otak, genetik dan kemampuan. Ia membantu dalam aspek komunikasi dan perhubungan.
Kelemahannya, ada pihak rasa digeneralisasi secara tidak tepat.  Terutamanya dalam aspek kemampuan dan sikap. Seakan dicop label tertentu ke atas dahinya atas nama gender. Ia boleh mendorong pihak satu lagi untuk cepat menghukum dan menghina.Bahkan prejudis terhadap kemampuan lawan jenisnya.
Buku yang bagus ini banyak menekankan tentang perbezaan. Namun, ia tidak boleh diambil secara hukum mutlak. Lebih bagus jika ia diislamisasikan. Aspek persamaan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang termaktub dalam syariat lebih menarik jika kita gandingkan sekali.
Ada pihak menggunakan hujah ‘kami berbeza’ untuk tidak mahu menjadi lebih baik selari kehendak syariat.
                “Saya suka gosip sebab saya perempuan. Otak saya memang diciptakan begini.” Tidak mahu mengingatkan diri dengan larangan Allah tentang mengumpat.
                “Saya tidak suka bercakap romantik sebab saya lelaki. Otak lelaki memang begini!” Tidak mahu meluahkan ungkapan mesra kepada isterinya sebagaimana Nabi memanggil, ‘Ya Humaira’.
Pandangan Dr. Gray hanyalah teori umum. Mari menjenguk realiti. Jika diteliti lebih dekat, tidak semua perempuan suka bergosip. Tidak semua lelaki tidak romantik. (Err, abah dan suami saya kategori lelaki romantik, setia, dan bukan kaki perempuan. Alhamdulillah.) Tak mengapa. Yang baik kita ambil. Yang kurang kita lengkapkan. Yang buruk, ditapis dan dibuang.


Sama Tanpa Beza?

Ada pihak lain menganggap lelaki dan perempuan sama dalam segenap aspek. Seakan apa yang lelaki boleh buat, perempuan juga mesti buat.
Kebaikannya, satu pihak tidak terlalu merendahkan pihak yang lain.
“Eh, perempuanpun pandai baca peta?”
“Err, siapa kata orang lelaki tidak pandai masak? Master chef lagi.”
“Wow, Gabenor Bank Negara wanita pakar!”
Kelemahannya pula, ia menzalimi pihak yang terpaksa melakukan sesuatu di luar fitrahnya.
“Aduh, susah betul aku nak jadikan otot aku macam otot lelaki.”
“Tak acilah perempuan boleh pakai baju cantik. Padahal kalau aku jadi perempuan, aku jauh lebih cantik.”


Sama Tapi Berbeza

Saya tenang bersama golongan pertengahan di antara dua persepsi ini. Antara lelaki dan perempuan, ada yang sama. Ada yang berbeza. Bukan sama secara mutlak. Bukan juga berbeza secara mutlak.  Islam berhikmah menggariskan keadilan. Lelaki dan perempuan, sama sahaja tapi berbeza.
Fikrah ketiga ini saya kutip daripada buku-buku karangan ulama seperti Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, dan Abdul Halim Abu Syuqqah. Fikrah ini menghantar kepada natijah yang lebih hebat. Persamaan untuk disyukuri. Perbezaan untuk diuruskan.
Lelaki dan perempuan saling memahami, tidak merendahkan antara satu sama lain bahkan saling melengkapi untuk menjadi insan bertaqwa di sisi Allah. Hanya taqwa yang membezakan siapa lebih baik, bukannya  samada dia lelaki atau perempuan. Sedikit perbezaan dalam peranan dan sebahagian hokum adalah suatu bentuk pembahagian tugas. Ia bukan tanda kehinaan dan tidak boleh dihinakan.


Teori vs Realiti.

