Tadi, isteri saya selaku penulis utama berkongsi rasa. Kini, giliran saya pula. Semoga buku ini menemui pembaca semua dalam keadaan pembaca sihat dan diberkati.
Sebelum tu, terimalah salam persahabatan daripada kami,
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Terima kasih kerana sudi membaca buku kami ini. Terima kasih tidak terhingga.
Jom, kita sama-sama panjatkan kepujian dan syukur kepada Allah Azzawajalla yang mengizinkan semua kebaikan ini. Dia mengizinkan kami menulis buku ini. Dia juga yang mengilhamkan anda semua membaca buku ini. Semuanya bukan kebetulan. Semuanya berada dalam perancangan-Nya yang terindah buat kita. Semoga terdapat banyak kebaikan dalamnya.
Izinkan saya terangkan sedikit konsep buku ini. Buku Projek Mega dalam Rumah ini bukan bermaksud melakukan aktiviti di dalam rumah semata-mata. Di luar rumah pun tidak terkecuali.
Ia sebenarnya bermaksud menjadikan seluruh ahli dalam rumah kita (tanpa kecuali) sebagai sasaran projek.
Projek apa?
Projek menjadi keluarga al-Quran. Keluarga yang menganggap al-Quran adalah panduan, kehidupan, kemuliaan, kegembiraan dan kebahagiaan. Aktiviti yang terlibat dalam projek ini ialah aktiviti membina tautan hati dengan al-Quran. Lebih spesifik lagi, kita semua ingin menghafal al-Quran.
Usah biarkan sesiapa pun daripada kalangan ahli keluarga kita tercicir daripada projek mega ini. Kita perlu lakukan sesuatu. Buat sasaran. Buat tindakan. Doa juga jangan dilupa. Insya-Allah, kita pasti dibantu al-Rahman.
Buku ini memuatkan 30 cara membentuk keluarga menjadi‚"ahli al-Quran". Jika terasa penat untuk membaca keseluruhan 30 cara ini sekali gus, letakkan sasaran. Misalnya:
Sebaik sahaja tahu satu cara, amalkan dulu cara tersebut. Begitulah seterusnya sehingga habis 30 cara. Selepas kita membaca buku ini, harapan kami, ada "keindahan" baru yang mewarnai aktiviti kita sekeluarga di dalam dan luar rumah. Semoga ia mencetuskan persoalan terhadap diri, "Bagaimana sepatutnya keluarga kita melayan kitab suci ini?"
Biarkan al-Quran menjadi panduan, kegembiraan, kerinduan dan kesibukan, bahkan isinya difahami lalu mengubah kehidupan kita kepada sebuah keluarga yang lebih positif. Lebih baik. Harmoni.
Tidak boleh sekadar berangan-angan. Kita perlu lakukan sesuatu. Kita perlu peruntukkan masa meneroka makna kandungannya lebih hebat lagi daripada masa dan usaha yang pernah kita curahkan untuk mengambil SPM atau ujian akhir di IPT dahulu. Kalau bersedia dengan nota peta minda, lagi baik.
Inilah keutamaan kita!
Salam sebarkan bahagia,
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Sebelum tu, terimalah salam persahabatan daripada kami,
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Terima kasih kerana sudi membaca buku kami ini. Terima kasih tidak terhingga.
Jom, kita sama-sama panjatkan kepujian dan syukur kepada Allah Azzawajalla yang mengizinkan semua kebaikan ini. Dia mengizinkan kami menulis buku ini. Dia juga yang mengilhamkan anda semua membaca buku ini. Semuanya bukan kebetulan. Semuanya berada dalam perancangan-Nya yang terindah buat kita. Semoga terdapat banyak kebaikan dalamnya.
Izinkan saya terangkan sedikit konsep buku ini. Buku Projek Mega dalam Rumah ini bukan bermaksud melakukan aktiviti di dalam rumah semata-mata. Di luar rumah pun tidak terkecuali.
Ia sebenarnya bermaksud menjadikan seluruh ahli dalam rumah kita (tanpa kecuali) sebagai sasaran projek.
Projek apa?
Projek menjadi keluarga al-Quran. Keluarga yang menganggap al-Quran adalah panduan, kehidupan, kemuliaan, kegembiraan dan kebahagiaan. Aktiviti yang terlibat dalam projek ini ialah aktiviti membina tautan hati dengan al-Quran. Lebih spesifik lagi, kita semua ingin menghafal al-Quran.
Buku ini memuatkan 30 cara membentuk keluarga menjadi‚"ahli al-Quran". Jika terasa penat untuk membaca keseluruhan 30 cara ini sekali gus, letakkan sasaran. Misalnya:
Tempoh: 30 hari.
1 hari 1 cara.
Tarikh bermula: _______________
Tarikh berakhir: _______________