Salam sebarkan bahagia.
Masa berlalu, isu ini pun sudah berlalu.
Namun, masih ada yang baru tahu dan datang merujuk. Terima kasih atas sikap tabayyun (meneliti dengan berhati-hati) kalian. Sungguh terpuji.
Di sini saya lampirkan ringkasannya.
Masa berlalu, isu ini pun sudah berlalu.
Namun, masih ada yang baru tahu dan datang merujuk. Terima kasih atas sikap tabayyun (meneliti dengan berhati-hati) kalian. Sungguh terpuji.
Di sini saya lampirkan ringkasannya.
1.Saya mohon maaf jika ada kesilapan dan kelemahan kerana saya manusia biasa, tidak maksum, berpotensi untuk betul atau salah bila bila masa sahaja.
2. Antara tanda kekuasaan Allah, DNA adalah spesifik untuk sesuatu makhluk. Ia tidak mungkin bergabung dengan makhluk makhluk yang lain. Dan dalam rancangan itu, saya tidak sesekali berkata atau bermaksud DNA lembu itu akhirnya bergabung dengan DNA manusia. Itu cuma salah tafsiran. Semoga Allah sudi ampunkan mereka yang menokok tambah.
3. Susu lembu memang mengandungi DNA lembu. Kenyataan ini disokong semua saintis. Bahkan, DNA bakteria yang hidup dalam susu, protein, amino asid, immunoglobulin.
4. Saya akui, setakat ini tiada kajian saintifik bila kita memakan sesuatu makanan kita akan ikut sifat/karakter makanan tersebut. ALLAH Maha Kaya, Pemurah, Adil, Pelindung- DIA ciptakan bermacam macam jenis makanan untuk kita nikmati. Ada manusia allergik pada sesuatu bahan lantas dengan rahmat ALLAH ada alternatif lain.
5.Namun, secara metafizik, melangkaui Sains, makanan memang salah satu (bukan satu satunya) faktor yang boleh mempengaruhi akhlak. Antara salah satu basic law, you are what you eat. Islam menggalakkan makan sesuatu yang bukan saja halal tapi tayyiba. Susu lembu halalan tayyiba untuk kita. Susu ibu halalan tayyiba untuk bayi.
Rujuk ceramah Syeikh ini untuk membuka minda.
6. Rujuk kajian Dr. Elies Elias (semoga Allah memberinya syurga Firdaus tertinggi) tentang Epigenetics tentang kesan pemakanan terhadap emosi bayi.
Dr. Elies Alias
PhD, MSc, BSc (Hons). Biomaterial and Tissue Engineering.
United Kingdom
PhD, MSc, BSc (Hons). Biomaterial and Tissue Engineering.
United Kingdom
7. Saya akui, DNA tidak lebih kepada 'penanda' sesuatu makhluk - tidak lebih dari itu. Sebab itu DNA boleh jadi bahan bukti sesuatu kes jenayah. Dan DNA lembu memang wujud dalam susu lembu.
8. Lain lain isu sila ke
Wallahuaalam.
Salam sebarkan bahagia.