Kenapa wujudnya banyak gerakan feminisme seluruh dunia? Kita asyik mengkritik gerakan ini, terutamanya gerakan feminismetahap ekstrim. Namun, pernahkah kita bermuhasabah, adakah cara dan sikap kita turut menyumbang kepada kemarahan mereka?
“Wanita ni otak pendek. Emosional. Sebab tu lah Allah tak bagi kuasa talaq kepadanya. Kalau tidak, setiap hari dia akan ceraikan suaminya,” terang seorang penceramah.
Apa perasaan wanita bertaraf professor yang mendengar kenyataan begini? Dia akan rasa terhina. Hatinya mungkin memberontak,
                ‘Kalau otak kau panjang sangat, tentu otak kau lebih layak jadi professor.’
Sependek mana akal seorang wanita, jika dia rajin belajar dan berusaha, dia lebih berkelayakan memenuhi IPT berbanding lelaki. Ini sunnatullah. Siapa berusaha, dia berjaya.
                Sepanjang mana akal seorang lelaki, jika dia malas belajar dan berusaha, dia akan lebih memilih rokok, merempit dan dadah berbanding pelajaran.
                Setinggi mana emosi seorang wanita, jika dia menguruskannya mengikut petunjuk wahyu, dia lebih rasional membuat keputusan dan pilihan.
                Sestabil mana emosi seorang lelaki, jika dia tidak menguruskannya selari syariat, dia lebih ramai menghuni penjara dan pusat serenti.
Sehebat mana ijazah seorang wanita, dia mesti solat di belakang seorang lelaki sebagai makmum bukan imam. Itu hukum. Bukan kerana lelaki lebih mulia tetapi kerana pembahagian tugas.
                Sehebat mana bacaan seorang imam, jika makmum wanitanya lebih khusyuk, makmumnya itulah lebih dipandang di sisi Allah SWT. Itu keadilan Allah. Tidak berat sebelah terhadap gender berbeza. Meletakkan segala perkara sesuai dengan syariatullah dan sunnatullah.
                “Tidak ada seorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada seorang yang menghina wanita, kecuali dia orang yang rendah pekertinya.” (Riwayat Abu Daud).
                “Ya Allah, di mana lagi lelaki yang memandang kami bagaikan adik-beradik dan ibu mereka sendiri? Mendengar, meraikan dan menghargai sewajarnya. Tidak menghina dan merendah-rendahkan kami seenaknya.”
                “Ya Allah, kami berlindung daripada lelaki yang hanya memandang kami sebagai objek seks semata-mata. Mengurat, menggoda dan mempermainkan. Memancing kemudian membuangnya sesuka hati. Setelah bibir kami robek termakan umpanya. Ada juga yang kopiah dan serbannya hebat di kepala, tapi asyik menuduh kami punca segala fitnah di dunia. Seolah-olah kami diciptakan sebagai simbol seks yang menyusahkan jika kami hadir ke tengah masyarakat. Perasaan kami terdera, ya Allah. Kamu mengadu kepada-Mu di atas konkongan mereka yang tidak berlandaskan wahyu.”
                Ada Muslim yang terlalu takjub dengan idea Dr. Gray hingga mencari-cari dalil yang menerangkan bahawa lelaki dan perempuan terlalu berbeza. Mereka mengemukan dalil kata-kata ibu Maryam di dalam al-Quran. “Lelaki tidak sama dengan perempuan.”
                Jika dikaji lebih dalam tentang latar yang mendasari ayat ini, kita akan berfikiran lebih holistik.
                Isteri Imran menazarkan anak di dalam kandungannya untuk menjadi petugas di rumah ibadat. Dia menyangka anak itu lelaki. Peraturan yang ada pada ketika itu ialah wanita dilarang masuk ke rumah ibadat. Anak perempuan dipandang masyarakat sebagai memalukan dan tidak setaraf.
                Apabila isteri Imran selamat melahirkan, dia mendapati anaknya perempuan. Dia mengadu kepada Allah tentang nazarnya. “Manakan sama anak lelaki dengan anak perempuan.” Sudah tentu dia tidak mampu menyalahi peraturan yang ada ketika itu pada saat masyarakat memandang wanita sebagai makhluk second class.
                Apa yang mengagumkan, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Zakaria untuk membawa Maryam masuk ke rumah ibadat. Perdebatan sengit berlaku di kalangan para alim ulama di rumah ibadat itu. Kebanyakannya menentang keras. Diringkaskan cerita, Nabi Zakaria tetap berjaya mengangkat martabat wanita sesuai dengan perintah Tuhan-Nya. Maryam yang dipandang tidak setaraf dengan lelaki itu dibenarkan masuk ke rumah ibadah.
                Maryam membesar sebagai anak yang cerdas, alim, warak dan bijaksana. Ingatannya jauh lebih pintar berbanding pelajar-pelajar lelaki senior yang lain. Siapa kata wanita tidak cerdik?
                Bukan itu sahaja, Allah memuliakan Maryam dengan menyuruhnya masuk ke saf belakang lelaki. Allah memberi wahyu kepadanya. Jika takrif Nabi itu ialah orang yang mendapat wahyu daripada langit untuk dirinya sendiri, ternyata Maryam termasuk dalam takrif ini. Namun, sebahagian besar ulama mengkhusukan Nabi itu hanya untuk lelaki. Ada perbezaan pendapat pada sebahagian kecil ulama yang lain.
                Nah, ayat ini sebenarnya tentang persamaan antara lelaki dan perempuan di mata Allah secara umumnya. Bukannya tentang lelaki dan perempuan terlalu berbeza. Taqwa yang membezakan mereka. Perbezaan dalam beberapa hukum kerana meraikan fitrah.
Stereotypes.
                Ada pelbagai variasi dari satu budaya ke satu budaya. Ada pelbagai karakter dari seorang individu dengan individu yang lain. Namun, gender  streorotype tetap wujud, iaitu sikap yang kita percaya dimiliki oleh lelaki atau perempuan, hampir sama pada setiap budaya.
                William dan Best (1982, 1990) pernah membuat kajian komprehensif berkenaan hal ini. Kajiannya melibatkan 30 negara seluruh dunia. Dalam semua kajian, lelaki jika dibandingkan dengan perempuan, dianggap lebih agresif, mendominasi, berorientasikan pencapaian,
“Perempuan tidak boleh jadi ketua pengawas. Sebab perempuan emosional. Perempuan sesuai duduk saja jadi pengikut. Biar lelaki buat semuanya.”
Jika merujuk perbincangan dalil dan mengkaji sirah, kenyataan sebegini mempunyai unsur-unsur berat sebelah. Puncanya, memandang lelaki dan perempuan terlalu berbeza. Islam hanya meletakkan kepimpinan kepala Negara dan rumahtangga sahaja sebagai tugas wajib lelaki. Di luar daripada ini, siapa lebih berkelayakan, dialah lebih berhak memimpin, tidak kira lelaki atau perempuan.
“Saya nak perempuan ramai sebab saya lelaki. Fitrah!”
“Saya suka minta cerai sebab saya perempuan. Ini memang tabiat semula jadi!”
Isu sebegini bagi saya tidak selamat dikaitkan dengan fitrah lelaki dan perempuan. Hujah-hujah sebegini hanya akan mencabar keegoan pihak satu lagi.
Realitinya, tidak semua lelaki fitrahnya suka hidup berpoligami. Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa fitrah cinta mengharapkan penunggalan cinta oleh kekasihnya. Beliau merujuk surah al-Ahzab ayat 4.
Tidak semua perempuan fitrahnya terlalu emosi, tidak rasional dan suka minta cerai. Sejarah membuktikan 4 wanita teragung di syurga (Fatimah, Khadijah, Maryam dan Asiah) selalu bijaksana dalam tindakan mereka.
Isu sensitif seperti poligami dan perceraian lebih selamat dipandang dari kaca mata dalil, perbincangan dalil oleh para ulama muktabar, hukum-hakam yang melingkarinya, serta perbezaan antara kemahuan dan keperluan.
Fitrah jadi lurus dengan fikrah. Fikrah perlukan akal dan wahyu untuk memandu.Tanpa merujuk dalil dengan perbincangan fiqah dan usul fiqah, ia boleh mewujudkan diskriminasi. Diskriminasi merujuk kepada sikap tidak adil secara spesifik yang dipamerkan kepada sebahagian orang dalam satu kumpulan.
 
Generalization.
Terima seadanya.
Tidak mahu berubah.
Perempuan perlu duduk saja. Biar lelaki buat semuanya.


Langkah Demi Langkah Agar Tidak Bercakaran

                
Ada yang asyik berbincang soal perbezaan hingga melupakan persamaan. Ada yang asyik memperjuangkan persamaan mutlak sedangkan wujudnya perbezaan. Pendekatan para ulama  ini bagi saya lebih holistik.
1.       Mensyukuri banyaknya persamaan. Agar tidak saling merendahkan.
2.       Memahami wujudnya perbezaan. Agar saling memahami peranan berbeza.
3.       Saling melengkapi. Kedua-duanya sama penting. Kedua-duanya saling memerlukan. Kedua-duanya bertolong bantu untuk menjadi lebih baik di sisi Allah. 

Perbincangan tentang lelaki dan perempuan akan lebih membina apabila ia membuatkan setiap gender rasa unik dan istimewa.  Bukan satu pihak sahaja rasa direndahkan dan dihina.                   


Rujukan: Gambar yes you can                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Arus kemodenan

$
0
0












Wanita dan Gajet

Hadiah Istimewa
                Krekkk…
Terdengar bunyi roda-roda pagar bergeseran. Diikuti bunyi tayar menggilis bumi. Masuk ke perkarangan rumah. Saya cepat-cepat menyembur diri dengan perfumeekor kijang. Tersenyum di muka pintu.
                “Selamat hari lahir, sayang!” Ucap suami sambil menghulurkan sebungkus hadiah.  Wajahnya cerah. Saya terharu dengan kebaikan suami. Tak kira pada hari istimewa atau hari-hari biasa, ada-ada sahaja hadiahnya untuk keluarga. Ya Allah, ganjari ketulusan cintanya.
                “Gajet?! Alhamdulillah. Tq, cik abang sayang.”
                Saya pernah terfikir untuk membeli telefon bimbit pintar dan komputer tablet. Kata pakar-pakar gajet, belilah gajet berdasarkan aplikasi apa yang paling kita perlukan. Pilihan individu berbeza-beza dalam soal ini. Kebanyakan gajet yang saya jumpa menggunakan sistem sentuh skrin. Ia kurang praktikal untuk menaip karya. Jari-jemari saya mudah lenguh. Maka, saya tidak jadi membelinya.
Tidak terduga saya menerima sebuah tab yang memiliki sistem kombinasi antara sentuh skrin dan keyboard hari ini. Kecil. Comel. Praktikal. Senang dibawa.Senyuman saya melebar ke telinga. Roh yang serasi menyebabkan suami selalu memahami apa yang saya perlukan.
                “Moga sayang dapat berkarya lebih prolifik untuk ummat,” kata suami.
                Terima-kasih buatmu imam. Dia tidak sekadar memberi hadiah. Bahkan mendidik cara menggunakan hadiah itu. Akhlaknya membuatkan si penerima tidak terleka dengan hadiah. Bahkan semakin sayang kepada si pemberi hadiah. Inilah akhlak yang akan saya terapkan buat anak-anak saya nanti.

Katakan ‘Ya’ Pada Kemodenan
                Gajet oh gajet. Ada pelbagai gajet yang canggih-canggih hari ini. Antara gajet yang popular di Malaysia dewasa ini ialah Samsung Galaxy S2, Samsung Galaxy Tab, Blackberry Playbook, Ipad 2, Iphone 4, Nokia N9, Sony Vaio, PSP 2, Ipod Nano dan Nokia E66.
Gajet-gajet ini tidak salah. Kita yang suka menggunakannya secara salah. Jika ia dimanfaatkan untuk Islam, ia akan menjadi suatu alat menenun pahala. Pilihan di tangan masing-masing. Kita akan bertanggung jawab dengan pilihan itu.
                Gajet perkara harus. Seperti harusnya wanita membeli seluar legging, kebaya ketat, dan baju seksi. Jika dipakai untuk suami, tiada salahnya. Tapi jika dipakai di depan lelaki bukan mahram, hukum harus bertukar menjadi haram.
                Kata al-Qaradhawi, Ketua Ikatan Ulama Sedunia, “Katakan ya kepada ‘kemodenan’. Katakan ‘tidak’ kepada pembaratan.” Gajet meskipun kebanyakannya daripada Barat, ia sebahagian daripada kemodenan. Dekat dengan roh ‘kemudahan’ bagi ummat. Firman Allah SWT, “Allah mahukan kemudahan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.” (Al-Baqarah: 185).

Ada Baik dan Buruk
Dengan adanya pelbagai gajet yang canggih, kita mudah keluar ke dunia tanpa sempadan. Berkomunikasi. Mencari maklumat. Menurut seorang professor, kehadiran teknologi terkini jika dimanfaatkan, ia boleh merealisasikan roh keadilan dalam Islam. Bukan orang besar-besar saja boleh bersuara. Bahkan individu juga berhak menyurakan pendapatnya dengan lebih luas. Suara golongan bawahan senang didengari dan diambil kira.
                Namun, jika penggunaan gajet itu disalahguna, hukum asalnya harus akan bertukar menjadi hukum yang lain. Contoh penyalahgunaan gajet ialah mencemarinya dengan nilai-nilai negatif kebaratan.  Mengambil kesempatan untuk bergaul bebas. Berkhalwat di alam maya. Menikmati lagu-lagu pembangkit syahwat. Menonton filem-filem porno. Bertukar-tukar benda lucah. Mengutuk. Menghina. Mengumpat. Memfitnah dan sebagainya.
                Kita perlu ‘tahu’ menilai mana manfaat dan mana mudarat. Mana pahala, mana maksiat. Tambahkan ilmu. Barulah kita ‘mahu’ memilih mana yang boleh menyelamatkan kita daripada seksa neraka. Bahkan menambahkan saham ke syurga.


Rujukan: gambar gajet

Ya Syabab!

$
0
0




Bersama Allah, Kau Tak Akan Lemah

Menjalin Ukhuwwah, Menghulur Dakwah

                Saya selalu mendengar tohmahan terhadap A.
“ Jika benar tohmahan itu, A perlu didik. Inilah dakwah,” fikir saya.
Saya yakin, Islam itu mendekati. Bukan hanya tahu mencaci. Islam itu ramah. Bukan asyik marah-marah.
Saya mahu memandang semua orang sebagai galian dakwah yang istimewa. Siapapun dia, saya tidak mahu fokus kepada maksiat dalam hidupnya tapi fokus kepada potensi dirinya untuk masuk syurga. Sayapun terlalu bercita-cita untuk masuk syurga bersama seramai mungkin manusia.
Pucuk dicita ulam mendatang. A tiba-tiba menghantar mesej di facebook untuk berkenalan dengan saya. Kami lalu berjumpa dua kali. Saya menghadiahkan buku-buku agama kepada A. Dia ternyata sangat menghargainya dan mengabadikan kenangan itu di facebook. Jiwa A sangat lunak.


Tatkala Diri Difitnah

“Dia berjumpa dengan A. Ini mesti geng-geng A juga,” tusuk syaitan ke hati seorang lelaki. Berprasangka terhadap saya sekepala dengan A. Kebetulan lelaki itu sangat anti dengan A.
                Percaya kepada persepsi sendiri, bangunlah lelaki itu mengadu domba di sana-sini. Lantaran masyarakat cepat percaya kepada khabar angin, saya cepat menerima tempiasnya. Fitnah berpeleseran di mana-mana. Saya lalu diumpat keji. Dibuang dan dihindari. Stesen radio serta-merta menggelapkan nama saya daripada senarai tetamunya. Bahkan nama saya disiasat hingga ke JAKIM.
                Sumber-sumber yang dipercayai memberitahu saya tentang ‘kerja’ lelaki itu. Saya pun ada mendengar banyak berita tentang keaibannya. Manusia mana tiada aib? Jika lelaki itu telah membuka 10 aib saya, saya ‘mampu’ membuka 100 aibnya. Tapi saya tidak memilih untuk membongkar aibnya. Jika tidak, apa bezanya saya dengan dia di sisi Allah?


                Pujukan al-Kahfi

                Pagi Jumaat yang indah. Saya bersimpuh di atas sejadah. Membaca sebuah warkah, tinggalan Nabi yang barakah.
                Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada (fitnah) dajjal.” (Riwayat Muslim, dinilai sahih).
Ada kisah-kisah indah dalam Surah al-Kahfi. Hati terubat bila merenungi. Ada kisah Ashabul Kahfi. Berkorban segalanya demi akidah. Berlindung di gua tatkala diburu musuh Allah. Tertidur selama 309 tahun. Menjadi bukti kebesaran Allah hingga ke hari ini. Dialah pembela kebenaran. Yang batil dilenyapkan. Yang benar tak hilang dimamah zaman.
Ada kisah Nabi Musa a.s. dengan Nabi Khidir. Perlu tawadhuk dalam menuntut ilmu. Rendahkan diri kepada yang lebih tahu.
Ada kisah Zulkarnain. Raja yang bertakwa dan adil. Allah SWT memberikannya kuasa memerintah dengan makmur. Timur dan Barat dikuasai. Beliau diminta membina dinding penghalang dengan makluk jahat ya’juj dan ma’juj.
Ada perumpamaan yang pelbagai. Kisah si kaya yang berbangga dengan hartanya.  Kisah si miskin yang perkasa dengan akidahnya dalam kisah dua pemilik kebun. Ada pesanan tentang kehidupan dunia yang sementara dan akan binasa. Ada kisah tentang keengganan iblis untuk seujud kepada Adam a.s. Mengingatkan kita tentang bahaya penyakit takabbur dan terpedaya.
Ya Allah, aku tidak sanggup lagi membiarkan Jumaatku berlalu tanpa al-Kahfi. Bantu diriku untuk terus kuat.
                Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Kahfi  pada hari Jumaat, pasti nur akan meneranginya antara dua Jumaat.” (Riwayat dikemukakan oleh al-Sayuti, dinilai Sahih).
Indahnya!


Pentas Konvensyen Fiqh Wanita

                Khabarnya, ada pihak-pihak tertentu cuba menghalang saya daripada ke pentas konvensyen Fiqh Wanita. Mereka mendakwa saya bakal membawa agenda A di sana. Saya tidak mahu mudah terhalang. Saya menyiapkan kertas kerja saya. Berpegang atas manhaj ilmu. Di situ, saya memuatkan kata-kata alim ulama sedunia. Tiada sepatahpun kata-kata A yang saya lampirkan. Prinsip saya, jika kita benar-benar ikhlas berjuang, kita tidak akan mundur di keji dan tidak semakin mara di puji.
                Saya tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi. Tapi saya mampu menguasai respon saya dalam menghadapinya. Saya senyum sahaja. Saya sangat yakin terhadap kebenaran yang dibawa. Saya sangat percaya Allah akan cepat membela. Saya bertuah doa saya kini dalam kategori insan teraniaya. Hikmahnya, saya makin akrab bergantung harap dengan Allah!
                Kebenaran cepat terserlah apabila saya memilih bersabar dan bersikap positif. Saya tidak perlu penatkan diri mempertikaikan orang lain. Sebaliknya, saya fokus membina diri dengan ilmu dan hujah. Ternyata Allah itu Maha Menjaga. Maha Membela. Apabila saya berpeluang menjelaskan segalanya di pentas Konvensyen Fiqh, ramai insan teruja dengan sebuah fikrah. Mereka celik menilai mana benar, mana salah. Semuanya atas bantuan Allah SWT.
                “Saya tidak pernah mendengar hujah yang sebegini adil dalam isu ini. Saya ingin sebarkan ke seluruh dunia. Boleh bagi saya ‘slide’ konvensyen? ” Ini salah satu daripada ratusan respon positif yang saya terima. Alhamdulillah.


Akrabkan Diri dengan Allah!

                Dunia ini penuh prasangka. Banyak caci nista. Bangkitlah syabab agama. Kuatkan hubungan dengan Yang Esa. Hanya Dia mampu membela.
                Y a syabab,
Jika kau turun ke medan dakwah, tanpa hati membawa Allah, kau akan mudah lemah. Kau akan tersungkur dengan tohmah. Kau akan rebah dengan fitnah. Hari ini juga, binalah hubungan dengan-Nya. Dekati surat cinta-Nya. Damailah dalam pelukan sujud di hadapan-Nya. Yakinlah, Dia Maha Pembela!


        Syabab al-Kahfi

        Fitnah dan tohmah,
       Rencah berdakwah,
       Sakit dan susah,
        Tetap istiqamah!


       Tatkala senyumanmu sukar,
        Beleklah pujukan al-Kahfi,
    Di sana ada penawar,
    Tenaga dari Ilahi.

       Huruf demi huruf Al-Kahfi,

  Sesejuk air di kali,
  Amalan Nabi,
 Di Penghulu Hari.

         Awas para pengfitnah,
      Allahku tak pernah lengah,
       Pada kuasa-Nya kuberserah,
       Mengadili sejulur lidah.

Nukilan rasa,
Fatimah Syarha Mohd Noordin.











Rujukan : Gambar , gambar 2

KoLeksi Ceramah AgaMa: Ceramah Ustazah Fatimah Syarha

Sebuah penantian

$
0
0




    Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan 
siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. 
Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'.
'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, 
mengadakan perbincangan dan ada  juga yang kelihatan kelam-kabut 
menyiapkan 'assignment'.

     Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang
dirancang,saya akan mencari tempat kegemaran saya.Di ruang tempat duduk
individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding.  
Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan
dengan tempat itu. 

Jika saya memilih tempat lain,
sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan
dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, 
mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya 
dan sebagainya.

Agak membazir masa.

   Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. 
Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku 
di atas meja, pandangan matasaya sedia tertumpu pada tulisan yang 
tertulis di atas meja tersebut. 
Dengan pensil.
Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia
 rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…
Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain
Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar
Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. 
Oh…no! 

   DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa.
Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi.
Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja
kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi
yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, 
ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas,
dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. 
Apapun, respon yang diberi mungkin 
sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.

Cinta itu buta…
Redha je la…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

   Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda 
remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan
seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. 
Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa,
bangsa dan agama hampir binasa. 
Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…

   Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang 
mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. 
Matanya merah, berair dan bengkak. 
Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata.
Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we.
Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing.
Hanya tangisan menjadi peneman. 

   Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. 
Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi 
perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya
termasuklah menjadikan beg tangannya
sebagai tempat membuang sampah, 
dia masih lagi mampu bersabar.
Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja.
Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban. 

   Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa 
untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa 
terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk
dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil
kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. 
Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
Remuk hatinya.

   Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya.  
Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari.
Terbit di hatinya keinginan yang sama.
Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah,
suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. 
Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan
remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

   Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu.  
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah 
untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda 
mendapat seruan, yakinlah.

                Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah
 ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai
 cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. 
Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

               Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah
dan teruskan berusaha.Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki
dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu
yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. 
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun
pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah 
menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. 
Teruskan berusaha! 
Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila
 seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
              kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu.  
Dengarlah pesanku, 
cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. 
Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu 
untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). 
Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. 
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian 
peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. 
Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, 
si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu 
yang dimurkai Ilahi.
Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. 
Lupakan segala kegundahan.
 Ubatilah resah di hati. 
Dekatkan diri pada cinta Ilahi,
nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. 
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.


Rujukan : Gambar

Duhai mata yang sedang menangis

$
0
0



 
Duhai mata yang sedang menangis,
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir di pipimu adalah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di mata dan di tubuhmu kemudiaan disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini matamu masih mampu menangis.

            Aduh!

            Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah meanggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,
            “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Al-Isra’: 109)
            “Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Maryam: 58)

            Duhai mata yang sedang menangis,
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuhmu. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otakmu pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

            Duhai mata yang sedang menangis,
            Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.  Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Duhai mata yang sedang menangis,
Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.  Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki. Ianya antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis,
            Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.  Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk  melonjakan amal dan perubahan untuk hari esok. Tangisan kerana Allah s.w.t. ketika gembira atau derita adalah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.  Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
            “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (HR Ahmad dan an-Nasa’i).

 

RESUME FATIMAH SYARHA

$
0
0



PROFIL DIRI

  • Nama               : Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
  • NRIC              : 841017-11-5004
  • Tarikh Lahir    : 17th Oct 1984
  • Umur               : 29 years (2013)
  • Warganegara   : Malaysian
  • Bangsa            : Malay
  • Status              : Berkahwin
  • Alamat            : Gombak, Selangor.
  • Mobile             : 013-2671003/ 0196758063
  • E-mail              : fs_loveislam@yahoo.com

PRINSIP HIDUP

Lailahaillah. Muhammadurrasulullah. 
Langkah jihad ini tak maju dek puji, tak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi.

JAWATAN SEKARANG

    • Pengarah Urusan, di Syarikat Sebarkan Bahagia Resources.
    • Penulis buku.
    • Perunding motivasi.
    • Tetamu Radio, Segmen Remaja, Setiap Selasa, 10.15 malam. IKIM.fm.
    • Selebriti TV. (Murobbi Rancangan Realiti TV Adik-adikku dll).
    • Duta tudung labuh di Syarikat Shamensi Holding Sdn. Bhd.
    • Aktif sebagai ahli panel forum, ceramah, seminar, bengkel penulisan, konvensyen dan sebagainya di Institusi-institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara, syarikat-syarikat korporat, masjid-masjid, komuniti, sekolah-sekolah rendah dan menengah.
    • Pelajar Ph.D.

ANUGERAH
1.      Novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja, sempena Jubli Emas DBP 2006. (Tempat ketiga peringkat Nasional)
2.      50 Top Malaysian Best Titles for International Rights. (Kisah Haiwan Makkah).
3.      50 Top Malaysian Best Titles for International Rights. (Kisah Haiwan Madinah).

PENULISAN



TAJUK BUKU
TAHUN PENERBITAN
1
Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
2005
2
Ko-editor Anakku Soleh Anakku Hebat
2005
3
Tautan Hati
2006
4
Duhai Teman Sejatiku
2007
5
Ko-Penulis Mak Abah Redailah Anakmu
2007
6
Palestin Tak Pernah Gentar
2008
7
Seindah Mawar Berduri
2009
8
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
2009
9
Palestin, Kami Datang
2010
10
Kisah Haiwan Makkah
2010
11
Kisah Haiwan Madinah
2010
12
Syabab Musafir Kasih
2011
13
Sebarkan Cinta-Mu
2011
14
Cinta High Class
2012
15
Risalah Hati Raja Sehari
2013
16
Kolumnis Majalah Solusi
Setiap bulan
17
Kolumnis Majalah Mukminah
Setiap bulan
18
Kolumnis Majalah Anis
Setiap bulan
19
Kolumnis Majalah Usrati
Setiap bulan


EDUCATIONAL BACKGROUND

LEVEL OF EDUCATION
SCHOOL/ INSTITUTION
DATE
GRED/AWARD
Master of Islamic Revealed Knowledge and Heritage, specialized in Fiqh and Usul al-Fiqh

International Islamic University Malaysia (IIUM)


2011



3. 897


Certificate of Daurah Arabic Language

SyeikhAhmadKiftaroUniversity, Damascus, Syria.


Mac-July 2007



Best Student



Bachelor Degree of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Major :Fiqh
Minor :Psychology
International Islamic University Malaysia (IIUM)
2003-2006
CGPA 3.569
Dean’s List Student Almost Every Semester
Matriculation Certificate
Matriculation Centre of IIUM
2002-2003
CGPA 3.739
Dean’s List Student For Every Semester

CO CURRICULUR ACTIVITIES

MAIN CAMPUS
  1. Director, Expert Editors of IIUM Team, in collaboration with Telaga Biru Sdn. Bhd, 2004-2006.
  2. Peer Tutor, Peer Tutoring Program under Student Learning Enhancement Unit, session 2005/2006.
  3. Secretary, Seminar on the Thoughts of Ibnu Taimiyyah, organized by Students’ Representative Council and An-Nidaa, 24 April 2004.
  4. Chairperson, Publication and Communication Secretariat, Journalism Club, session 2004/2005.
  5. Part Time Facilitator (Naqibah), Study Circle Package under the Co-curricular Activity Centre, session 2005/2006.
  6. Participant, Motivational Talkfest, organized by Arabic Language and Literature Association, in collaboration with Student’s Representative Council, 5 March 2005.
  7. Facilitator, ProgramMotivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR,organized by Sekolah Kebangsaan Kampong Soeharto, 5-7hb Mei 2006.

MATRICULATION CENTRE
1.      Director, Musyrifah Training Course, organized by Student Affairs Department, 2003/2004.
2.      Assistant Director 1 of the Islamic Leadership Training Program, organized by Leadership and Training Unit, Student Affairs Department, 2002/2003.
3.      Assistant Director, Malam Rintihan Mujahidin di Bumi Syuhada’,organized by Colleague Representative Council, Aisyah and Fatimah Az-Zahra Colleagues, 2003/2004.
4.      Head Committee Module and Training, Leadership Camp, organized by Colleague Representative Council, Khadijah Colleague, 2003/2004.
5.      Head Committee Special Task, Extinguishing fire, organized by Colleague Representative Council, Aisyah and Fatimah Az-Zahra Colleagues, 2003/2004.
6.      Head Committee Preparation and Technical, Chit-Chat SMS Forum, organized by Colleague Representative Council, Aisyah and Fatimah Az-Zahra Colleagues, 2003/2004.
7.      Assistant Head Tarbiyyah, Colleague Representative Council Exco Line up 2003/2004.
8.      Treasure, Haflatul Mahabbah Aidilfitri, organized by Colleague Representative Council, Aisyah and Fatimah Az-Zahra Colleagues, 2003/2004.
9.      Program Coordinator, Ibadah Camp, organized by Quranic Language Club, 2003/2004.
10.  Program Coordinator, Muslimah Week Campaign, organized by combination of all female Colleague Representative Councils, 2003/2004.
11.  Facilitator, Solat Awareness Camp, organized by Colleague Representative Council, Khadijah Colleague, 2003/2004.
12.  Observer Matric Mega Carnival, Matriculation Student Coordination Council (MSCC), 2003/2004.
13.  Committee, Discipline Bureau, Matriculation Student Coordination Council (MSCC), 2003/2004.
14.  Committee, Islamic Caring Unit, Matriculation Student Coordination Council (MSCC), 2003/2004.
15.  Committee, Al-Quran Awareness Camp, organized by Quranic Language Club, 2003/2004.

WORK EXPERIENCE

1.Position                    : Director of Expert Editors of IIUM Team as well as Writer, in collaboration with Telaga Biru Sdn. Bhd, 2004-now.
Job Description         : Directing and facilitating the progress of writing motivation books project as well as writing book for nation-wide marketing.

2.Position                    : Part time facilitator of Pro-Cast Consultancy Sdn. Bhd, 2004- now.
Job Description         : Facilitate school students

3.Position                    : Peer Tutor, Peer Tutoring Programunder Student Learning Enhancement Unit, session 2005/2006.
Job Description         : Facilitating students in their learning enhancement.

4.Position                    : Part Time Facilitator (Naqibah), Study Circle Packageunder the Co-curricular Activity Centre, session 2005/2006.
Job Description         : Facilitating students in their study circle.

5.Position                    : Teacher of Sekolah Rendah Ibnu Katsir, Gombak, Kuala Lumpur, February 2007.
Job Description         : Teaching primary school students, from standard one to six.


5. Position                   : Executive Communication Corporate, DarulnaimTechnologyCollege, Kelantan, April-Mei 2008.
Job Description         : Conducting corporate calling and doing officer’s job.

6. Position                  : Tutor, University of Malaya.
Job Description         : Giving lecture for matric and degree students.



SUMMARY OF STRENGHT

  1. Well experience in teaching area.
  2. Intrinsically motivated person.
  3. Ambitious person and have effort to obtain the ambition.
  4. Dare to take risk; Able to take more than 21 credit hours per semester, graduated after three years only with excellence grade, founder of the Expert Editor of IIUM Team at IIUM.
  5. Team work; enjoy work in groups in study and society.
  6. Have leader’s characteristics; Able to solve problem, excellent, assertive, friendly and independent. Always praise subordinates’ work if they deserved to be praised, ask about their families, do not look over their shoulder, giving directives, setting goals, and making decisions wisely.
  7. Very alert about Muslim’s akhlaq and full with adab.
  8. Spirited, always smile, good looking, cheerful and professional.

SKILLS

  1. Facilitating skill.
  2. Communication skill;

Language
Spoken
Writing
Malay
Excellent
Excellent
Arabic
Excellent
Excellent
English
Very good
Very good


  1. Study skill; expert in note making (mind mapping), many students borrow my notes every semester.
  2. Leadership skill.
  3. Time management skill.
  4. Cooking Skill.
  5. Computer Skill; Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel and access internet.
  6. Writing skill; write motivation book  and Islamic novel.
  7. Driving skill.



REFEREES

Assc. Prof. Dr. Mek Wook Mahmud (Lecturer),
X-Head Department of Feqh and Usul Feqh,
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences,
International Islamic University Malaysia.
Tel.: 03-61965517

Dr. Muhammad Fuad Sawari (Lecturer),
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences,
International Islamic University Malaysia.
Tel.: 019-2251267

Mengenai Syarikat Sebarkan Bahagia Resources

$
0
0

SEBARKAN BAHAGIA RESOURCES  telah ditubuhkan pada tahun 2013. Diasaskan oleh Dr. Farhan Hadi Mohd Taib dan isteri tercinta, Fatimah Syarha Mohd Noordin yang kedua-duanya mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan.

Penubuhannya adalah bertujuan untuk menyebarkan bahagia kepada masyarakat dengan menyediakan keperluan bagi akal, jasad dan ruh mereka. Demi merealisasikan hasrat itu, syarikat ini menyediakan produk dan perkhidmatan sebagaimana berikut:

  • Menerbit dan mengedar buku-buku membina yang sesuai bagi seisi keluarga sebagai santapan akal.
  • Mengedar makanan kesihatan terpilih dan pakaian patuh syariah bagi melengkapi keperluan jasad.
  • Menjadi perunding motivasi dan penceramah agama bagi memenuhi kedahagaan rohani.

Produk Sebarkan Bahagia Resources diedarkan oleh beberapa pengedar di dalam dan luar negara. Kami sangat mengalu-alukan usahawan-usahawan tempatan yang sedia ada atau yang baru untuk menjadi stockist dan peruncit produk-produk kami. Jika berminat dengan peluang perniagaan ini, sila hubungi kami untuk menjadi rakan niaga dan jualan. Talian kami: 0132808063.

Misi
Membahagiakan manusia.

Objektif
  • Menyediakan dan mengedarkan produk–produk yang memberikan kebahagiaan holistik kepada masyarakat.
  • Membawa hati setiap individu dalam masyarakat bertaut erat dengan Pencipta melalui produk yang dihasilkan.

Kenapa Produk Sebarkan Bahagia lain daripada yang lain?

Ciri-Ciri Buku Terbitan Sebarkan Bahagia:
  • Berusaha keras memastikan fakta yang diberi adalah tepat.
  • Menggunakan Sistem Dewan Eja.
  • Diperiksa oleh konsultan syariah.
  • Menekankan pendidikan.
  • Berwarna penuh atau warna spot.
  • Isi ringkas tapi lengkap.
  • Reka bentuk universal dan kontemporari.
  • Foto, ilustrasi dan grafik.
  • Jadual, carta dan peta minda.
  • Flashers dan captions.
  • Kotak info.

Jenis Bahan
  • Agama / Fardu Ain. 
  • Motivasi & Psikologi. 
  • Keibubapaan. 
  • Novel Islam. 
  • Minat Umum. 
  • Pendidikan. 
  • Buku Hadiah.

Pengguna Produk Sebarkan Bahagia

Semua lapisan masyarakat:
  • Ibu bapa
  • Murid / pelajar / anak-anak.
  • Ahli Akademik
  • Profesional
  • Guru
  • Remaja.
  • Orang awam.

Nilai Tambah dalam Buku Kami: 
  • Reka bentuk kulit universal. 
  • Reka bentuk isi mesra pembaca. 
  • Prelim lengkap dan bermaklumat. 
  • End Book. 
  • Glosari. 
  • Bibliografi. 
  • Indeks. 
  • Foto.

Pasaran

Pasaran kami sedang bergerak luas untuk menemui pembaca. Boleh temui produk kami di:
  • Ekspo-ekspo buku Islam
  • Pesta buku
  • Syarikat kami.
  • Pasaran terbuka (open market).
  • Kedai buku dan alat ibadah.
  • IPT dan sekolah.
  • Laman web.
  • Facebook


Produk Sokongan 
  • Makanan Kesihatan yang Halal dan diiktiraf bermutu tinggi  di peringkat dunia.
  • Tudung labuh yang kemas, praktikal dan tidak melekap.
  •  Jubah Muslimah.


Perkembangan


Sehingga kini, produk-produk kami mendapat sambutan memberangsangkan dari dalam dan luar negara. Begitu juga buku-buku terjemahan daripada para ulama muktabar khususnya karya Ketua Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, serta buku-buku bermutu daripada Indonesia yang kami edarkan. Kami hajatkan doa dan sokongan anda moga usaha kami ini dapat menyebarkan senyuman bahagia ke sekalian alam. Bersama redha Allah seiringan.

Sebatang Pokok Buat Generasiku

$
0
0


Untuk Apa Pokok Ini?

Lelaki itu kedutnya seribu. Ototnya lemah didera zaman. Terketar-ketar tangannya menanam sepohon pokok buah-buahan.

“Pak cik, pak cik buat apa ni?” tegur seorang lelaki.

Antara dengar atau tidak, lelaki tua itu meneruskan kerjanya. Lelaki muda meneliti pokok yang ditanam oleh lelaki tua.

“Pokok macam ni perlukan masa berpuluh-puluh tahun baru berbuah. Umur pak cik bukannya boleh bertahan lama lagi,” sindir lelaki muda.

Cuk! Cuk!

Cangkul lelaki tua mengambus akar pokok. Lalu ditekan-tekan dengan kaki agar menjadi padat.

“Pak cik, pak cik kan dah tua bangka. Buat apa tanam pokok ni? Kubur kata mari, rumah kata pergi. Sia-sia saja kerja pak cik ni,” lelaki muda gagal membaca hikmahnya lalu pantas menghukum.


Agar Pahala Tidak Putus

Lebih kurang beginilah situasi yang pernah dialami oleh seorang sahabat Nabi bernama Abu Darda’. Di penghujung usia, beliau tidak lupa meninggalkan pusaka terbaik untuk anak cucunya. Bersusah payah menanam pokok buat mereka.

Apabila ditanya beliau menjawab,

“Apa salahnya kalau saya memperoleh pahala kerananya dan orang lain mendapat kebaikan buahnya?”

Begitu juga yang dilakukan oleh sahabat yang lain. Tekun menanam pokok zaitun pada usia senja. Memikirkan kemaslahatan generasi seterusnya.

Apabila ditanya, beliau menjawab, “Orang yang lebih dahulu dari kita telah menanam untuk kita. Kita telah memakan buahnya. Sekarang kita menanam, supaya orang yang kemudian  kita dapat memakannya.”
Jasanya terus hidup sesudah jasadnya mati. Amalnya meninggalkan manfaaat  dari zaman ke zaman. Ilmunya dinikmati generasi demi generasi. Sedekahnya dimakan oleh ramai orang. Pahalanya berkekalan. Tidak putus-putus.

Inilah kelebihan orang yang menghargai masanya. Tidak kira masa muda atau tua. Yang mereka fikirkan setiap hari ialah bagaimana ingin memberi manfaat kepada orang lain.


Antara Dua Pilihan

Seorang wanita dirogol. Dia berhadapan dengan dua pilihan. Pilihan yang bakal menggelapkan atau mencerahkan masa depannya.

Pilihan pertama, terus mengikat diri dengan kisah hitam itu. Menghina diri yang tidak bersalah. Biarkan diri diterajang berkali-kali oleh trauma seumur hidup.

Pilihan kedua, buat laporan polis. Bangkit dan terus majukan diri. Usah ceritakan kisah ini kepada sesiapa. Beri peluang kepada diri sendiri untuk bahagia.

Seorang lelaki dibuang kerja. Dia berhadapan dengan dua pilihan. Pilihan yang bakal menggelapkan atau mencerahkan masa depannya.

Pilihan pertama, menghukum diri sebagai lelaki tidak berguna. Merempit dan menghisap berkotak-kotak rokok sehari untuk mencari ketenangan sesaat.

Pilihan kedua, positif dengan cabaran hidup. Jangan tunggu esok. Hari ini juga mula mencari kerja baru yang lebih sesuai.

Sama ada mereka memilih A atau B, masa tetap berlalu meninggalkan mereka. Menghantar mereka kepada Pencipta. Memindahkan mereka ke alam abadi. Suatu alam yang sangat memerlukan bekal untuk satu perjalanan jauh.

Jika pilihan buruk yang kita pilih, kita akan merasai pembalasan. Sejak di dunia, apatah lagi di sana. Saat itu, barulah setiap manusia akan tahu. Biar segetir mana ujian, masa tetap berjalan. Kita tetap perlu ada saham daripada perkara yang bermanfaat dalam hidup ini. Jika tiada, bagaimana kita mempunyai survival untuk perjalanan abadi?


Boleh Bersedih, Jangan Bersedih-sedih

Anda bersedih? Tak mengapa, menangislah. Itu lumrah. Normal. Air mata boleh mengubat duka. Air mata boleh menjadi terapi jiwa. Menangislah di ribaan Pencipta.

Tapi, usah bersedih-sedih. Berapa banyak lagi air mata anda yang perlu dialirkan? Berapa banyak lagi masa perlu dibazirkan? Peristiwa yang menyedihkan itu telah berlaku. Hidup anda mesti diteruskan. Masa tak pernah kasihan. Masa tak pernah berhenti. Masa akan terus pergi. Anda perlu cepat bangun!

Fajar terus menyingsing. Fajar baru terus berkerinsing. Malam dan siang bertukar ganti. Harmoni berkerja tanpa henti. Masa yang ada adalah satu amanah. Satu nikmat. Satu ujian untuk dimanfaatkan atau diabaikan.

Tanamlah ‘pokok’ kebaikan buat umat hari ini sebelum tibanya suatu alam yang tiada lagi masa dan ruang. Jangan biarkan kesedihan terus menghalang kita daripada berproduktiviti. Tanam pokok pahala hari ini.
Umar bin Abdul Aziz berkata, “Malam dan siang, kedua-duanya berkerja untuk kamu. Maka berkerjalah kamu dalam masa kedua-duanya.”

Prof. Syeikh al-Qaradhawi berpujangga dalam bukunya Iman dan Kehidupan, fajar dan mentari itu seakan berkata, “Hai manusia. Aku makhluk baru. Menjadi saksi bagi perbuatanmu. Oleh sebab itu, pergunakanlah aku untuk keperluanmu. Ambillah aku untuk kesempatan mengerjakan perbuatan baik. Apabila aku telah pergi, aku takkan kembali lagi selamanya.”


Hentikan Rutin Hidup Yang Sia-sia

Tegakah kita menjadikan hari kita berlalu sia-sia? Sanggupkah kita bangun pagi lagi tanpa apa-apa perancangan? Tergamakkah kita biarkan sehari yang berlalu tanpa berkerja dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat?

Kerja hari ini untuk hari ini. Kerja hari esok untuk hari esok. Jika ditangguh kerja hari ini ke hari esok, maka kerja hari esok bagaimana jadinya? Berkualitikah kerja beberapa hari yang dilakukan dalam masa sehari?
Hidup ini ada misi. Hidup ini akan kembali kepada Ilahi. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Hari esok mesti lebih bermanfaat daripada hari ini.

Hari semalam telah berlalu selamanya. Hari esok belum tentu milik kita. Yang kita miliki cuma hari ini. Jom, mulakan hidup kita hari ini dengan perancangan. Jadikan rutin hidup kita hari ini bernilai dan penting. Mari sama-sama fikirkan, apakah ‘pokok’ pahala yang boleh kita bangunkan hari ini?

Remaja, Rungkaikan Krisis Identitimu

$
0
0

            “Siapa saya?” “Saya nak jadi macam siapa?” Hati remaja sering tertanya-tanya dalam sedar mahupun tidak. Ianya suatu persoalan yang besar. Seringkali remaja menjawab sendiri persoalan ini dengan tafsiran dan kefahaman mereka sendiri. Jelas, jawapan mereka terzahir daripada identiti yang lahir.

            Kini, tidak susah lagi untuk kita melihat remaja lelaki berpewatakan lembut, rambut bercacak, merokok, merempit dan sebagainya. Jumlah mereka kian bertambah hari demi hari. Remaja perempuan juga tak ketinggalan. Keliru memilih mana pakaian perempuan, mana pakaian lelaki. Seluar jeans dan t-shirt menjadi ‘trend’. Rimas terkurung di rumah, berpeleseran di pusat-pusat membeli-belah dan hiburan. Tidak perlu dituliskan satu-persatu, semuanya jelas terpampang di depan mata masyarakat.

            Kasihan remaja-remaja ini. Mereka sebenarnya dilanda krisis identiti. Tidak tahu mana yang patut dan mana yang tidak patut dicontohi. Jika mereka tahu sekalipun, tiada kemampuan untuk berubah. Tiada kemampuan berpunca daripada kurang kesedaran, bukannya kurang pengetahuan.

            Remaja harapan agama,
Ketahuilah, lahir sebagai Muslim mendedahkan kita kepada satu identiti yang cukup jelas dan terarah. Kita Muslim! Muslim dari sudut akidah, ibadah, sahsiah dan muamalah, bukan Muslim sekadar nama. Islam, ini yang perlu setiap remaja dalami kerana hanya ini ubat paling mujarab yang pernah dilalui oleh setiap zaman dan terbukti dalam sejarah.

Setiap Nabi yang diutuskan berasa mulia beridentitikan Muslim dan dengan terang memberitahu ummat bahawa mereka itu Muslim. Kemuliaan sebagai Muslim itulah yang meneguhkan mereka untuk menyeru kepada Islam, jelas jalan hidupnya dan benar perjuangannya. Hanya Islam yang boleh menjadi penawar kepada segala masalah ummat.

Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Dan aku diperintah supaya aku termasuk golonganMuslimin.” (Surah Yunus: 72)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Ya Tuhan Kami jadikanlah kami  orang yang Muslim kepada-Mu dan ( di antara anak cucu kami Umat yang Muslim Kepada-Mu.” (Surah al-Baqarah: 128)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub berwasiat kepada anak-anaknya:
“Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” (Surah al-Baqarah: 132)

Nabi Yusuf Alahis’ Salam berdoa kepada Tuhannya yang bermaksud:
“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkan aku dengan orang-orang yang soleh.” (Surah Yusuf: 101)

Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepadaNya sekiranya Kamu benar-benar Muslim.” (Surah Yunus: 84)

Para tukang sihir Fir’aun ketika beriman kepada Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata yang bermaksud:
“Ya Tuhan Kami, Limpahkanluli kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan Muslim kepada-Mu”. (Surah al-A’araf: 126)

Nabi Sulaiman Alaihis’ Salam mengutus surat kepada Ratu Balqis dan kaumnya:
“Janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang Muslim”. (Surah An Naml: 31)

Kaum hawariyun berkata kepada Nabi Isa Alaihis’ Salam yang bermaksud:
“Kami beriman kepada Allah s. w.t. dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim.” (Surah Ali-Imran: 52).

         Kejelasan identiti sebagai Muslim akan membawa kita kepada kejelasan memilih sesuatu pilihan. Tiada dilema lagi. Tiada kekeliruan lagi. Islam yang syumul memberi nur petunjuk dalam setiap aspek hidup. Ia bukanlah risalah bagi akal tanpa ruh, bukan bagi ruhani tanpa jasmani, bukan bagi fikiran tanpa perasaan, dan bukan sebaliknya. Islam adalah risalah insan seutuhnya iaitu ruhnya, akalnya, jasmaninya, hail nuraninya,
kemahuannya dan perasaannya.

           Remaja oh remaja,

           Kenapa memilih jalan yang samar, bersimpang siur dan penuh kekeliruan? Kita Muslim! Pilihlah Islam sebagai jalan hidup nescaya bahagia dan cemerlang seluruh hidupmu kerana setiap sesuatu diberikan petunjuk untuk kebaikan dirimu sendiri di dunia dan di akhirat. Sama-samalah merasai keindahan hidup bersama Islam. Sungguh, Allah s..w.t. mengutuskan Rasul sebagai ikutanmu dan Islam sebagai agamamu hanya semata-mata kerana Allah s.w.t. terlalu sayang padamu!

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam.” (Surah An Anbiya’: 107)
Viewing all 129 articles
Browse latest View live